468x60 Ads

Monday, March 25, 2013

alzheimer


AWAS! ANDA MUNGKIN BAKAL MENGIDAP NYANYUK


   Penyakit Alzheimer di ambil sempena nama Dr. yang menjumpai penyakit ini iaitu Dr Alzheimer seorang doktor Jerman pada tahun 1906. Beliau melihat perubahan dalam jaringan otak seorang wanita yang telah meninggal kerana penyakit mental yang tidak normal. Beliau menemukan gumpalan abnormal dan bundel serat kusut yang kini dikenali sebagai plak amiloid dan kusut dikenali sebagai neurofibrillary. Kedua-adua nama itu digabungkan sebagai Alzheimer. Penyakit ini akan mengganggu memori kotak pemikiran kita. Ia mengganggu memori pemikiran normal dengan menutup kotak pesanan antara sel-sel saraf. Gangguan penurunan memori ini dikenali sebagai neurodegeneration.
Alzheimer digolongkan juga salah satu simptom penyakit nyanyuk. Penyakit ini selalu dikaitkan dengan seseorang yang meningkat umur (tua 70 keatas). Alzheimer & nyanyuk bukanlah suatu penyankit berjangkit. Penyakit ini adalah keadaan dimana daya ingatan seseorang itu merosot sedikit demi sedikit sehingga tidak mampu menguruskan diri mereka sendiri. Keadaan ini bukan sahaja membebankan diri seseorang itu, malah ahli keluarga mereka juga. Masalah kesihatan ini amat menyeksakan dan memerlukakan perhatian sepenuhnya terhadap ahli keluarga yang mendapat penyakit ini. Faktor risiko terpenting untuk penyakit ini usia lanjut, namun faktor keturunan juga memainkan peranan penting.
Para doktor yang pakar dalam bidang perubatan ini, masih lagi mengkaji tentang masalah penyakit ini dan masih meneliti ubat yang paling sesuai untuk peringkat Azheimer (yang ringan & yang berat). Latihan ketahanan diri seperti menguatkan memori, dan diet sihat dapat membantu pencegahan untuk pesakit mendapat penyakit nyanyuk yang lebih berat. Jika dikesan lebih awal, anda boleh berusaha apa yang yang perlu dilakukan supaya tidak menular terlalu cepat sehingga menyebabkan kesan yang lebih teruk oleh pesakit. Pengetahuan tentang tanda-tanda juga haruslah diketahui.
Tanda-tanda Alzheimer :
1) kehilangan memori/dalam keadaan kebinggugan
2) Tidak tahu tentang lokasi atau tempat yang hendak dituju/pulang
3) Sukar untuk menyelesaikan tugas seharian
4) Kejap-kejap lupa dimana meletakkan sesuatu benda
5) Tidak ingat apa yang hendak dibuat dan yang dah berlaku semalam
6) Kadang-kadang tidak sedar apa yang dibuat atau dipertuturkan
7) Hati yang tak tenteram dan merubah keperibadian
8) Sentiasa merasa cemas, gelisah dan adakala tiba-tiba sedih
9) Tidak boleh mengira, membaca dan menulis
10) Lupa siapa ahli keluarga dan sering bertanya siapa nama
11) Sering mengulangi pertanyaan dan tidak mampu berkomunikasi
12) Tidak boleh menguruskan diri sendiri seperti makan, mandi, kencing & buang air besar
13) Perlakuan seperti kanak-kanak
14) Tidak boleh kontrol perasaan seperti marah, merajuk, curiga, halusinasi dan delusi

