Mengapa Perlu Turunkan Berat Badan?
Jika
anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada
pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi
masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah
tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari
rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu
berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana
obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian
bagi penyakit jantung.
BMI
anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada
ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia
menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim
tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan
menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih
tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.
Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?
Bayangkan
membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan,
samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak
berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban
jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda
memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan
tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan
yakin.
Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika
anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko
anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan
mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram
boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.
Ketahui keperluan kalori anda:
Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk
memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi
jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
Kesan dan jejak kalori anda:
Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda
akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan
yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada
tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan
kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya
untuknya.
Hello world!
-
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then
start writing!
0 comments:
Post a Comment