468x60 Ads

Wednesday, April 10, 2013

Albino


APAKAH ITU ALBINO

   Albino perkataan yang diambil dari bahasa Latin albus yang bererti putih. Ia juga disebut hypomelanism atau hypomelanosis, adalah salah satu bentuk dari hypopigmentary congenital disorder. Ciri khasnya adalah hilangnya pigmen melanin pada mata, kulit, dan rambut (atau lebih jarang hanya pada mata). Albino timbul dari perpaduan gen resesif. Albino adalah kelainan genetik tapi bukan penyakit infeksi dan tidak dapat dipindahkan melalui hubungan, permindahan darah dll.
     Gen albino menyebabkan tubuh tidak dapat membuat pigmen melanin. Sebahagian besar bentuk albino adalah dari hasil kelainan biologi dari gen-gen resesif yang diturunkan oleh ibu/bapa. Walaupun jarang yang dinyatakan gen ini diturunkan oleh ibu/bapa. Ada perubahan bentuk genetik lain yang dikaitkan dengan albino, tapi semuanya ke arah perubahan dari produksi melanin dalam tubuh. Albino dikategorikan dengan tirosinase positif atau negetif. Dalam kes tirosinase positif, enzim torosinase ada tapi melanosit (sel-sel di epidemis yang berfungsi melindungi sinar uv untuk menghindari kulit rosak). Tirosinase negetif pula, enzim tirosinase tidak berfungsi diproduksi atau versi nonfungsional produksi.


Ciri-ciri seorang albino adalah:
1) mempunyai kulit seakan "orang putih"(putih sus/putih pucat)
2) rambut yang abnormal (keperang-perangaan)
3) memiliki iris merah muda atau biru dengan pupil merah (tidak 
     semua)
4) Rabun jauh dan rabun dekat yang sangat ekstrim 

Persamaan Antara Albino dan Manusia Biasa: 
1) Pertumbuhan dan perkembangan anak yang albino sama seperti 
     anak-anak yang lain
2) Dari segi kesihata tiada beza secara umum
3) Jangka waktu hidupnya 
4) Kepintaran atau IQ
5) Kemampuan untuk memiliki anak.
6) Tapi Peratusaan untuk melahirkan anak albino dari pasangan 
     normal dengan albino sangat rendah. Peratusan kedua-dua 
     pasangan albino adalah tinggi.

Tiada yang membezakan antara anak albino dengan anak normal kecuali warna kulit dan rambutnya saja yang berbeza, jadi tidak perlu memberikan perlakuan yang beza terhadap anak albino. Albino bukanlah suatu sakit berjangkit yang digeruni seperti hepatitis atau tb. Pergaulan antara sesama manusia sama saja tiada pantang larang. Albino tidak terpengaruh gender, kecuali ocular albino (terkait dengan kromosom x), sehingga seseorang itu lebih sering terkena ocular (berkenaan mata) albino. Karena penderita albino tidak mempunyai pigmen melanin (berfungsi melindungi kulit dari radiasi ultraviolet yang datang dari matahari), mereka menderita kerana pancaran sinar matahari, yang bukan merupakan masalah bagi orang biasa.
Albino adalah suatu kondisi yang tidak dapat diubati atau disembuhkan, tetapi ada beberapa hal kecil yang dapat dilakukan untuk memperbaiki kualiti hidup. Yang terpenting adalah memperbaiki daya lihat, melindungi mata dari sinar terang, dan menghindari kerosakan kulit dari cahaya matahari. Kejayaan dalam terapi bergantung pada jenis albino dan seberapa parahnya gejala. Biasanya orang dengan ocular albinism lebih mempunyai pigmen kulit normal sehingga mereka tidak memerlukan perlakuan khusus pada kulit. Biasanya perubatan untuk kondisi mata terdiri dari rehabilitasi visual. Pembedahan mungkin untuk otot mata untuk menurunkan nystagmus, strabismus, dan kesalahan refraksi seperti astigmatisma Pembedahan strabismus mungkin mengubahan penampilan dari mata. Pembedahan untuk nistagmus mungkin dapat mengurangi perputaran bola mata yang berlebihan.
Secara efektifnya, dari semua prosedur ini bervariasi, tergantung dari keadaan individu masing-masing. Namun harus diketahui, pembedahan tidak akan mengembalikan fovea ke kondisi normal dan tidak memperbaiki daya lihat binocular. Dalam kes esotropia (bentuk "crossed eyes” dari strabismus), pembedahan mungkin membantu daya lihat dengan membesarkan lapang pandang area yang tertangkap oleh mata ketika mata melihat hanya pada satu titik.



