APAKAH YANG DIKATAKAN PENYAKIT KELAMIN
Penyakit kelamin atau yang sekarang lebih sering disebut Penyakit menular seksual (PMS) disebabkan oleh infeksi yang ditularkan dari satu orang ke orang lain pada kontak seksual. Secara medis, infeksi hanya disebut “penyakit”. Itulah sebabnya penyakit kelamin disebut “Penyakit Menular Seksual". Umumnya orang menggunakan istilah penyakit menular seksual (PMS)
Ia juga disebabkan hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.
Antara jenis penyakit kelamin adalah:
AIDSChancroid
Gonorea
Granuloma
Penyakit kelamin Chlamydia
Hepatitis A
Hepatitis B
Herpes
Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection)
Jangkitan Yis (Kulat)
Ketuat kelamin (Genital Warts - Condyloma Acuminata)
Kutu ari-ari (Pubic Lice)
Lymphogranuloma
Molluscum
Radang Pelvik
Scabies
Siflis
Trichomoniasis
Vaginitis
Bakteria Vaginosis
Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini jika anda mengamalkan atau melakukan:
- Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,
- Hubungan seks melalui dubur
- Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,
- Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.
Tanda dan Gejala
Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.Diagnosa
Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal.Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat tersebut. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:
Beberapa tips untuk anda cara merawat penyakit kelamin
1. Cuci alat kelamin setelah buang air besar atau kecil
2. Usahakan jangan menggunakan celana dalam yang terlalu ketat
3. Jangan menggunakan minyak wangi pada alat kelamin terutama wanita
4. Jangan gunta ganti pasangan
5. Ganti pembalut secara teratur
6. Periksa secara rutin alat kelamin kita
7. Pakai alat pengaman saat melakukan hubungan
Manfaatkan lah Hidup Anda. Jaga kesihatan. Elakkan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Mencegah lebih baik dari mengubati
0 comments:
Post a Comment