Monday, May 5, 2014

Kene cagu/kuku cengkam



SAKITNYA JARI KENA CAGU


     Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Sakitnya memang teramat sangat dan menyeksakan. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya. Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Adakala nak menggerakkan kaki pun payah. Kadang-kadang duduk diantara dua sujud pun teramatlah sakitnya. Nak pakai kasut atau stoking terasa terseksa, apa tah lagi kalau terlanggar benda-benda keras. Memang menjerit dan menangis la jawabnya.

     Cagu dikenali sebagai 'unguis incarnatus' yang dinamakan penyakit yang tumbuh dalam kuku.
Kuku tumbuh sehingga memotong ke sisi salah satu atau kedu-dua kuku. Kuku yang tumbuh kedalam kulit/daging, boleh menyebabkan cagu. Cagu paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Ia juga dikenali sebagai cengkam kuku. Cengkam atau cagu kuku bukanlah benaar-benar tumbuh kedalam daging kuku. Pengertian tumbuh yang sebenar mungkin akibat peradangan daging di sekitar kuku. Kuku menjadi tertanam dan lembut di bawah daging yang telah meradang di sekitarnya.

     Punca Cagu Kerana :
1) Cara pemotongan kuku yang salah
2) Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
3) Memakai kasut yang ketat terlalu lama
4) Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
5) Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging
6) Kurang penjagaan tentang kebersihan kuku seperti selepas bermain, berjalan-jalan, joging dll

    Cagu Dapat Dielak Jika:
1) Basuh jari-jemari sebelum memotong kuku
2) Kuku hendaklah dipotong mengikut bentuk kuku di jari anda
3) Pakailah kasut mengikut saiz anda yang betul dan jangan memaksa kaki anda
4) Sentiasa membersihkan kaki selepas memakai kasut/selipar selepas keluar
5) Bersihkan jari-jari kaki dengan menggunakan putik kapas dan cecair seperti etanol
6) Cara rawatan alternatif seperti menggunakan daun sirih. Daun sirih ditumbuk hingga halus dan
     balut jari yang terkena cagu.

     Ikutilah amalan kesihatan dan petua yang telah diberikan. Jika sakit berlarutan jangn ubat sendiri. Segara berjumpa doktor. Pencegahan dan parawatan yang lebih baik akan diberikan. Penyakit ini bukanlah sakit kroik. Anda tidak perlu risau kerana ia cepat sembuh jika kita jaga jari-jemari kita dengan baik.

17 comments:

  1. Cagu ku dah baik... ubat nyerrr....1. Cuci dgn dettol. 2. Mkn antibiotik cloxacillin capsule 250mg dan axcel papain 10000 usp units for 3 days 3 kali sehari....terus baik cubalah.....

    ReplyDelete
  2. salam shanizzz berjaya ke?sebab ada kawan da 2bulan merana kuku cagu..nk cuba la

    ReplyDelete
  3. Saya baru kena ibu jari kanan..berdenyut2x..mcmmn nk hikangkn..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Kena cagu �� tapi tak sakit sangat sebab selalu kena. Inform sikit ubat yg paling berkesan.

    ReplyDelete
  5. bagaimana nak hilangkan cagu,saya dah gunakan macam macam ubat tapi kurang cuma tak hilang dah dua kali cabut kuku dah

    ReplyDelete
  6. Aku selalu kne...maybe sebab kasut ketat dan amalan pemotongn kuku tak betul..korang klau dh rse lain mcm sakot kt celah kuku..cepat2 amek kutip kuku before that basuh kaki..pastu cungkil kt celah yg sakit..tahan sikit la..pastu nnti kluar nanah...sakit sekejap je..nnti bila dh kluar tu sedap je trus hilang..korang jgn biar lme2 sakit tu..lps cungkil basuh..and then masuk ubat...tp sesapa yg dh kne tu smpai melarat baik..g jumpe doktor..atau letak inai kat kuku tu..tu petua ye..