ulser perut


TAHUKAH ANDA APA ITU ULSER PERUT


   Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama ususkecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.

Tanda-Tanda Lazim Ulser Perut:
1) sakit menggigit di dalam perut  
    yang biasanya menjadi lebih teruk
    selepas  mengambil
    makanan dan minuman.
2) Sakit mencucuk cucuk sampai ke
     belakang
3) Mengalami sakit yang teramat
    sangat hingga membosankan
4) Terasa pedih dan tajam-tajam di  
     perut
5) Angin yang banyak hingga
     merasakan loya, muntah-muntah
     pening dan lesu
6) Kurang selera makan
7) Kehilangan berat badan
8) Perubahan warna pada najis (hitam)

 Punca-Punca Ulser Perut :
1) Suka makan makanan yang pedas, masam dan berminyak,
2) Makanan yang tidak seimbang,
3) Jadual makan yang tidak menentu
4) Kurang minum air suam (mineral)
5) kurang bersenam
6) Perokok tegar dan minum minuman yang beralkohol
7) Ubat yang tidak sesuai pada badan anda
8)  Stress
 
Rawatan Yang Harus Diketahui:  
1) Makan makanan yang sihat dan seimbang, banyakkan sayuran dan buahan
2) Banyakkan minun air 
3) Disiplinkan waktu makan
4) Bagi perut yang tidak tahan, jangan makan makanan yang pedasdan masam
5) Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam selalu, rehat secukupnya dan hentikan tabiat buruk
6) Henti tabiat buruk seperti merokok dan minum minuman beralkohol
7) Kawal tekanan/stress

8) Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil

     Untuk Pengetahuan anda lagi, Ulser perut atau Ulser Peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer). Dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori menyebabkan perut menjadi luka. Bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat (asidosis). Asid dalam perut akan menjadi lapisan perut mengalami luka atau pedih perut. Pengambilan ubat-ubatan moden seperti (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang digunakan untuk merawat tulang dan sendi, serta Aspirin di kalangan pesakit jantung dan strok menjadi faktor penyumbang kepada ulser. Ubat moden merupakan salah satu penyebab utama pendarahan perut dan usus yang boleh menyebabkan kematian yang dikaitkan dengan penyakit ulser berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden. sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.'Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar

Anda Ditumbuhi Bulu Lebat?



BULU BERLEBIHAN PADA BADAN KITA


    LELAKI berbulu lebat mungkin dianggap macho, tetapi keadaan sebaliknya bagi wanita. Malah, berbanding lelaki, wanita berbulu lebat lazimnya mengundang perhatian kerana dianggap memalukan. Apakah ini biasa atau petanda masalah kesihatan? Dari segi perubatan, masalah pertumbuhan bulu berlebihan ini dikenali ‘hirsutism.’ Corak pertumbuhan dan sebarannya mirip lelaki dan lebih ketara pada bahagian muka, dada, sekitar areola, punggung, paha serta sekitar alat sulit.

    Bulu berlebih disebabkan poleh pengaruh hormon, karena hormon androgen yang berlebihan. dan disebabkan oleh beberapa hal. Ini karena memang pengaturan hormon dalam diri anda menyebabkan banyak keluarnya androgen, dan juga disebabkan beberapa tumor yang merangsang pengeluaran hormon ini, salah satu contoh adalah polycistic ovarian syndrome. sering terjadi pada wanita. Ada juga badan yang ditumbuhi bulu yang telalu banyak dikaitkan dengan saka, sumpahan atau kenan. Bayi atau kanak-kanak yang tumbuh bulu yang ganjil ada juga dikaitkan mungkin ibu mengandung mimpi lembaga yang dipenuhi bulu, terkejut dengan benda atau binatang dll. Tapi dari segi perubatan sains ia kenali simdrom atau sistem dalam badan yang tidak normal.