Rawatan Tentang Penyakit Ini Adalah :
1) Akupuntur adalah rawatan yang tertua yang sering digunakan oleh masyarakat kita
2) Segeralah berjumpa doktor jika terdapat gejala atau kesan diatas
3) Sentiasa berada bersama pesakit untuk memerhatikan tingkah lakunya
4) Buatkan suasana tenang dan gembira kepada pesakit
5) Rajin bercerita dan sering mengingatkan masa silam
6) Rajin berkunjung atau melawat pesakit supaya pesakit tidak mudah lupa ahli keluarga atau nama
7) Sering membawa ke tempat-tempat riadah dan memberitahui tempat-tempat itu
8) Membaca, menulis dan mengira bersama-sama
9) berinteraksi dengan mereka dalam pertuturan yang baik dan sopan
10) Sentuhan juga memainkan peranan yang penting
11) Tukar topik perbualan jika topik itu tidak kena dengan mood pesakit ketika itu
12) Berbual dengan ayat-ayat yang mudah dan senang untuk difahami pesakit
13) Jangan meninggikan suara atau marah kerana hati mereka mudah tersentuh
14) Anda harus bersabar ketika menunggu pasakit itu bercakap atau berfikir


Oleh itu, jika anda mendapati seseorang terutama ahli keluarga anda mempunyai penyakit nyanyuk, anda perlu bawanya berjumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kesihatan. Anda haruslah peka dan cepat bertindak kerana penyakit ini tidak ada ubat yang khusus. Penyakit Alzheimer juga bukan hanya nyanyuk yang disebabkan proses penuaan. Sebaliknya ia adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit. Ia menyebabkan keupayaan fungsi otak menurun dan memusnahkan kemahiran daya ingatan dan pemikiran seseorang. Sekiranya pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga. Doktor hanya boleh memberi panduan tentang tanda-tanda awal Alzheimer. Jika pesakit benar-benar disahkan mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat rancangan pada masa depan. Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif. Oleh itu, sayangilah keluarga anda

Thursday, March 21, 2013

Sakit Kronik sendi (B)


KENALI SAKIT SENDI



     Kita sering mendengar perkataan sakit sendi. Sakit ini biasanya berlaku pada kita semua tidak kira pada orang tua, muda dan kanak.kanak. Sakit sendi juga kita panggil sengal-sengal pada tulang dan otot. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang. Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecacatan. Sistem muskuloskeletal (menegakkan bentuk tubuh untuk pergerakkan badan) pada manusia terdiri dari tulang, otot dan persendian (dibantu oleh tendon, ligamen dan tulang rawan). Sistem ini memungkinkan anda untuk duduk, berdiri, berjalan atau melakukan kegiatan lainnya dalam kehidupan seharian. 

     Selain sebagai penunjang dan pembentuk tubuh, tulang juga berfungsi sebagai pelindung organ dalam. Tempat pertemuan 2 tulang adalah persendian, yang berperanan dalam mempertahankan kelenturan kerangka tubuh. Tanpa persendian, anda tidak mungkin boleh melakukan berbagai gerakan. Sedangkan yang berfungsi menarik tulang pada saat anda bergerak adalah otot, yang merupakan jaringan elastik yang kuat. arthritis, osteoarthritis, terseliuh dan tendinitis adalah jenis-jenis sakit sendi yang biasa kita jumpa.

i) Arthritis adalah berkenaan dengan sakit sendi tulang. Arthritis juga adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis. 

ii) Arthritis Reumatiod adalah penyakit yang memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

iii) Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.
 

     Sendi-Sendi Yang lain Selalu Disebut adalah :
a) SENDI JARI-JARI TANGAN
b) SENDI JARI-JARI KAKI
c) SENDI BAHU & SIKU 



     Mereka yang berisiko mandaapat sakit sendi adalah:
a) seseorang yang mengidapi obesiti
b) Kesan penuaan pada seseorang
c) Para atlit 
d) Seseorang yang terlalu lasak
e) Seseorang yang sering mengangkat benda-benda berat
f) Seseorang yang mempunyai lemah otot   

     Tanda-Tanda Sakit Sendi adalah :
a) Rasa bengkak-bengkak pada badan
b) Sakit pada penyambungan sendi
c) Selalu mengalami lenguh-lenguh pada badan
d) Rasa otot dan urat tegang 
e) Bunyi dibahagian tulang-tulang 

     Kita harus lah mengenali tentang penyakit sendi supaya dapat dirawat dengan segera. Sebagai contah - Penyakit Osteoarthritis. Sakit ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Apabila permukaan sendi haus, ia mendorong sendi menjadi bengkak dan kebas. Jika ini berlaku pada anda segeralah berjumpa doktor pakar. Kerana pencegahan peringkat awal boleh dilakukan sebaik sahaja kita mengenal pasti kesihatan diri

