468x60 Ads

Wednesday, April 30, 2014

SALUR NAFAS/ DEFTERIA/TENGGOROK

APAKAH DEFTERIA/TENGGOROK



Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka.
Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria adalah juga sakit berjangkit disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari. Anak-anak usia kurang dari 5 tahun dan orang tua usia diatas 60 tahun sangat berisiko mendapat penyakit difteri, demikian pula mereka yang tinggal di lingkungan padat penduduk atau lingkungan yang kurang bersih dan juga mereka yang kurang gizi dan tidak diimunisasi DTP.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun. Radang tenggorok atau pharyngitis, adalah suatu penyakit radang yang menyerang batang tenggorok. Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok itu ditandai adanya penebalan/ pembengkakan dinding tenggorok, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai adanya rasa sakit menelan. Kuman difteri disebarkan oleh menghirup cairan dari mulut atau hidung orang yang terinfeksi pada tenggorok. Paling banyak menyerang anak-anak, dan akan menyerang saat daya tahan tubuh kurang baik, misalnya karana kurang beristirahat. Penyakit ini disebabkan oleh virus dan penularannya melalui butiran halus air ludah (droplet) yang mengandung kuman yang ada ketika anda bernafas. penyakit radang tenggorok sering kali menyerang anak-anak dan orang tua sehingga mereka merasa kesakitan dan tidak nyaman yang menyebabkan mereka hilang selera makan

Tanda dan Gejala Penyakit Difteri :
- Ada membran tebal warna abu-abu yang melapisi tenggorokan dan tonsil ( ciri khas )
- Sakit tenggorokan dan suara serak
- Sakit ketika menelan
- Kelenjar getah bening di leher membengkak
- Kesulitan bernafas dan nafas cepat
- Keluar cairan dari hidung
- Demam dan menggigil
- Malaise
- kanak-kanak tersebut tidak mahu bercakap
- sering kali batuk
- sakit kepala serta keluar air mata

Awas Jika Anda Lambat Bertindak :
- Nafas berhenti
- Radang pada otot jantung dengan
  gagal jantung atau aritmia
- Kelumpuhan syaraf

Defteri/Tenggorok Boleh Dicegah Jika :
1) Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
2) Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
3) Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
4) Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
5) Rehat secukupnya
6) Elak dari menghirup udara yang kotor
7) Elak dari bakteria
8) Amalkan minum madu/air asam jawa
9) Jangan Minum minuman yang berkafien
10) Jauhi Minuman yang beralkohol

Jika Defteria Berlanjutan : 

1) Jumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian
    secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.
2) Buang segera kelenjar tonsil supaya tidak merebak kerana kalenjar tonsil yang besar menggangu
    pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Demikian sedikit informasi tentang penyakit DIFTERI yang sering menyerang manusia. Segeralah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan. Jika gejala awal tidak dirawat dengan segera, akan menyebabkan kematian. Oleh itu informasi ini sangat penting sekali bagi pemeliharaan kesihatan bagi masyarakat. Apapun alasannya, maka mencegah timbulnya difteri adalah lebih baik dan lebih ringan bebannya daripada mengubati penyakit yang dah kritikal. Mudah-mudahan informasi yang sederhana ini dapat bermanfaat bagi masyarakat semua



Sakit pada tenggorokan mungkin biasa Anda alami. Namun, mungkin saja rasa sakit itu mengarah ke hal lain yang lebih serius, seperti penyakit difteri. Tanda dan gejala yang ditimbulkan hampir sama dengan penyakit tenggorokan pada umumnya. Namun, penyakit ini lebih serius dan berbahaya. Sebab, jika tidak segera diobati, hal ini dapat menyebabkan kematian. - See more at: http://health.liputan6.com/read/691717/difteri-penyakit-tenggorokan-yang-mematikan#sthash.MXdrJBEH.dpuf
Sakit pada tenggorokan mungkin biasa Anda alami. Namun, mungkin saja rasa sakit itu mengarah ke hal lain yang lebih serius, seperti penyakit difteri. Tanda dan gejala yang ditimbulkan hampir sama dengan penyakit tenggorokan pada umumnya. Namun, penyakit ini lebih serius dan berbahaya. Sebab, jika tidak segera diobati, hal ini dapat menyebabkan kematian. - See more at: http://health.liputan6.com/read/691717/difteri-penyakit-tenggorokan-yang-mematikan#sthash.MXdrJBEH.dpuf

CAMPAK


KETAHUI PENYAKIT CAMPAK PADA KANAK-KANAK


Penyakit Campak atau lebih dikenali sebagai demam campak, measle, chicken pok ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus Morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk. Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah penyakit berjangkit pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak.