   Dari kajian doktor pakar, secara amnya penyebab hirsutism terbahagi kepada beberapa punca iaitu pengeluaran atau penghasilan hormon androgen berlebihan, komplikasi pengambilan ubat-ubatan selain impak penyakit kronik yang dialami individu berkenaan.Sistem pengeluaran hormon ini kompleks dan dikawal oleh kelenjar di otak, pituitari dan juga hipotalamus. Ada beberapa keadaan yang akan menyebabkan berlakunya pertambahan androgen iaitu masalah obesiti, sindrom ovari polisistik, gangguan hormon, hiperprolaktinemia, penyakit akromegali, hiperplasia kongenital adrenal dan sindrom Cushing. Tetapi ada juga wanita hamil yang mengalami masalah hirsutism disebabkan peningkatan hormon prolaktin. Penyakit kencing manis semasa mengandung juga memungkinkan keadaan hirsutism. Tapi pada wanita hamil ia bukan masalah besar bagi mereka kerana ia akan hilang dengan sendirinya setelah wanita itu melahirkan bayi. Oleh itu jangan runsing kerana ia bersifat sementara.


        Punca-Punca Badan Ditumbuhi Bulu Yang berlebihan :
 i) Obesiti - Ia berkait rapat masalah insulin yang gagal memainkan peranan secukupnya.
 ii) Sindrom Ovari Polisistik - Wanita yang mengalami sindrom ini biasanya mendapati diri
     mereka sukar hamil. Tubuh mereka cenderung gemuk, kulit berminyak, berjerawat, 
     haid sedikit serta tidak menentu. Wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai
     ovari yang berpolisistik serta paras hormon androgen yang tinggi.
 iii) Masalah gangguan hormon seperti penyakit endokrin hipotiroid.
 iv) Hiperprolaktinemia - Paras hormon prolaktin tinggi dalam badan.
      Hormon ini lazimnya   berkait rapat dengan pengeluaran susu, walaupun 
      wanita itu tidak hamil.
 v ) Penyakit Akromegali - Disebabkan peningkatan abnormal hormon tumbesaran
      dan juga kegagalan insulin.
vi)Hiperplasia kongenital adrenal - Ketiadaan atau ketidakhadiran enzim-enzim
    tertentu dalam badan yang menyebabkan lebih banyak hormon lelaki androgen
    terhasil.
 viii)Sindrom Cushing - Membabitkan peningkatan abnormal hormon-hormon steroid     
      termasuklah hormon lelaki androgen.


Jumpa lah doktor-doktor pakar jika anda dapati diri anda ditumbuhi bulu yang berlebihan. Kerana takut jika dibiarkan ia akan melarat keseluruh badan. Jika ia mungkin bersifat saka atau sumpahan, jumpa lah paranormal yang bertauliah atau tanyalah pada tok guru atau ustat-ustat. Moga ia boleh mengurangkan beban anda. Walaupun jarang berlaku dikalangan masyarakat kita, jangan lah kita memandaang ringan tentang ini. Jaga lah kebersihan diri, makan ubat-ubat yang syorkan doktor pakar. Ikuti lah nasihat yang lebih arif tentang ini dan petua-petua untuk hindari perkara ganjil berlaku pada diri kita.

