INFO WAJIB TAHU MENGENAI "SLE"
Apa itu SLE (Systemic Lupus Erythematosus) – Simptom SLE serta rawatan penyakit SLE. Kali ini artikel kesihatan membicarakan mengenai sejenis penyakit yang dinamakan SLE atau dikenali juga sebagai penyakit lupus.
Apa itu SLE?
SLE (Systemic Lupus Erythematosus) merupakan sejenis penyakit kronik berpanjangan berlaku kesan daripada kecelaruan sistem pertahanan tubuh yang membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan. Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri.
Simptom SLE
Penyakit ini ada kalanya sukar didiagnos pada peringkat awal disebabkan gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakan pesakit SLE antara 70 hingga 80% pesakit mengalami masalah kulit.
Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.
Antara gejala-gejala SLE:
- ruam pipi (malar rash)
- ruam merah pada kulit (discoid rash)
- peka terhadap cahaya (photosensitivity)
- luka sekitar mulut (oral ulcers)
- artitris (radang sendi)
- radang pada selaput sereus (serositis)
- kelainan pada ginjal (renal disorder)
- kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
- kelainan darah (hematologic disorder)
- kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)
Pesakit SLE biasanya terdiri daripada wanita yang berumur 20 – 40 tahun. Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi dan kulit namun masalah ginjal iaitu bengkak kaki sebab kehilangan protein melalui ginjal turut berlaku. Nisbah adalah 9 wanita kepada 1 lelaki dan lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan estrogen. Walaubagaimana pun, ia sukar disahkan dalam masa yang singkat, penyakit ini bukanlah penyakit keturunan kerana peratus kebarangkaliannya agak rendah dan penurunan penyakit SLE ini melalui ibu ke anak walaupun berlaku tetapi agak jarang.
Rawatan SLE
Pesakit SLE dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengawal sistem imun badan. Kebanyakan ubat yang diberi adalah ubat stereoid yang bertindak mengawal SLE. Akan tetapi penggunaanya perlu dikawal kerana kesan-kesan sampingan yang tidak diingini terutama penggunaannya yang banyak dan lama. Pesakit juga akan dirawat dengan ubat-ubatan pengawalan sistem imun yang lain supaya dos steroid ini akan dapat dikurangkan. Proses kehamilan pesakit SLE hanya dibenarkan jika pesakit SLE dapat dikawal. Buat ibu-ibu yang menyusu yang mempunyai SLE anda tidak boleh mengambil alfafa.
Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang. Rawatan ubat corticosteroid danimmunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut.
Bentuk rawatan lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya.
Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.
Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu.
Semoga artikel kesihatan (Apa itu SLE) kali ini dapat memberi Anda satu lagi maklumat penting mengenai kesihatan diri agar dimasa hadapan sekiranya sesiapa yang menghadapi sakit ini dapat membuat pencegahan awal. Sekian.
1 comments:
Hi,
First off, I came across your site and wanted to say thanks for providing a great resource to the lupus community.
I thought you might find this infographic, which displays the effects of lupus on the body,interesting and helpful for your readers: http://www.healthline.com/health/lupus/effects-on-body
Naturally, I’d be delighted if you share this embeddable graphic on http://info-kesihatan-terkini.blogspot.com/2013/02/sle-tu-sakit-ape-systemic-lupus.html , and/or with your followerson social. Either way, keep up the great work !
All the best,
Nicole Lascurain | Assistant Marketing Manager
p: 415-281-3100 | e: nicole.lascurain@healthline.com
Healthline
660 Third Street, San Francisco, CA 94107
www.healthline.com | @Healthline
Post a Comment