468x60 Ads

Wednesday, April 10, 2013

ulser perut


TAHUKAH ANDA APA ITU ULSER PERUT


   Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama ususkecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.

Tanda-Tanda Lazim Ulser Perut:
1) sakit menggigit di dalam perut  
    yang biasanya menjadi lebih teruk
    selepas  mengambil
    makanan dan minuman.
2) Sakit mencucuk cucuk sampai ke
     belakang
3) Mengalami sakit yang teramat
    sangat hingga membosankan
4) Terasa pedih dan tajam-tajam di  
     perut
5) Angin yang banyak hingga
     merasakan loya, muntah-muntah
     pening dan lesu
6) Kurang selera makan
7) Kehilangan berat badan
8) Perubahan warna pada najis (hitam)

 Punca-Punca Ulser Perut :
1) Suka makan makanan yang pedas, masam dan berminyak,
2) Makanan yang tidak seimbang,
3) Jadual makan yang tidak menentu
4) Kurang minum air suam (mineral)
5) kurang bersenam
6) Perokok tegar dan minum minuman yang beralkohol
7) Ubat yang tidak sesuai pada badan anda
8)  Stress
 
Rawatan Yang Harus Diketahui:  
1) Makan makanan yang sihat dan seimbang, banyakkan sayuran dan buahan
2) Banyakkan minun air 
3) Disiplinkan waktu makan
4) Bagi perut yang tidak tahan, jangan makan makanan yang pedasdan masam
5) Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam selalu, rehat secukupnya dan hentikan tabiat buruk
6) Henti tabiat buruk seperti merokok dan minum minuman beralkohol
7) Kawal tekanan/stress

8) Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil

     Untuk Pengetahuan anda lagi, Ulser perut atau Ulser Peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer). Dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori menyebabkan perut menjadi luka. Bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat (asidosis). Asid dalam perut akan menjadi lapisan perut mengalami luka atau pedih perut. Pengambilan ubat-ubatan moden seperti (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang digunakan untuk merawat tulang dan sendi, serta Aspirin di kalangan pesakit jantung dan strok menjadi faktor penyumbang kepada ulser. Ubat moden merupakan salah satu penyebab utama pendarahan perut dan usus yang boleh menyebabkan kematian yang dikaitkan dengan penyakit ulser berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden. sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.'Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar

15 comments:

Anonymous said...

Ibu saya telah melakukan ujian enoskopi dan mengalami luka di atas. Sehingga kini masih sakit.

Maryam Safie said...

Blh try produk HAI O lactolite n cream be...

Anonymous said...

boleh try produk AHB....asia herbal biotech...

Anonymous said...

Boleh ambil probiotik , harvest plus dan teh herba 4life. ..untuk masalah berkaitan usus...hubungi sekarang rahimi 019-3231371 utk info lebih lanjut.

Anonymous said...

sye sakit perut selps makan dan minum sampai mengigil badan thn sakit

Anonymous said...

boleh ambik cuka satu botol dan coca cola jika perlu

Izwan Shah said...

Sama

Science_SmkAmanJaya said...

makan cuka dengan coca cola macam nak bunuh orang la bodoh...

Yutaka Nakamaru said...

aku dah amalkan semuanya tetapi ianya tetap sakit

Yutaka Nakamaru said...

aku dah amalkan semuanya tetapi ianya tetap sakit

Legendary Butterfly said...

Ulser usus mana bole minum coke....gler apa

Fathin Zahraa said...

nie pnykt sy...kn jg pmknn plg pntg . buat la rawatan dlu...elakkan mkn di luar...masak sndr lbh baik..

Nuru Izzati said...

Baru2 ni sy mengalami gastric tetapi sakitnya tidak sama seperit biasa. Gastric kali ini y sy hadapi seperti bahagian perut atas dan bawah seperti mahu terkoyak. Malahan bila sy makan buah-buahan ia akan mengakibatkan perut sy bertambah sakit. Selain itu, perut sy juga akan merasa sakit apabila sy mengambil minumam y sejuk. Apakah punca sakit sy??

John Johnny said...

salam..sye ni ahli bru dalam penyakit ni,pg tadi g jupe doktor,doktor kate sye kena gastrik..dia bg ubat,lepas makan ubat tu,lg sakit gilabab punya,sye pepeat balik jupe doktor tu..dia ckp mmg makan ubat tu akan lg sakit..skang sye nak tye pada yg ade pengalaman utk penyakit ni..btol ker ape yg doktor tu kata?

nor sarimah said...

cuka tajam dan sifatnya menghakis .. klu nak mati cpat buatlaa.. nk mkn ubat altenatif mesti dapatkan rujukan doktor. klu tak de pengetahuan perubatan jgn nk memandai mandai..

Post a Comment