Tuesday, April 9, 2013

HEPATITIS


APA ITU HEPATITIS



Istilah "Hepatitis" dipakai untuk semua jenis keradangan pada hati. Terdapat pelbagai punca Hepatitis samada dari virus sehingga kepada ubat-ubatan, termasuk ubat tradisional. Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang menyerang salah satu organ penting dalam tubuh kita aitu organ hati. Penyakit Hepatitis atau penyakit kuning adalah segala hal bentuk peradangan yang menyerang organ tubuh yang disebut dengan hati ataupun liver. Fungsi utama dari hati atau liver adalah menyaring racun-racun yang ada pada darah. Selain itu, masih ada sekitar 500 fungsi lain dari hati. Jika seseorang menderita hepatitis, yang merupakan peradangan pada hati atau liver ini, dapat menghancurkan kesihatan orang tersebut secara keseluruhan kerana racun tetap bercampur pada darah dan merosak atau mengganggu kerja organ lain. Akibat lainnya adalah hati menolak darah yang mengalir sehingga tekanan darah menjadi tinggi dan pecahnya pembuluh darah. Virus ini dapat menular melalui makanan, minuman, jarum suntik dan pemindahan darah.

Hepatitis adalah daripada perkataan Latin yang bermaksud Radang Hati. Ia disifatkan pemusnah banyak sel-sel hati dan akan memusnahkan sel-sel daripada tisu hati. Hepatitis boleh menyebabkan oleh penyakit yang terutamanya menyerang sel-sel hati. Ia juga muncul hasil daripada penyakit seperti mononucleosis. Manusia boleh mendapat hepatitis jika mereka berhubung secara terus. salah satu virus yang menyebabkan radang hati atau terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan hepatitis seperti alkohol, toksin, kulat dan ubatan yang tertentu. Ia boleh berlaku oleh racun ubat jika terlebih dos ubatan (seperti paracetamol) atau berlaku reaksi yang ganjil pada hati kepada dos yang normal (seperti halothane, anaesthetic).

Hepatitis boleh dibahagikan kepada dua kumpulan kecil termasuk di dalam tempohnya. Jika seseorang mendapat penyakit hepatitis berat, maka satu-satunya cara untuk menyembuhkan adalah dengan melakukan transplantasi hati. Walaubagaimana pun, ia sangat sukar untuk dilakukan. Kerana penyakit hepatitis berat akan berakhir dengan kematian. Untuk melambatnya, disarankan kepada pesakit makan makanan bergizi sehingga sistem kekebalan tubuh menjadi lebih kuat. Hepatitis
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Hepatitis Acute - bertahan kurang dari 6 bulan dan Hepatitis 
Kronik - bertahan lebih lama dari 6 bulan. Hepatitis Acute mempunyai beberapa penyebab jangkitan virus hepatitis seperti hepatitis A, hepatitis B, hepatitis C, hepatitis D dan hepatitis E. Virus penyakit yang lain seperti monocleosis dan cytomegalovirus, jangkitan bakteria yang teruk, ,jangkitan amoebic, ubat-ubatan seperti racun paracetamol dan halothane (sejenis ubat bius), alkohol dan toxin kulat contohnya keracunan cendawan payung. Penyebab bagi Hepatitis Kronik pula adalah jangkitan virus hepatitis seperti hepatitis B, hepatitis C dan hepatitis D, Ubat-ubatan, toxin-toxin seperti alkohol.
 Gejala Hepatitis :
1) Sakit seperti menusuk pada perut bagian kanan
2) Badan menjadi lemah, mual, demam dan cirit-birit.
3) Sakit kuning yang terdapat pada kulit dan mata
4) Kurang selera makan
5) Tekanan atau sakit pada bahagian kanan tulang rusuk disebabkan pembesaran hati.
6) Sakit pada otot, sendi, kepala dan ruam kulit.


Rawatan Hepatitis :
1) Elakkan daripada terdedah terhadap virus-virus hepatitis
2) Jangan ambil minuman yang beralkohol
3) Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
4) Rawatan tradisioanal seperti akupuntur dan hemeopathy
5) Disiplinkan diri dengan mengikuti arahan pengubatan doktor
6) Jaga kesihatan diri yang cukup dan sentiasa bersih

Penyakit Hepatitis biasanya tidak boleh dilihat dengan jelas sehiggalah doktor membuat rawatan lebih lanjut. Virus ini akan berpindah dari penerima virus kepada seseorang yang sihat. Jika kekebalan tubuh seseorang itu sedang lemah, virus akan menjangkiti tubuh orang yang sihat. Walau bagaimana pun, virus ini dapat dibersihkan oleh antibodi manusia itu sendiri jika sistem kekebalan tubuhnya baik.