Tuesday, March 19, 2013

kulit berkulat


APA ITU KULAT & BAGAIMANA KULAT TERJADINYA KULIT

     Kulat adalah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang tidak menyerupai haiwan mahupun tumbuhan. Ia merupakan penyebab kerosakan, kotor, busuk dan beracun. Pada amnya benih kulat tidaklah mendatangkan bahaya, tetapi setelah berada di dalam keadaan suhu, kelembapan serta kehadiran nutrien yang sesuai, ianya akan membiak menjadi kulat. Kulat merupakan hidupan halus yang bertaburan di sekeliling kita. Terdapat lebih kurang 200,000 jenis kulat yang wujud tetapi hanya 100.000 jenis sahaja yang boleh membawa penyakit kepada manusia.
     
     Kulat membiak di bahagaian yang selalunya panas dan lembab seperti bahagian antara jari kaki, kemaluan dan antara kulit yang berlipat. Jangkitan ini boleh merebak dengan sentuhan secara langsung atau tidak secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti, apabila seseorang itu mengguna sesuatu atau bersentuh sesuatu benda yang dicemari kulat. Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang mereka dan berpelukan sesama mereka. 



Apakah jenis-jenis jangkitan kulat?
1) Tinea capitis (kulit kepala)
2) Tinea corporis ( badan)
3) Tinea manuum (tangan)
4) Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.
  
Faktor-Faktor Kulat Boleh Membiak :
1) Anemia atau kekurangan zat besi 
2) Sistem pertahanan badan yang rendah 
3) Orang yang sedang mengambil antibiotik 
4) Luka pada kulit 
5) Pesakit diabetes (lebih berisiko untuk jangkitan) 
6) Perubahan hormon bagi wanita 
7) Bahagian yang panas dan lembap
8) Pakaian dalam dan Lampin (ruam lampin)

Kulat Boleh Berlaku Pada Bahagian:
1) kulit badan - kadangkala pada anggota badan terutamanya pinggul.
2) Kaki berair - Berlaku pada kulit selaput antara jari-jari kaki
3) Infeksi Kuku jari - kuku lebih mudah diinfeksikan jika di bandingkan dengan kuku jari tangan
4) Jock Itch - Infeksi kulat pada bahagian pangkal paha
5) Panau - Infeksi kulat permukaan kulit yang paling biasa dimuka dan di badan.
6) Seriawan mulut - berlaku pada mulut, lidah atau bahagian dalam pipi

Punca-Punca Penyakit/Faktor Risik:
1) Infeksi kulat berlaku apabila manusia dan binatang yang telah dijangkiti serta objek yang  
    merupakan pembawa spora kulat bersentuhan antara satu sama lain.
2) Sentiasa memakai pakaian, kasut atau sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik
3) Mengunakan sabun beralkali dengan berlebihan
4) Dijangkiti melalui bidai kayu dan hamparan di kolam renang dan tempat mandi wap serta lapik 
    lantai atau permaidani di bilik hotel dan bilik riadah
5) Kurang menjaga kebersihan diri
6) Geseran mekanikal antara lipatan badan dan perpeluhan yang berlebihan.
7) Melalui aktiviti perlancongan dan hubungan antarabangsa
8) Suka berkongsi pakaian, tuala, kasut atau sarung kaki dll
9) Berkaki ayam di atas tanah yang tercemar dan pantai serta sekeliling kolam renang

Cara Rawatan Yang Anda Harus Buat:
1) Pastikan kaki dan kasut kering - keringkan kaki sebelum memakai stokin dan kasut.
2) Basuh kaki anda dengan sempurna dan rendam dua kali sehari ke dalam larutan pembersih.
3) Pakai stokin kapas
4) Keringkan bahagian di antara jari-jari
5) Sapu krim, bedak dan sabun antifungal sehingga 4 minggu walaupun kesan jangkitan telah hilang
6) Jangan gunakan krim steroid (hydrocortisone), mungkin jangkitan menjadi lebih teruk.
7) Basuh dan keringkan bilik air selepas menggunakannya bagi mengelakkan penyebaran jangkitan
8) Gunakan selipar yang diperbuat daripada getah dalam tandas, bilik air dan bilik mandi
9) Jangan memakai semula pakaian yang basah atau berpeluh. Sentiasa tukar pakaian jika anda
    mudah berpeluh