Tanda-Tanda Awal Penyakit :


Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

Demam yang berlarutan suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.
Segera lah berjumpa doktor. Sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari, setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:

# Jangkitan telinga
# Pembesaran Nodus Limfa
# Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
# Jangkitan paru paru
# Jangkitan bronkus
# Jangkitan peti suara
# Cirit birit atau muntah
# Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir
   kekurangan berat badan.





Pantang larang


1. Jangan bagi kena air hujan kerana takut parut besar akan kekal .
2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis, berminyak, ayam, telur, juga elakkan makanan 
    laut yang boleh menyebabkan kanak-kanak akan dapat gatal-gatal.
3. Jangan banyakkan kena air seperti mandi
4. Jangan makan ubat takut nanti ruam tak keluar. Ada juga hanya ambil paracetamol je takut tak leh
    control demam panas akan jadi sawan.
5. Jangan mandi guna sabun sebab sabun mengandungi bahan kimia.
6. Jangan pakai baju, dikhuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.
7. Jangan garu atau kopek kuping campak nanti parut campak akan kekal, macam jerawat/jerajat

Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.




STROK

PENYAKIT KRONIK PADA KITA - STROK



Strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati. Ini mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Strok atau angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Tanda gejala penyakit stroke ini boleh menyerang siapa saja, terutama mereka yang menderita penyakit-penyakit berbahaya misalnya adalah penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakt jantung, kadar kolesterol yang tinggi, trigliserida tinggi, pengerasan yang terjadi pada pembuluh darah, penyempitan pembuluh darah, obesitas dan juga hal yang lainnya. Akan tetapi, pada umumnya stroke terjadi pada penderita penyakit hipertensi.

 Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza.
1) Strok iskemia mungkin disebabkan oleh - Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
2) Strok berdarah mungkin disebabkan oleh - Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.





Tanda-Tanda Awal Strok :

1) Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka
2) lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan
    diserang strok atau angin ahmar.
3) penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda di atas, bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku. Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk :
1) tekanan darah tinggi,
2) kencing manis,
3) kolestrol tinggi,
4) perokok,
5) diet tidak seimbang
6) stres.

Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.



 

BUAH PINGGANG


BAGAIMANA KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG) TERJADI


Penyakit Gagal Ginjal atau buah pinggang adalah suatu penyakit dimana fungsi organ ginjal mengalami penurunan hingga akhirnya tidak lagi mampu bekerja sama sekali dalam hal penyaringan pembuangan elektrolit tubuh, menjaga keseimbangan cairan dan zat kimia tubuh seperti sodium dan kalium di dalam darah atau produksi urine. Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal. Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Penyebab Gagal Ginjal

Terjadinya gagal ginjal disebabkan oleh beberapa penyakit serius yang tedapat di dalam tubuh badan manusia. Adapun beberapa penyakit yang sering kali kita dengar yang berkaitan dengan penyakit ginjal diantaranya :
1. Penyakit tekanan darah tinggi (Hypertension)
2. Penyakit Diabetes Mellitus (Diabetes Mellitus)
3. Adanya sumbatan pada saluran kemih (batu, tumor, penyempitan /striktur)
4. Kelainan autoimun, misalnya lupus eritematosus sistemik
5. Menderita penyakit kanser (cancer)
6. Kelainan ginjal, dimana terjadi perkembangan banyak kista  pada organ ginjal itu sendiri
    (polycystic kidney disease)
7. Rosaknya sel penyaring pada ginjal baik akibat peradangan oleh infeksi atau dikenali sebagai
    glomerulonephritis.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan. Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
- Darah keluar bersama-sama air kencing.
- Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
- Sakit belakang.
- Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
- Bengkak pada pergelangan kaki.
- Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang. Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.