Tulang Rusuk



APA ITU TULANG RUSUK/RUSUK TULANG


     Rangka Manusia bagian badan berfungsi melindungi organ-organ tubuh. Tulang pada organ-organ tubuh tersusun dari tulang dada, tulang rusuk, tulang belakang, gelang bahu, dan tulang gelang panggul.Tulang dada berfungsi sebagai tempat melekatnya tulang rusuk bagian depan.Tulang Rusuk Terdiri atas 7 tulang.

      Dalam struktur badan, tulang rusuk atau iga (rib) adalah tulang panjang yang melengkung dan membentuk rongga rusuk. Tulang rusuk melindungi dada (thorax) paru-paru, jantung, hati, dan organ dalam lainnya di rongga dada. Pada mamalia, tulang rusuk terdapat hanya di bagian dada. Namun pada reptil, tulang rusuk kadang-kadang terdapat dari bagian leher hingga sacrum. Terdapat beberapa jenis ikan yang dapat memiliki hingga 4 rusuk pada setiap tulang punggung. Manusia memiliki 24 tulang rusuk (12 pasang). 

     Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. kerana sebab itulah menagapa para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.



      Rangka manusia dibentuk dari tulang tunggal atau gabungan seperti tengkorak yang ditunjang oleh struktur lain seperti ligamen, tendon, otot, dan organ lainnya. Tulang rusuk berbentuk tipis, pipih dan melengkung. bersama-sama dengan tulang dada membentuk rongga dada untuk melindungi jantung dan paru-paru. Tulang rusuk manusia, terdiri atas 7 pasang tulang rusuk sejati, 3 pasang tulang rusuk palsu, dan 2 pasang tulang rusuk melayang. Tulang Rusuk mempumyai 3 bahagian yang berbeza. bahagian-bahagian itu adalah :-

1) Tulang rusuk sejati berjumlah tujuh pasang. Tulang-tulang rusuk ini pada bagian belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang sedangkan ujung depannya berhubungan dengan tulang dada dengan perantaraan tulang rawan

2) Tulang rusuk palsu berjumlah 3 pasang. Tulang rusuk ini memiliki ukuran lebih pendek dibandingkan tulang rusuk sejati. Pada bagian belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang sedangkan ketiga ujung tulang bagian depan disatukan oleh tulang rawan yang melekatkannya pada satu titik di tulang dada

3) Rusuk melayang berjumlah 2 pasang. Tulang rusuk ini pada ujung belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang, sedangkan ujung depannya bebas.Tulang rusuk memiliki beberapa fungsi diantaranya:  
a) melindungi jantung dan paru-paru dari goncangan.
b) melindungi lambung, limpa dan ginjal, dan
c) membantu pernapasan.

     Untuk pengetahuan anda juga, kerosakan paru-paru dan jantung, boleh berlaku jika tulang belakang membengkok melebihi 70 darjah. Ia bersangkut-paut dengan tulang rusuk. Tulang rusuk akan menekan paru-paru dan jantung, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan cepat penat. Malah, jantung juga akan mengalami kesukaran mengepam darah. Dalam keadaan ini, pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru dan pneumonia. Jangan takut untuk berjumpa doktor pakar untuk mengetahui lebih lanjut tentang dan definasi tulang rusuk anda. kebanyakkan pesakit banyak mendiamkan diri dari merawat. Carilah pengatahuan mengenai tulang-tulang anda