     Jika anda mempunyai bengkak, kemerahan dan nanah setelah anda menggunakan krim atau bedak antifungus tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap simptom selepas 2 hingga 4 minggu, segera lah berjumpa doktor. Doktor akan memberitahu perkara lanjut dan rawatan yang sewajarnya pada diri anda. Kerana manusia mempunyai lain-lain darah dan antibodi. Jangan lakukan rawatan sendiri kerana anda tidak tahu apa rawatan yang sepatutnya pada diri anda. Ini nanti memungkinkan anda akan menghadapi penyakit yang lebih teruk dan akan jadi berkekalan pada diri anda. 

Sunday, March 17, 2013

Sakit Mulut Atau Mulut Berbau



APAKAH SAKIT MULUT/MULUT BERBAU

Penyakit mulut yang biasa dijumpai adalah bau mulut yang sangat menyengat. Kondisi ini disebabkan oleh gigi dan gusi kurang bersih, infeksi atau luka pada mulut. Jika kita panas dalam badan juga akan mengalami penyakit bau mulut. Pemakaian gigi palsu juga memainkan peranan jika tidak di rawat dengan baik.  

Kebanyakan orang ramai tidak mengetahui bahawa mereka itu menghidapi penyakit tersebut. Ada penyakit yang khasnya hanya terdapat di dalam mulut sahaja dan banyak pula penyakit yang ada kaitannya dengan penyakit-penyakit atau kekurangan zat-zat yang terdapat di keseluruhan badan seseorang itu. kebanyakan pesakit akan mendiamkan diri sehingga terasa sakit atau susah untuk memakan dan menelan.

  
Antara Penyebab Penyakit Mulut/Mulut Berbau:

- Panas dalam badan
- Sakit gigi/gusi berdarah
- Ulser dalam mulut
- Penyakit di dalam tulang rahang
- Bengkak-bengkak dalam mulut
- Petukaran warna mukosa mulut
- Kanser mulut
- Merokok/minuman beralkohol
- Pembuangan dalam badan yang tidak lawas
- Tidak membersihkan mulut setelah minum/makan makanan yang menyebabkan bau  
   mulut seperti : bawang putih, ikan, kopi dll


Elakkan Lah Penyebab Diatas Seperti:

- Mandi yang kerap sekurang-kurangnya 3 kali sehari
- Kumur-kumur dengan air garam setiap malam & pagi
- Banyakkan minum air suam 
- Guna antifungal (tablet hisap) untuk tulang rahang
- Makanlah vitamin-vitamin yang disyorkan doktor  
- Banyakkan makan sayur-sayuran/buah-buah kerana ia boleh melawaskan sistem 
   pembuangan air besar
- Berus gigi/guna floss untuk menghilangkan lebihan makan di celah-celah gigi
- Sering berjumpa doktor gigi/mulut sekurang-kurangnya 6 bulan sekali

Jika anda sering terasa sakit mulut/mulut berbau cepat-cepatlah berjumpa doktor. usalah merasa malu atau takut untuk berjumpa doktor. Jangan tunggu sehingga melarat kerana ia akan mengganggu hidup anda. Kesihatan dan kebersihan yang baik boleh hindari penyakit pada kita jika dirawat dari awal.



PEMINDAHAN ORGAN MANUSIA

PEMINDAHAN ORGAN MANUSIA

   
Saban tahun, bilangan pesakit yang menderita akibat penyakit kegagalan organ kian meningkat. Pada tahun 2001, seramai 7,837 pesakit buah pinggang di Malaysia menjalani rawatan dialisis dan jumlah ini telah meningkat kepada 22,932 pada tahun 2010. Peningkatan jumlah pesakit tersebut adalah lebih tiga kali ganda dalam tempohhanya sepuluh tahun dan peningkatan ini dijangka akan berterusan. Kebanyakan pesakit kegagalan fungsi buah pinggang ini sesuai untuk menjalani pembedahan. Pemindahan buah pinggang bagi menggantikan buah pinggang yang rosak. Selain pemindahan buah pinggang, Malaysia juga mempunyai kepakaran untuk menjalankan pemindahan hati, jantung, paru-paru dan tisu seperti kornea (atau selaput depan mata).
 

