BULU BERLEBIHAN PADA BADAN KITA
LELAKI berbulu lebat mungkin dianggap macho, tetapi keadaan sebaliknya bagi wanita. Malah, berbanding lelaki, wanita berbulu lebat lazimnya mengundang perhatian kerana dianggap memalukan. Apakah ini biasa atau petanda masalah kesihatan? Dari segi perubatan, masalah pertumbuhan bulu berlebihan ini dikenali ‘hirsutism.’ Corak pertumbuhan dan sebarannya mirip lelaki dan lebih ketara pada bahagian muka, dada, sekitar areola, punggung, paha serta sekitar alat sulit.
Bulu berlebih disebabkan poleh pengaruh hormon, karena hormon androgen yang berlebihan. dan disebabkan oleh beberapa hal. Ini karena memang pengaturan hormon dalam diri anda menyebabkan banyak keluarnya androgen, dan juga disebabkan beberapa tumor yang merangsang pengeluaran hormon ini, salah satu contoh adalah polycistic ovarian syndrome. sering terjadi pada wanita. Ada juga badan yang ditumbuhi bulu yang telalu banyak dikaitkan dengan saka, sumpahan atau kenan. Bayi atau kanak-kanak yang tumbuh bulu yang ganjil ada juga dikaitkan mungkin ibu mengandung mimpi lembaga yang dipenuhi bulu, terkejut dengan benda atau binatang dll. Tapi dari segi perubatan sains ia kenali simdrom atau sistem dalam badan yang tidak normal.Dari kajian doktor pakar, secara amnya penyebab hirsutism terbahagi kepada beberapa punca iaitu pengeluaran atau penghasilan hormon androgen berlebihan, komplikasi pengambilan ubat-ubatan selain impak penyakit kronik yang dialami individu berkenaan.Sistem pengeluaran hormon ini kompleks dan dikawal oleh kelenjar di otak, pituitari dan juga hipotalamus. Ada beberapa keadaan yang akan menyebabkan berlakunya pertambahan androgen iaitu masalah obesiti, sindrom ovari polisistik, gangguan hormon, hiperprolaktinemia, penyakit akromegali, hiperplasia kongenital adrenal dan sindrom Cushing. Tetapi ada juga wanita hamil yang mengalami masalah hirsutism disebabkan peningkatan hormon prolaktin. Penyakit kencing manis semasa mengandung juga memungkinkan keadaan hirsutism. Tapi pada wanita hamil ia bukan masalah besar bagi mereka kerana ia akan hilang dengan sendirinya setelah wanita itu melahirkan bayi. Oleh itu jangan runsing kerana ia bersifat sementara.
Punca-Punca Badan Ditumbuhi Bulu Yang berlebihan :
i) Obesiti - Ia berkait rapat masalah insulin yang gagal memainkan peranan secukupnya.
ii) Sindrom Ovari Polisistik - Wanita yang mengalami sindrom
ini biasanya mendapati diri
mereka sukar hamil. Tubuh mereka cenderung
gemuk, kulit berminyak, berjerawat,
haid sedikit serta tidak menentu.
Wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai
ovari yang berpolisistik
serta paras hormon androgen yang tinggi.
iii) Masalah gangguan hormon seperti penyakit endokrin hipotiroid.
iv) Hiperprolaktinemia - Paras hormon prolaktin tinggi dalam
badan.
Hormon ini lazimnya berkait rapat dengan pengeluaran susu,
walaupun
wanita itu tidak hamil.
v ) Penyakit Akromegali - Disebabkan peningkatan abnormal hormon tumbesaran
dan juga kegagalan insulin.
vi)Hiperplasia kongenital adrenal - Ketiadaan atau
ketidakhadiran enzim-enzim
tertentu dalam badan yang menyebabkan lebih
banyak hormon lelaki androgen
terhasil.
viii)Sindrom Cushing - Membabitkan peningkatan abnormal hormon-hormon steroid
termasuklah hormon lelaki androgen.
Jumpa lah doktor-doktor pakar jika anda dapati diri anda ditumbuhi bulu yang berlebihan. Kerana takut jika dibiarkan ia akan melarat keseluruh badan. Jika ia mungkin bersifat saka atau sumpahan, jumpa lah paranormal yang bertauliah atau tanyalah pada tok guru atau ustat-ustat. Moga ia boleh mengurangkan beban anda. Walaupun jarang berlaku dikalangan masyarakat kita, jangan lah kita memandaang ringan tentang ini. Jaga lah kebersihan diri, makan ubat-ubat yang syorkan doktor pakar. Ikuti lah nasihat yang lebih arif tentang ini dan petua-petua untuk hindari perkara ganjil berlaku pada diri kita.
0 comments:
Post a Comment