468x60 Ads

Tuesday, March 19, 2013

kulit berkulat


APA ITU KULAT & BAGAIMANA KULAT TERJADINYA KULIT

     Kulat adalah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang tidak menyerupai haiwan mahupun tumbuhan. Ia merupakan penyebab kerosakan, kotor, busuk dan beracun. Pada amnya benih kulat tidaklah mendatangkan bahaya, tetapi setelah berada di dalam keadaan suhu, kelembapan serta kehadiran nutrien yang sesuai, ianya akan membiak menjadi kulat. Kulat merupakan hidupan halus yang bertaburan di sekeliling kita. Terdapat lebih kurang 200,000 jenis kulat yang wujud tetapi hanya 100.000 jenis sahaja yang boleh membawa penyakit kepada manusia.
     
     Kulat membiak di bahagaian yang selalunya panas dan lembab seperti bahagian antara jari kaki, kemaluan dan antara kulit yang berlipat. Jangkitan ini boleh merebak dengan sentuhan secara langsung atau tidak secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti, apabila seseorang itu mengguna sesuatu atau bersentuh sesuatu benda yang dicemari kulat. Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang mereka dan berpelukan sesama mereka. 



Apakah jenis-jenis jangkitan kulat?
1) Tinea capitis (kulit kepala)
2) Tinea corporis ( badan)
3) Tinea manuum (tangan)
4) Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.
  
Faktor-Faktor Kulat Boleh Membiak :
1) Anemia atau kekurangan zat besi 
2) Sistem pertahanan badan yang rendah 
3) Orang yang sedang mengambil antibiotik 
4) Luka pada kulit 
5) Pesakit diabetes (lebih berisiko untuk jangkitan) 
6) Perubahan hormon bagi wanita 
7) Bahagian yang panas dan lembap
8) Pakaian dalam dan Lampin (ruam lampin)

Kulat Boleh Berlaku Pada Bahagian:
1) kulit badan - kadangkala pada anggota badan terutamanya pinggul.
2) Kaki berair - Berlaku pada kulit selaput antara jari-jari kaki
3) Infeksi Kuku jari - kuku lebih mudah diinfeksikan jika di bandingkan dengan kuku jari tangan
4) Jock Itch - Infeksi kulat pada bahagian pangkal paha
5) Panau - Infeksi kulat permukaan kulit yang paling biasa dimuka dan di badan.
6) Seriawan mulut - berlaku pada mulut, lidah atau bahagian dalam pipi

Punca-Punca Penyakit/Faktor Risik:
1) Infeksi kulat berlaku apabila manusia dan binatang yang telah dijangkiti serta objek yang  
    merupakan pembawa spora kulat bersentuhan antara satu sama lain.
2) Sentiasa memakai pakaian, kasut atau sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik
3) Mengunakan sabun beralkali dengan berlebihan
4) Dijangkiti melalui bidai kayu dan hamparan di kolam renang dan tempat mandi wap serta lapik 
    lantai atau permaidani di bilik hotel dan bilik riadah
5) Kurang menjaga kebersihan diri
6) Geseran mekanikal antara lipatan badan dan perpeluhan yang berlebihan.
7) Melalui aktiviti perlancongan dan hubungan antarabangsa
8) Suka berkongsi pakaian, tuala, kasut atau sarung kaki dll
9) Berkaki ayam di atas tanah yang tercemar dan pantai serta sekeliling kolam renang

Cara Rawatan Yang Anda Harus Buat:
1) Pastikan kaki dan kasut kering - keringkan kaki sebelum memakai stokin dan kasut.
2) Basuh kaki anda dengan sempurna dan rendam dua kali sehari ke dalam larutan pembersih.
3) Pakai stokin kapas
4) Keringkan bahagian di antara jari-jari
5) Sapu krim, bedak dan sabun antifungal sehingga 4 minggu walaupun kesan jangkitan telah hilang
6) Jangan gunakan krim steroid (hydrocortisone), mungkin jangkitan menjadi lebih teruk.
7) Basuh dan keringkan bilik air selepas menggunakannya bagi mengelakkan penyebaran jangkitan
8) Gunakan selipar yang diperbuat daripada getah dalam tandas, bilik air dan bilik mandi
9) Jangan memakai semula pakaian yang basah atau berpeluh. Sentiasa tukar pakaian jika anda
    mudah berpeluh

     Jika anda mempunyai bengkak, kemerahan dan nanah setelah anda menggunakan krim atau bedak antifungus tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap simptom selepas 2 hingga 4 minggu, segera lah berjumpa doktor. Doktor akan memberitahu perkara lanjut dan rawatan yang sewajarnya pada diri anda. Kerana manusia mempunyai lain-lain darah dan antibodi. Jangan lakukan rawatan sendiri kerana anda tidak tahu apa rawatan yang sepatutnya pada diri anda. Ini nanti memungkinkan anda akan menghadapi penyakit yang lebih teruk dan akan jadi berkekalan pada diri anda. 

7 comments:

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...

Info yang berguna untuk rawatan kulat kaki. Selain itu, ada satu petua yang boleh diikut untuk mempercepatkan proses penyembuhan kulat kaki iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air yang telah dibancuh dengan 1-2 sudu teh serbuk sodium bikarbonat (serbuk penaik roti). Amalkan ini setiap kali balik dari kerja dan lakukannya selama 10-15 minit setiap hari. Kemudian bilas dengan air bersih. Ia mampu untuk meneutralkan asid yang terbentuk pada celah-celah kaki. Asid yang terkumpul di bahagian kulit ini akan menyebabkan keradangan kulit lambat sembuh.

araa fiera said...

saya ada banayk kulat pada badan.. doktor bgi ubat mcm3 xjadi jugak..ape yang harus saya lakukan langkah seterusnya.. saya dah habis cara.. majlis pertunangan saya akan berlangsung xlama lagi.. tak cantik lah nanti😢 spa2 boleh bantu saya? tq

Unknown said...

Dh 3 jenis krim dibekalkan doktor tp masih berlaku pembiakan kulat..saya bekerja dlm penghawa dengan dingin dan kulit menjadi kering.. Apa lagi langkah yg perlu di ambil?

MH Perio said...

Saya nk tnya dettol refill original bole allegic kulit ker....sbb sya pakai ...lepas tue saya dapati bberapa bhgian kulit lain macam...sya jumpa doktor biasa dia ckp kulat kulit radang...berpeluh..

Anonymous said...

Dr sekiranya terkena pada kulit kepala dan menyebabkan kulit kepala bertukar menjadi kemerah-merahan dan gatal berserta rambut gugur disekitar jangkitan apakah syampoo dan krim terbaik bagi merawat kulat ini?

Anonymous said...

As salam Dr, kalau terdapat di hujung jari.. mcm gelembung2 kecil di bawah kulit.. hanya 1 jari sahaja..

Anonymous said...

Saya boleh syor krim y mujarab ni wassap saya http://www.wasap.my/+60167132547

Post a Comment