Walau bagaimanapun, halangan utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan negara ini bagi membantu pesakit tersebut adalah jumlah penderma organ dan tisu yang amat rendah. Pada tahun 2010, hanya 38 orang rakyat Malaysia yang telah menderma organ/tisu selepas kematian yang mewakili hanya 1.4 pendermaan bagi setiap juta penduduk Malaysia. Dari tahun 1975 sehingga  2011, hanya 345 rakyat Malaysia telah menderma organ/tisu selepas kematian di mana jumlah ini jauh berbeza berbanding negara-negara maju yang lain.

Antara punca permasalahan yang telah dikenal pasti adalah tanggapan yang kurang tepat mengenai pandangan agama terhadap pendermaan organ terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini. Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus berusaha mendidik masyarakat awam mengenai isu-isu yang berkaitan seterusnya membudayakan amalan murni ini di Malaysia. Masyarakat sememangnya mempunyai pilihan untuk membuat keputusan, namun pihak Kementerian juga bertanggungjawab memastikan agar pendirian masyarakat itu dibuat berdasarkan maklumat yang tepat dan bersesuaian. Diharap penerbitan ini dapat membantu dalam mencapai objektif tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia amat menghargai peranan yang telah dimainkan oleh JAKIM serta pihak-pihak lain yang berkaitan.

 

Macam-macam dan Fungsi Sistem Organ Pada Manusia :


Makhluk hidup multiseluler adalah organisme dengan kompleksitas sistem yang tinggi. Pada organisme multiseluler, fungsi-fungsi hidupnya ditopang oleh sistem organ. Sistem organ terdiri atas beberapa organ yang bekerja sama menjalankan suatu proses yang menunjang kehidupan seluruh fungsi sistem-sistem organ yang lain. Keseluruhan fungsi sistem organ tersebut, akhirnya membentuk satu individu organisme. Antara fungsi sistem- sistem itu adalah:

1. Sirkulasi - Sistem ini berfungsi mengangkut dan membahagi-bahagikan oksigen, air, dan sari makanan berupa molekul-molekul organik seperti glukosa. Selain itu, ia juga berfungsi mengangkut hasil sisa metabolisme untuk dikeluarkan dari tubuh. Sistem ini terdiri atas organ-organ, seperti jantung, arteri dan vena, pembuluh limfa, dan kelenjar limfa.

2. Ekskresi - Sistem ini berfungsi mengeluarkan sisa-sisa metabolisme, selain CO2 atau cairan. Hal tersebut dilakukan untuk menjaga titik keseimbangan cairan tubuh. Sistem ekskresi tersusun atas beberapa organ, seperti ginjal, kantung urine, ureter, kelenjer keringat dan uretra.

3. Endokrin - Sistem ini mengatur aktivitas tubuh, seperti pertumbuhan dan homeostasis. Sistem ini tersusun oleh berbagai macam kelenjar, seperti kelenjar hipofisis, epifisis, kelenjar anak ginjal, dan kelenjar gondok.

4. Saraf - Sistem saraf berperanan dalam menyampaikan rangsang yang diperoleh dari lingkungan, mempersepsikan rangsang, untuk kemudian merespons rangsangan tersebut.

5. Rangka - Sistem ini berfungsi menopang dan memberi bentuk pada tubuh. Sistem rangka berfungsi juga melindungi bagian-bagian tubuh yang lunak atau rentan, seperti tengkorak yang berfungsi melindungi otak. Selain itu, sistem ini juga berfungsi sebagai tempat melekatnya otot rangka yang sangat diperlukan dalam gerak aktif. Jaringan darah juga dibentukdi dalam tulang sum-sum.

