APA ITU KANSER/BARAH USUS
Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus. Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.
Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia
dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam
usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau
rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar
menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil
masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia
semakin teruk.
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus
Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang
ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia
berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
i) Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
ii) Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang
air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air
besar daripada biasa.
iii) Berasa tidak puas selepas membuang air besar atau sakit perut.
iv) Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
v) Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Bagaimana kurangkan risiko kanser usus
i) Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus dengan:
Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak
sayur-sayuran, buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak
haiwan.
ii) Amalkan berat badan yang sihat.
iii) Amalkan bersenam dengan konsisten.
iv) Jauhi tabiat merokok.
ii) Amalkan berat badan yang sihat.
iii) Amalkan bersenam dengan konsisten.
iv) Jauhi tabiat merokok.
Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan
menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 40 tahun ke
atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang
lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi
kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.
Pesakit kanser usus peringkat awal sebenarnya mempunyai peluang sembuh yang tinggi jika ia dikesan awal dan diberikan rawatan sewajarnya. Apa yang penting ialah datang ke hospital menjalani ujian saringan atau mendapat nasihat dari doktor-doktor pakar. Elakkan lah diri anda dari mendapat kanser usus
Pesakit kanser usus peringkat awal sebenarnya mempunyai peluang sembuh yang tinggi jika ia dikesan awal dan diberikan rawatan sewajarnya. Apa yang penting ialah datang ke hospital menjalani ujian saringan atau mendapat nasihat dari doktor-doktor pakar. Elakkan lah diri anda dari mendapat kanser usus
0 comments:
Post a Comment