Kegagalan Buah Pinggang Boleh Dicegah Jika Mengamalkan :
- Pemakanan seimbang.
- Minum sekurang-kurangnya dua
   liter air sehari.
- Berhenti merokok.
- Makan ubat selepas mendapat
  nasihat doktor. Paling penting,
  elakkan ubat yang tidak perlu
  termasuk
  ubat untuk menguruskan badan.
- Kekalkan berat badan seimbang.
- Bersenam setiap hari sekurangnya   kurangnya 30 minit.

Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja. Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang. Sayangilah diri anda









SAKIT LUMPUH


APAKAH YANG DIKATAKAN LUMPUH


Lumpuh adalah kehilangan atau kemerosotan fungsi motor dalam satu atau lebih kumpulan otot akibat luka mekanisme saraf. Apabila digunakan untuk fungsi motor, lumpuh adalah kehilangan pergerakan sukarela, menghalang penggunaan otot, tendon, atau sendi yang biasanya mengawal pergerakan badan. Lumpuh adalah tanda-tanda keadaan yang mendasari seperti paraplegia atau kuadriplegia. Paraplegia merujuk kepada lemah atau lumpuh kedua-dua kaki dan bahagian bawah badan. Quadriplegia atau tetraplegia merujuk kepada lemah atau lumpuh daripada semua empat kaki.

Paraplegia
Rawatan bergantung kepada punca paraplegia yang. Jika ia disebabkan kecederaan saraf tunjang, maka penyahmampatan dan penstabilan tulang belakang adalah penting. Pembedahan boleh melegakan tekanan jika hadir. Kurang biasa sebab-sebab, seperti trombosis arteri, mungkin memerlukan pentadbiran ejen thrombolytic. Jangkitan perlu dirawat dengan antibiotik yang sesuai. Dalam kes myelitis melintang, ejen antibakteria dan antivirus, bersama-sama dengan steroid, boleh ditunjukkan. Pembedahan untuk melegakan tekanan dari luka jisim boleh ditunjukkan.
Quadriplegia
Rawatan bergantung kepada punca-kuadriplegia. Jika ia disebabkan kecederaan saraf tunjang, maka immobilization tulang belakang adalah sangat penting. Pembedahan boleh melegakan tekanan jika hadir. Kurang biasa sebab-sebab, seperti trombosis arteri, mungkin memerlukan pentadbiran ejen thrombolytic. Jangkitan perlu dirawat dengan antibiotik yang sesuai. Jika tumor menyebabkan pemampatan saraf tunjang, pembedahan mungkin melegakan tekanan. Pemulihan dari neutrino lintang saraf tunjang tidak kemungkinan pada masa ini.

Lumpuh juga terjadi daripada gangguan satu atau lebih laluan motor pada bila-bila dari serebrum gentian otot. Gangguan ini boleh disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang (keretakan, kehelan) yang ditanggung dari trauma tumpul, kereta dan kemalangan berperahu, jatuh, atau kecederaan sukan. Penyakit saraf tunjang atau penyakit-penyakit lain dan keadaan juga boleh mengganggu fungsi saraf. Lumpuh boleh dimanifestasikan oleh kehilangan separa atau lengkap fungsi otot yang terlibat dan mungkin sementara atau kekal. Lumpuh lengkap menunjukkan jumlah kehilangan fungsi di bawah tahap kecederaan. Lumpuh tidak lengkap menunjukkan bahawa individu itu mempunyai beberapa fungsi motor di bawah tahap kecederaan. Jika semua saraf periferal serat motor membekalkan otot terganggu, semua pergerakan sukarela, postur, dan refleks hilang. Dalam kehilangan motor gentian saraf di luar sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang), otot menjadi longgar dan lembut dan tidak menentang regangan pasif, keadaan yang dikenali sebagai flaccidity.