AWAS! BERAT BADAN ANDA PERLU DITURUNKAN SEGERA

Mengapa Perlu Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

Monday, March 25, 2013

alzheimer


AWAS! ANDA MUNGKIN BAKAL MENGIDAP NYANYUK


   Penyakit Alzheimer di ambil sempena nama Dr. yang menjumpai penyakit ini iaitu Dr Alzheimer seorang doktor Jerman pada tahun 1906. Beliau melihat perubahan dalam jaringan otak seorang wanita yang telah meninggal kerana penyakit mental yang tidak normal. Beliau menemukan gumpalan abnormal dan bundel serat kusut yang kini dikenali sebagai plak amiloid dan kusut dikenali sebagai neurofibrillary. Kedua-adua nama itu digabungkan sebagai Alzheimer. Penyakit ini akan mengganggu memori kotak pemikiran kita. Ia mengganggu memori pemikiran normal dengan menutup kotak pesanan antara sel-sel saraf. Gangguan penurunan memori ini dikenali sebagai neurodegeneration.
Alzheimer digolongkan juga salah satu simptom penyakit nyanyuk. Penyakit ini selalu dikaitkan dengan seseorang yang meningkat umur (tua 70 keatas). Alzheimer & nyanyuk bukanlah suatu penyankit berjangkit. Penyakit ini adalah keadaan dimana daya ingatan seseorang itu merosot sedikit demi sedikit sehingga tidak mampu menguruskan diri mereka sendiri. Keadaan ini bukan sahaja membebankan diri seseorang itu, malah ahli keluarga mereka juga. Masalah kesihatan ini amat menyeksakan dan memerlukakan perhatian sepenuhnya terhadap ahli keluarga yang mendapat penyakit ini. Faktor risiko terpenting untuk penyakit ini usia lanjut, namun faktor keturunan juga memainkan peranan penting.
Para doktor yang pakar dalam bidang perubatan ini, masih lagi mengkaji tentang masalah penyakit ini dan masih meneliti ubat yang paling sesuai untuk peringkat Azheimer (yang ringan & yang berat). Latihan ketahanan diri seperti menguatkan memori, dan diet sihat dapat membantu pencegahan untuk pesakit mendapat penyakit nyanyuk yang lebih berat. Jika dikesan lebih awal, anda boleh berusaha apa yang yang perlu dilakukan supaya tidak menular terlalu cepat sehingga menyebabkan kesan yang lebih teruk oleh pesakit. Pengetahuan tentang tanda-tanda juga haruslah diketahui.
Tanda-tanda Alzheimer :
1) kehilangan memori/dalam keadaan kebinggugan
2) Tidak tahu tentang lokasi atau tempat yang hendak dituju/pulang
3) Sukar untuk menyelesaikan tugas seharian
4) Kejap-kejap lupa dimana meletakkan sesuatu benda
5) Tidak ingat apa yang hendak dibuat dan yang dah berlaku semalam
6) Kadang-kadang tidak sedar apa yang dibuat atau dipertuturkan
7) Hati yang tak tenteram dan merubah keperibadian
8) Sentiasa merasa cemas, gelisah dan adakala tiba-tiba sedih
9) Tidak boleh mengira, membaca dan menulis
10) Lupa siapa ahli keluarga dan sering bertanya siapa nama
11) Sering mengulangi pertanyaan dan tidak mampu berkomunikasi
12) Tidak boleh menguruskan diri sendiri seperti makan, mandi, kencing & buang air besar
13) Perlakuan seperti kanak-kanak
14) Tidak boleh kontrol perasaan seperti marah, merajuk, curiga, halusinasi dan delusi

Rawatan Tentang Penyakit Ini Adalah :
1) Akupuntur adalah rawatan yang tertua yang sering digunakan oleh masyarakat kita
2) Segeralah berjumpa doktor jika terdapat gejala atau kesan diatas
3) Sentiasa berada bersama pesakit untuk memerhatikan tingkah lakunya
4) Buatkan suasana tenang dan gembira kepada pesakit
5) Rajin bercerita dan sering mengingatkan masa silam
6) Rajin berkunjung atau melawat pesakit supaya pesakit tidak mudah lupa ahli keluarga atau nama
7) Sering membawa ke tempat-tempat riadah dan memberitahui tempat-tempat itu
8) Membaca, menulis dan mengira bersama-sama
9) berinteraksi dengan mereka dalam pertuturan yang baik dan sopan
10) Sentuhan juga memainkan peranan yang penting
11) Tukar topik perbualan jika topik itu tidak kena dengan mood pesakit ketika itu
12) Berbual dengan ayat-ayat yang mudah dan senang untuk difahami pesakit
13) Jangan meninggikan suara atau marah kerana hati mereka mudah tersentuh
14) Anda harus bersabar ketika menunggu pasakit itu bercakap atau berfikir