8. Otot - Sistem ini adalah alat gerak utama serta membentuk postur tubuh. Dalam otot, disimpan glikogen yang berfungsi sebagai cadangan tenaga yang akan digunakan oleh otot untuk berkontraksi. Organ yang berada dalam sistem otot ini adalah otot rangka (otot lurik), otot polos, dan otot jantung.

9. Reproduksi - Sistem ini berkaitan dengan perbanyakan diri (perkembangbiakan). Organ-organ penyusun sistem reproduksi lelaki dan wanita berbeza.

10. Kekebalan dan Limfatik - Sistem ini berfungsi sebagai pertahanan tubuh melawan penyakit. Sistem ini terdiri atas sumsum tulang, kelenjar timus, kelenjar limfa, dan pembuluh limfa

    Pemindahan organ seperti buah pinggang, jantung, hati dan lain-lain, daripada orang yang baru saja meninggal hanya dilakukan oleh doktor-doktor pakar dalam pembedahan dan perubatan. Operasi pemindahan organ mewujudkan satu suasana baru dikalangan masyarakat kita. Kita harus tahu dimanakah organ itu hendak di dermakan supaya tidak berlaku penjualan organ secara haram. Kerajaan sentiasa mengawal dan memantau gejala ini. Kerajaan dan masyarakat tidak memaksa seseorang itu menderma organ masing-masing. Tapi jika seseorang itu ragu-ragu untuk mendermanya tidak lah menjadi kesalahan atau dosa.




-------------------------------------------------------

Jika anda mempunyai masalah kulit, sila klik link di bawah

PETUA & TIPS RAWAT MASALAH KULIT BERKURAP

 

Saturday, March 9, 2013

Penyakit Radang Paru-Paru

APA ITU SAKIT PARU-PARU


Sakit Paru-Paru merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh manusia yang juga dikenali sebagai radang paru-paru. Radang paru-paru atau pneumoni adalah penyakit  pada paru-paru di mana paru-paru (alveoli) yang bertanggungjawab menyerap oksigen dari atmosfera meradang dan telah di isi oleh cairan. Radang paru-paru disebabkan oleh beberapa penyebab, termasuk infeksi oleh bakteria,virus, sel seldalam badan dan parasit. Radang paru-paru juga disebabkan oleh bakteri yang dikenali sebagai streptococcus dan mycoplasma pneumoniae.

 

Radang paru-paru juga disebabkan oleh kepedihan zat-zat kimia atau cedera jasmani pada paru-paru atau sebagai akibat dari penyakit lainnya, seperti kanser paru-paru atau berlebihan minum alkohol. Radang paru-paru adalah penyakit umum, yang terjadi pada disetiap lapisan umur, dan merupakan penyebab kematian peringkat atas di antara orang tua dan orang yang sakit kronik dalam jangka masa yang lama.

Vaksin untuk mencegah beberapa jenis radang paru-paru boleh diperoleh. Prognosis perseorangan tergantung dari jenis radang paru-paru, perawatan yang sesuai, komplikasi lainnya, dan kesihatan seseorang itu.


Tanda-Tanda Radang Paru-Paru Adalah :

1)  Batuk berkahak atau mungkin disertai dengan darah

2)  Demam

3)  Sesak nafas

4)  Menggigil, mungkin sekali atau kerap

6)  Sakit dada

7)  Rasa letih

8)  Loya dan muntah-muntah

9)  Cirit birit

10)Telapak kaki/tangan terasa dingin dan basah

Jika tak segera ditangani, radang paru-paru atau pneumonia boleh membawa maut karena itu, kenalilah penyakitnya serta cara nenanganinnya sebelum terlambat. penyakit ini tak cuma menyerang orang lanjut usia, tetapi juga boleh menyerang mereka yang masih muda, termasuk bayi sekalipun.

Radang paru-paru sebetulnya adalah semua jenis infeksi yang menyerang paru-paru (gelembung paru dan jaringan di sekitarnya), yang boleh mengakibatkan oleh pelbagai jenis kuman. Radang paru-paru mudah menular ke kepada orang-orang yang telah menghadapi penyakit ini. Ia akan berjangkit melalui air liur dan cairan yang keluar dari hidung pesakit, termasuk ketika pesakit batuk/bersin, atau menggunakan alat makan-minum dan sapu tangan secara bersama-sama. Gejala dari penyakit radang paru-paru ini mempunyai pelbagai jenis, bergantung dari usia dan jenis peradangan yang terjadi.

