468x60 Ads

Wednesday, April 30, 2014

CAMPAK


KETAHUI PENYAKIT CAMPAK PADA KANAK-KANAK


Penyakit Campak atau lebih dikenali sebagai demam campak, measle, chicken pok ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus Morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk. Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah penyakit berjangkit pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak.

Tanda-Tanda Awal Penyakit :


Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

Demam yang berlarutan suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.
Segera lah berjumpa doktor. Sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari, setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:

# Jangkitan telinga
# Pembesaran Nodus Limfa
# Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
# Jangkitan paru paru
# Jangkitan bronkus
# Jangkitan peti suara
# Cirit birit atau muntah
# Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir
   kekurangan berat badan.





Pantang larang


1. Jangan bagi kena air hujan kerana takut parut besar akan kekal .
2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis, berminyak, ayam, telur, juga elakkan makanan 
    laut yang boleh menyebabkan kanak-kanak akan dapat gatal-gatal.
3. Jangan banyakkan kena air seperti mandi
4. Jangan makan ubat takut nanti ruam tak keluar. Ada juga hanya ambil paracetamol je takut tak leh
    control demam panas akan jadi sawan.
5. Jangan mandi guna sabun sebab sabun mengandungi bahan kimia.
6. Jangan pakai baju, dikhuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.
7. Jangan garu atau kopek kuping campak nanti parut campak akan kekal, macam jerawat/jerajat

Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.




0 comments:

Post a Comment