APAKAH BARAH PANGKAL RAHIM/CANCER CERVIX
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakanbarah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ). Barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun dan amat membimbangkan terutama untuk rakyat malaysia. Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran
antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang
menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart ).
KETUAT KELAMIN (Genital Warts)
Ketuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat kelamin
merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab dan tidak sakit pada alat
kelamin. Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh
tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadangkala pada
faraj wanita.
Ketuat ini pada wanita
berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim.Ketuat
kelamin tidak menunjukkan tanda-tanya yang ketara, oleh itu ujian pap smear digalakkan
untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau
usia 40an.Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera
bagi mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir
secara normal.Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan
perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan
perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal
rahim.
STATISTIK MENGENAI BARAH PANGKAL RAHIM
Dianggarkan
seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003
di Semenanjung Malaysia (Lapuran
NCR 2003). Angka sebenar
kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka
yang tersebut di atas memandangkan
banyak kes-kes yang tidak
dilapurkan. Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi
Sabah dan Sarawak. Insiden
kanser pangkal rahim adalah
19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang
tertinggi yakni 33.6 per 100,000
populasi, diikuti oleh
bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk
mengidap kanser pangkal rahim
di sepanjang hayatnya
adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang.
Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina,
seorang dari 28 orang
wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya
(lifetime risk).
Mengenali lebih dekat Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Serviks adalah pangkal rahim dan rahim merupakan bahagian tubuh di
mana janin berkembang.Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil
faraj.Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara
tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau
tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian
badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.Barah pangkal rahim
mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal
rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan
pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser. Wanita yang kerap
bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser
serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya
tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks juga boleh
disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.
Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
- Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
- Perdarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
- Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.
Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, kira-kira 26 peratus
saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi
perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.Secara amnya wanita
perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara,
ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Ujian lumuran Pap (Pap Smear)
Oleh kerana wanita yang aktif seks berisiko mengidap barah pangkal
rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal
lagi.Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian
yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini
boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat
awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan
sepenuhnya.
Ujian ini boleh didapati di:
- Pusat Kesihatan Kerajaan
- Klinik Perancang Keluarga
- Hospital/Klinik Swasta
UJIAN PAP SMEAR YANG WAJIB PADA WANITA
- Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
- Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.
- Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
Para wanita juga dinasihatkan adalah lebih baik untuk menjalani ujian pap smear pada setiap tahun untuk memeriksa sel prabarah atau
sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dapat dikesan awal, ia masih
boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan anda.
0 comments:
Post a Comment