Oleh itu, jika anda mendapati seseorang terutama ahli keluarga anda mempunyai penyakit nyanyuk, anda perlu bawanya berjumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kesihatan. Anda haruslah peka dan cepat bertindak kerana penyakit ini tidak ada ubat yang khusus. Penyakit Alzheimer juga bukan hanya nyanyuk yang disebabkan proses penuaan. Sebaliknya ia adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit. Ia menyebabkan keupayaan fungsi otak menurun dan memusnahkan kemahiran daya ingatan dan pemikiran seseorang. Sekiranya pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga. Doktor hanya boleh memberi panduan tentang tanda-tanda awal Alzheimer. Jika pesakit benar-benar disahkan mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat rancangan pada masa depan. Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif. Oleh itu, sayangilah keluarga anda

Thursday, March 21, 2013

Sakit Kronik sendi (B)


KENALI SAKIT SENDI



     Kita sering mendengar perkataan sakit sendi. Sakit ini biasanya berlaku pada kita semua tidak kira pada orang tua, muda dan kanak.kanak. Sakit sendi juga kita panggil sengal-sengal pada tulang dan otot. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang. Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecacatan. Sistem muskuloskeletal (menegakkan bentuk tubuh untuk pergerakkan badan) pada manusia terdiri dari tulang, otot dan persendian (dibantu oleh tendon, ligamen dan tulang rawan). Sistem ini memungkinkan anda untuk duduk, berdiri, berjalan atau melakukan kegiatan lainnya dalam kehidupan seharian. 

     Selain sebagai penunjang dan pembentuk tubuh, tulang juga berfungsi sebagai pelindung organ dalam. Tempat pertemuan 2 tulang adalah persendian, yang berperanan dalam mempertahankan kelenturan kerangka tubuh. Tanpa persendian, anda tidak mungkin boleh melakukan berbagai gerakan. Sedangkan yang berfungsi menarik tulang pada saat anda bergerak adalah otot, yang merupakan jaringan elastik yang kuat. arthritis, osteoarthritis, terseliuh dan tendinitis adalah jenis-jenis sakit sendi yang biasa kita jumpa.

i) Arthritis adalah berkenaan dengan sakit sendi tulang. Arthritis juga adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis. 

ii) Arthritis Reumatiod adalah penyakit yang memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

iii) Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.
 

     Sendi-Sendi Yang lain Selalu Disebut adalah :
a) SENDI JARI-JARI TANGAN
b) SENDI JARI-JARI KAKI
c) SENDI BAHU & SIKU 



     Mereka yang berisiko mandaapat sakit sendi adalah:
a) seseorang yang mengidapi obesiti
b) Kesan penuaan pada seseorang
c) Para atlit 
d) Seseorang yang terlalu lasak
e) Seseorang yang sering mengangkat benda-benda berat
f) Seseorang yang mempunyai lemah otot   

     Tanda-Tanda Sakit Sendi adalah :
a) Rasa bengkak-bengkak pada badan
b) Sakit pada penyambungan sendi
c) Selalu mengalami lenguh-lenguh pada badan
d) Rasa otot dan urat tegang 
e) Bunyi dibahagian tulang-tulang 

     Kita harus lah mengenali tentang penyakit sendi supaya dapat dirawat dengan segera. Sebagai contah - Penyakit Osteoarthritis. Sakit ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Apabila permukaan sendi haus, ia mendorong sendi menjadi bengkak dan kebas. Jika ini berlaku pada anda segeralah berjumpa doktor pakar. Kerana pencegahan peringkat awal boleh dilakukan sebaik sahaja kita mengenal pasti kesihatan diri