Udara yang ada di sekitar kita tidak selamanya bersih. Tidak hanya berisi oksigen yang kita perlukan, tapi dalamnya mungkin juga terkandung kuman-kuman dari berbagai macam penyakit salah satunya adalah pneumonia ini. Kuman-kuman pneumonia dikeluarkan oleh si pesakit melalui batuk atau bersinnya. Sampai pada akhirnya kuman-kuman tersebut tidak sengaja kita hirup dan masuk ke dalam tubuh kita dan akhirnya hidup di dalam paru-paru.



Radang Paru-Paru Beroleh Ditangani Jika :

1) Segeralah berjumpa doktor jika anda batuk, sakit dada dan sesak nafas berpanjangan serta buatlah pemeriksaan x-ray

2) Jaga kesihatan yang betul dan ikut nasihat doktor-doktor pakar seperti istirehat yang cukup dan minum air pada kadar sedikit utuk mencegah dari hidrasi

3) Dapatkan vaksinasi jika anda termasuk orang yang berisko tinggi terkena radang paru, misalnya jika Anda penderita penyakit kronik, seperti penyakit paru-paru, jantung, diabetes, kelainan darah, asma, dan sebagainnya.

4) Jangan lupa cuci tangan. Ini kerana kita sering bersentuhan langsung dengan kuman penyakit penyebab radang paru.

5) Jangan merokok. Rokok merosakkan pertahanan paru-paru terhadap infeksi pernafasan.

6) Jaga pemakanan anda sebaik mungkin dengan memperbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran serta kekacang

7) Elakkan mandi/berenang selalu diwaktu malam

8) Lindungi orang lain dari infeksi. Jika Anda menderita radang paru, hindarilah orang lain dari penyakit ini dengan cara menjaga jarak untuk sementara waktu, misalnya dengan menggunakan penutup mulut dan batuk serta ditutupi sapu tangan.

Jangan biarkan bila anda yang sedang merasakan gejala penyakit radang paru-paru (pneumonia). Bila kurang ditangani dengan serius gejala radang paru paru akan bertambah. Karena radang paru-paru  mempunyai tingkat kematian tinggi pada saat ini.Untuk itu cara yang tepat untuk mengatasinya Jagalahlah Kesihatan yang cukup. Elakkan lah dari diri anda dan keluarga anda menderita.

Monday, March 4, 2013

SAKIT PINGGANG




MASALAH SAKIT PINGGANG /SAKIT BELAKANG



Ramai masyarakat di kalangan kita menghadapi masalah sakit pinggang belakang. Pelbagai faktor menjadi penentu kepada masalah ini termasuk kedudukan postur badan, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka masalah akan menjadi lebih teruk lagi seperti masalah angin, keletihan yang kronik, sembelit, cirit birit, hernia, masalah kencing atau sakit ketika kencing, pundi kencing bermasalah, masalah haid, kekejangan, kencing malam, sakit lutut, sakit saraf sciatic, sakit pinggang, kaki kebas, pengaliran darah yang tidak lancar di kaki, sakit tulang keting, buku lali bengkak dan kaki sejuk .



Kaedah merawat sakit belakang

1. Pembetulan Tulang Belakang - Bagi merawat masalah sakit pinggang, masalah sakit pinggang dirawat dengan kaedah Yumeiho iaitu salah satu kaedah pembetulan tulang belakang yang berasal dari Jepun. Sekiranya tulang pinggul bermasalah maka amat mudah untuk mengalami sakit pinggang kerana tulang pinggul perlu stabil dan menjadi penentu kesihatan tulang belakang.
2. Akupunktur - Rawatan akupunktur mampu merawat masalah sakit pinggang yang mungkin disebabkan oleh masalah otot yang tegang dan pengaliran tenaga Chi dan darah yang tidak normal.