    ReplyDelete
  7. aku pon kena cekam nie, bole katakan agak lama la dekat setahun jgak, mula2 kena belah kiri, kiri dah okey, kanan plak jadi, kanan dh okey, kiri plak jadi, last2 dua ibu jari kaki kena, and alhamdulillah, ibu jari kanan dh sihat, and baru beberapa hari lepas p jumpa doktor cabut kuku, skrg nie tgh berpantang,, setiap kali dressing, sakit la jgak, doktor ckp, nk potong kuku, potong depan ja, jgn potong dalam, antara penyebab utama cekam,

    ReplyDelete
  8. saye kena cekam kuku brnana sudh sethn lebih xmau sembuh2 brmacam ubat sudh guna sesiapa yg perna kena dan sembuh tolng bagi tau saya guna obat ap???ni no hp 01128108831

    ReplyDelete
  9. saya dah 16 tahun kena cagu tak pernah baik,ibu jari kaki tebal, kuku selalu panjang dan tusuk ke dalam daging, macam2 petua, ubat sampai da cabut semua kuku, tapi masih tak baik2 lagi,pakai kasut pun kene letak bedak aiken dulu, kalau tak semerbak bau tusuk hidung, nanah jgn ckp la,,picit cket je kluar, nasib baek takde kencing manis, lau tak alamat potong ler jwbnyer....

    ReplyDelete
  10. Far baru sebulan kena tapi dia punya luka tu masyaAllah... teruk! Macam dah lama kema haahha sakit la jugak.. untuk tempoh sebulan ni, to be honest, LANGSUNG TAK LETAK UBAT PAPE! Sebab far tak tau apa nama penyakit ni 😂 Cagu ni mmg buat self confidence kita hilang, sebab nak gi memana, walaupun nak lepak umah kawan sejantina, kena pakai stokin. Alasan? "Um, sejuk ah weh" . Padahal? Malu nak tunjuk kaki yang macam tu huhuhu.. Semalam baru buat research pasal merawat cagu ni, and in Shaa Allah, petang ni far akan mulakan #MisiMerawatCagu #KakiIdamanKu #JagaKebersihan.

    ReplyDelete
  11. Far baru sebulan kena tapi dia punya luka tu masyaAllah... teruk! Macam dah lama kema haahha sakit la jugak.. untuk tempoh sebulan ni, to be honest, LANGSUNG TAK LETAK UBAT PAPE! Sebab far tak tau apa nama penyakit ni 😂 Cagu ni mmg buat self confidence kita hilang, sebab nak gi memana, walaupun nak lepak umah kawan sejantina, kena pakai stokin. Alasan? "Um, sejuk ah weh" . Padahal? Malu nak tunjuk kaki yang macam tu huhuhu.. Semalam baru buat research pasal merawat cagu ni, and in Shaa Allah, petang ni far akan mulakan #MisiMerawatCagu #KakiIdamanKu #JagaKebersihan.

    ReplyDelete
  12. jangan cuci guna detol.. detol menyebabkan kawasan daging yg berhampiran kuku menjadi lembut dan makin menyebabkan daging tersebut luka. seeloknya rendam dgn air suam seketika dan keringkan. jgn biarkan kaki lembab.. penggunaan inai amat membantu secara tradisionalnya. dari segi medical nye pulak adalah krim antibiotik yang boleh di beli di mana2 farmasi berhampiran.. selamat mencuba

    ReplyDelete
  13. Saya pun sama. tk pernah sembuh sepenuhnya.. sembuh kjp je then jd balik berulang2 camtu.... kiri & kanan bergilir2 kena... kdg2 dua sekali. skrg yg kanan dh ok...alhamdulillah... tapi risau sgt dia jd balik.

    ReplyDelete
  14. saya dah cabut kuku saya (yang ibu jari) sebelum ni. tumbuh elok. ni minggu ni tiba-tiba kuku tu masuk ke dalam isi balik (tapi kuku tu masuk isi bahagian bawah) tak tahu la nak buat macam mana lagi

    ReplyDelete