468x60 Ads

Tuesday, July 24, 2018

Virus HFMD Semakin Menular

HFMD Menular 


Penyakit Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.





Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.
Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganasiii)Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata arahan yang sama juga telah dihantar kepada pengarah semua hospital di Pulau Pinang untuk mengawal penyebaran penyakit itu.
“Bahagian Kawalan Penyakit menumpukan pada isu ini, apa yang diperlukan sekarang adalah untuk mencegah penyebarannya.
“Difahamkan setakat ini, lebih daripada 1,500 kes penyakit ini telah dilaporkan,” katanya

Simptom/Gejala Penyakit HFMD

0 comments:

Post a Comment