PENYAKIT KRONIK PADA KITA - STROK
Strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati. Ini mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Strok atau angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Tanda gejala penyakit stroke ini boleh menyerang siapa saja, terutama mereka yang menderita penyakit-penyakit berbahaya misalnya adalah penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakt jantung, kadar kolesterol yang tinggi, trigliserida tinggi, pengerasan yang terjadi pada pembuluh darah, penyempitan pembuluh darah, obesitas dan juga hal yang lainnya. Akan tetapi, pada umumnya stroke terjadi pada penderita penyakit hipertensi.
Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza.
1) Strok iskemia mungkin disebabkan oleh - Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
2) Strok berdarah mungkin disebabkan oleh - Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
Tanda-Tanda Awal Strok :
1) Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka
2) lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan
diserang strok atau angin ahmar.
3) penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.
Dengan mengenalpasti tanda-tanda di atas, bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.
Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku. Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.
Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk :
1) tekanan darah tinggi,
2) kencing manis,
3) kolestrol tinggi,
4) perokok,
5) diet tidak seimbang
6) stres.
Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.
Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.
0 comments:
Post a Comment