3. Bekam - Amalan berbekam merupakan peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat Islam. Khasiat dan kebaikannya sangat banyak dan boleh menjadi satu rawatan dalam merawat masalah sakit pinggang. Titik bekam di pinggang dan di pinggul ('Ala warik) berkesan dalam merawat masalah kejang badan, sakit pinggang dan pinggul. Bagi pesakit yang mengalami masalah sakit pinggang yang kronik atau terlalu lama kemungkinan darah bekam yang keluar amat banyak. Gabungan rawatan pembetulan tulang belakang dan bekam darah menjadikan rawatan bekam ini lebih berkesan. 


 


Cara-cara mengelak dari sakit belakang
 

a. Berehat - Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot.
b. Mandi air suam - Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. tapi tidak di galakkan pada para wanita yang mengandung.
c. Tidur di permukaan/tilam yang rata - tidur di atas lantai yang rata, tilam yang sesuai kerana tilam memainkan peranan penting ketika kita tidur. tilam yang baik akan memberi sokongan lekuk pada tulang belakang

d. Relaks - Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
e. Duduk di tempat yag rata - kerusi juga perlu diambil kira. kusyen yang mudah melengkung amat tidak digalakkan. Jika duduk, bagian pinggang hendaklah dialas dengan bantal kecik, begitu juga jika anda menaiki kenderaan.
f. Berenang - Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.
g. Angkat barang - Jika anda hedak mengangkat barang, hendaklah mengcangkung, angkat sambil menegakkan pinggang, Jangan tundukkan separuh badan terus mengangkat barang kerana ini membuatkan pinggang anda rasa pedih atau kejang.
h. Kawal berat badan - Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

INFO SAKIT RESDUNG YANG WAJIB PESAKIT RESDUNG KETAHUI



MASALAH RESDUNG PADA ANDA


Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.





Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.


Punca Resdung

Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.

Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.

Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.  

Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.


Amalkan Kehidupan Yang sihat Seperti :

a) pandai memilih buah yang elok dan baik. seperti buah betik, ada makan akan membuat mata gatal dan berair
b) makan ikan yang segar. anda haruslah pandai memilih ikan yang boleh anda makan. kerana ada yang tidak boleh makan bawal hitam atau ikan parang
c) ikan bilis/udang kering. tidak semua ikan bilis boleh dimakan. udang kering pula, sesetengah orang hanya boleh makan udang kering yang segar dari sabah sahaja
d) elakkan makanan yang mengandungi penambah perisa, pewarna tiruan, lemak ayam dan rempah ratus yaang berlebihan
e) amalkan senaman, sentiasa membasuh muka, elakkan merokok dan kerap berjumpa doktor



Komplikasi Resdung 

- Jangkitan nanah disekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik

- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Alahan hidung atau hidung sensitif
- Selsema biasa yang melarat 


Tanda-Tanda resdung

- Hidung tersumbat dan gatal 
- Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung 
- Hidung kerap berair walaupun tidak selsema 
- Kerap bersin terutama di waktu pagi
- Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
- Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
- Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
- Kerap sakit kepala dan tidak boleh terkene pada cuaca yang terlalu panas

Sebagai langkah kesihatan, jika simpton - simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca resdung ini dapat dikesan dan diubati.

KANSER/BARAH USUS



APA ITU KANSER/BARAH USUS


Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus. Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.

Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk.



Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang
ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus
berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:

i)  Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.

ii) Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang
    air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air
    besar daripada biasa.

iii) Berasa tidak puas selepas membuang air besar atau sakit perut.

iv) Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
v) Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh     anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.

Bagaimana kurangkan risiko kanser usus 

i)  Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus dengan:
    Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak 
    sayur-sayuran, buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
ii)  Amalkan berat badan yang sihat.
iii) Amalkan bersenam dengan konsisten.
iv) Jauhi tabiat merokok.
Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 40 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.

Pesakit kanser usus peringkat awal sebenarnya mempunyai peluang sembuh yang tinggi jika ia dikesan awal dan diberikan rawatan sewajarnya. Apa yang penting ialah datang ke hospital menjalani ujian saringan atau mendapat nasihat dari doktor-doktor pakar. Elakkan lah diri anda dari mendapat kanser usus