Gejala lumpuh seperti :  

1) kehilangan refleksi kaki dan tangan

2) pergerakkan anggota tubuh badan sukar dikawal
3) tekanan darah naik turun
4) rasa mati pada deria, serta kejang otot
5) pandangan kabur serta sulit menggerakkan otot wajah, 
6) sukar berbicara, dan berdebar-debar
7) kesulitan bernafas, menelan, keluar air liur tak terkawal
8) sering rasa pening dan pengsan,

Jenis-Jenis Lumpuh : 
1) Lumpuh Seluruh Badan
2) Lumpuh Separuh Badan
3) Lumpuh Kaki/Tangan
4) Lumpuh Otak
5) Lumpuh Sementara

Rawatan bergantung kepada jenis, lokasi, dan tahap kelumpuhan. Pertimbangan utama dalam rawatan kecederaan saraf tunjang (trauma) adalah untuk nyahmampat dan menstabilkan tulang belakang. Pembedahan boleh melegakan tekanan jika hadir. Jika terdapat sekatan di dalam saluran tunjang yang disebabkan oleh tumor, kemoterapi dan radiasi boleh ditunjukkan. Jangkitan bakteria dirawat dengan antibiotik. Steroid juga ditunjukkan untuk membantu mengurangkan kemungkinan kerosakan neurologic kekal. Dalam kes-kes kelumpuhan sementara, terapi fizikal digunakan untuk melatih semula dan mengukuhkan otot dan sendi supaya beberapa tahap mobiliti adalah mungkin selepas pemulihan. Jika terdapat kerugian lengkap fungsi, langkah-langkah sokongan seperti terapi fizikal untuk mengelakkan sendi daripada menjadi dikunci dan dikontrakkan dan mengelakkan komplikasi dari imobilitas berpanjangan (ulser tekanan, pembekuan darah, jangkitan saluran kencing, sembelit) harus dimulakan. Ujian genetik mungkin diperlukan untuk membantu mendiagnosis keturunan.

Rawatan akupunktur mampu merawat masalah strok dengan menstabilkan pengaliran darah, merangsang saraf yang tidak bermaya dan membetulkan tenaga Chi. Ada pesakit yang mengalami tangan lumpuh dan ada juga lumpuh separuh badan akibat serangan strok. Oleh itu jarum akupunktur dicucuk di titik bagi kawasan yang terbabit selain titik-titik yang mampu menstabilkan pengaliran darah pesakit.
Tidak semua titik digunakan untuk merawat pesakit strok kerana masing-masing mempunyai keadaan yang berbeza. Tetapi mengikut apa yang saya pelajari saya pastikan titik asas yang digunakan bagi pesakit strok bertujuan untuk mengalirkan darah kemudian titik tambahan di kawasan yang bermasalah atau lumpuh.


Tuesday, April 29, 2014

KETAHUI TENTANG PENYAKIT KELAMIN

APAKAH YANG DIKATAKAN PENYAKIT KELAMIN


Penyakit kelamin atau yang sekarang lebih sering disebut Penyakit menular seksual (PMS) disebabkan oleh infeksi yang ditularkan dari satu orang ke orang lain pada kontak seksual. Secara medis, infeksi hanya disebut “penyakit”. Itulah sebabnya penyakit kelamin disebut “Penyakit Menular Seksual". Umumnya orang menggunakan istilah penyakit menular seksual (PMS)

Ia juga disebabkan hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.





Antara jenis penyakit kelamin adalah:

AIDS
Chancroid
Gonorea
Granuloma
Penyakit kelamin Chlamydia
Hepatitis A
Hepatitis B
Herpes
Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection)
Jangkitan Yis (Kulat)
Ketuat kelamin (Genital Warts - Condyloma Acuminata)
Kutu ari-ari (Pubic Lice)
Lymphogranuloma
Molluscum
Radang Pelvik
Scabies
Siflis
Trichomoniasis
Vaginitis
Bakteria Vaginosis

Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini jika anda mengamalkan atau melakukan:

  1. Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,
  2. Hubungan seks melalui dubur
  3. Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,
  4. Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.

Tanda dan Gejala

Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.

Diagnosa

Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal.Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat tersebut. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:






Beberapa tips untuk anda cara merawat penyakit kelamin


1. Cuci alat kelamin setelah buang air besar atau kecil
2. Usahakan jangan menggunakan celana dalam yang terlalu ketat
3. Jangan menggunakan minyak wangi pada alat kelamin terutama wanita
4. Jangan gunta ganti pasangan
5. Ganti pembalut secara teratur
6. Periksa secara rutin alat kelamin kita
7. Pakai alat pengaman saat melakukan hubungan


Manfaatkan lah Hidup Anda. Jaga kesihatan. Elakkan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Mencegah lebih baik dari mengubati