468x60 Ads

Tuesday, May 13, 2014

nak tau Genetik atau Baka


 APA ITU GENETIK PADA KITA


       Genetik berasal dari Bahasa Latin yang bererti suku bangsa atau asal usul. Dengan demikian genetik bererti ilmu yang mempelajari bagaimana sifat keturunan (hereditas) yang diwariskan kepada anak cucu, serta variasi yang mungkin timbul di dalamnya. Menurut sumber lainnya, genetik berasal dari Bahasa Yunani yang bererti melahirkan. Dengan demikian genetik adalah ilmu yang mempelajari berbagai aspek yang menyangkut pewarisan sifat dan variasi sifat pada organisme mahupun cabang biologi (suborganisme) seperti virus dan prion (penyakit menular). Dalam bahasa kita yag mudah genetik itu adalah Baka.
     
     Genetik atau baka merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup samada manusia mahupun bakteria. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British William Bateson. Beliau juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan penemuan kajian Gregor Mendel. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama faktor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.
     
     Genetik didefinasikan sebagai disiplin biologi, sains gen yang melibatkan keturunan dan kepelbagaian dalam individu hidup. Genetik berkait rapat dengan susunan molekul dan perbezaannya di cell, kromosom yang mana didapati daripada keturunan sebelumnya dan perubahan berdasarkan beberapa faktor termasuk populasi, gaya hidup dan sebagainya. Mengubah sesuatu genetik bukan satu proses yang mudah. Proses ini mengambil masa yang sangat lama. Mungkin boleh diubah untuk generasi akan datang dengan bermula daripada sekarang. Pemakanan yang betul dan aktiviti yang seimbang perlu diterapkan dalam generasi kini untuk kepentingan generasi akan datang.



Genetik/Penyakit Genetik Yang Biasa Kita Dengar ialah:
1) Tinggi atau rendah seseorang
2) Hitam atau putih seseorang itu
3) Penyakit seperti- jantung, darah tinggi, kencing manis, barah dll
4) Saiz badan seseorang itu
5) Rupa paras seseorang
6) Kegemaran atau kesukaan seperti (minat bermain bola)
7) IQ
8) Kesuburan dan kecacatan
9) gangguan mental juga diambil kira 

      Tidak semua genetik di atas akan diwarisi genetik yang akan datang. Ada genetik yang memang ada pada diri seseorang itu ataupun secara spontan. Ada yang genetik lebih kepada lelaki dan ada juga lebih kepada perempuan. Ini diambil kira genetik siapa yang paling kuat. Elemen-elemen genetik atau baka, adalah dua perkara penting yang meyumbang ciri seseorang itu. secara amnya genetik adalah bergantung sifat-sifat biologi dari nenek moyang yang diwarisi oleh anak cucu. Adanya kepesatan teknologi ilmu genetik sains-sains moden, sifat yang ada pada manusia dibentuk oleh faktor baka dan pentarbiyahan (Nature dan Nurture).



VIRUS Mers-CoV

 

APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG VIRUS Mers-CoV



Penyakit ini berlaku di Asia Barat, jauh dari negara kita. Bagi sebilangan orang, tiada apa perlu dirisaukan kerana beranggapan jarak yang jauh mungkin menyukarkan penyakit itu untuk merebak ke negara kita. Namun seperkara yang perlu diingat, Novel Coronavirus juga dikenali sebagai Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) mungkin boleh berjangkit. Ini kerana manusia dari seluruh dunia bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jemaah haji atau umrah juga perlu dipantau dan langkah pencegahan harus diambil bagi mengelak terkena jangkitan.
Ketika musim melakukan umrah dan menjelang ketibaan bulan Ramadhan, Julai ini, orang ramai yang berkunjung ke negara-negara Timur Tengah dan Eropah diminta supaya sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih rapi terhadap penularan wabak penyakit MERS-CoV. Negara Timur Tengah yang melaporkan kes MERS-CoV ialah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia, manakala negara-negara Eropah ialah Denmark, Jerman, Perancis dan United Kingdom.
Sementara itu, jurucakap kementerian kesihatan Arab Saudi, Khaled al-Mirghalani dilaporkan agensi berita AFP di Riyadh, sebagai berkata pihak berkuasa tidak akan mengadakan perubahan pada syarat ke atas para jemaah haji yang menunaikan rukun Islam kelima itu di Mekah bulan depan.

MERS-CoV adalah satu daripada ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus. Ia adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan meliputi pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Tanda Jangkitan :

 

Apakah tanda-tanda virus MERS-CoV pada manusia?


1. Tanda-tanda jangkitan virus MERS-CoV boleh bermula dari tanda-tanda selesema biasa, 
     seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit otot, sehinggalah menyebabkan :~
a) Mengalami demam panas
b) Mengalami radang paru-paru
c) Menyebabkan jangkitan mata
d) Kandungan gula rendah dalam darah
e) Gangguan dan masalah pernafasan yang teruk
f) Batuk atau kesukaran bernafas dalam masa 10 hari
g) Beberapa masalah kesihatan, termasuk kegagalan fungsi ginjal
h) Menyebabkan koma secara tiba-tiba.
i) Pelbagai komplikasi lain yang boleh membawa maut. 




MERS-CoV mula dikesan di Arab Saudi tahun lepas, dan sehingga kini lebih 56 daripada 78 orang yang disahkan menghidapnya di seluruh dunia, meninggal dunia, dengan 54 kes jangkitan dilaporkan di Arab Saudi.
Kes ini adalah kejadian kecemasan kesihatan awam yang kritikal bukan hanya bagi negara yang terbabit tetapi juga terhadap masyarakat dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenai wabak ini pada September 2012. Sehingga kini WHO tidak mengeluarkan sekatan perjalanan pelancong antarabangsa ke mana-mana negara terlibat, dan vaksin untuk jangkitan penyakit itu juga belum ditemui. Tapi perlu diingatkan para jemaah atau pelancong yang berkunjung di sana memerlukan pemantauan dan pencegahan

Cara Mencegah

i) Walaupun tiada jangkitan MERS dikesan dalam negara ketika ini, namun kementerian kesihatan telah meningkatkan keupayaan makmalnya dalam usaha mengesan sebarang tanda-tanda jangkitan di kalangan pesakit dengan lebih pantas, dan saringan lebih rapi.

ii) Memang tidak ada vaksin untuk MERS, sebab itu nasihat kami ialah jemaah yang pergi ke Arab Saudi nanti jaga kebersihan, dapatkan panduan anggota pasukan kesihatan, kalau hadapi masalah dapatkan rawatan segera.

iii) Begitu juga mereka yang baru pulang dari umrah, umpamanya, memang simptom batuk biasa berlaku sekembali dari umrah, tapi kalau batuk dan demam berlarutan dan ditambah dengan masalah pernafasan, segera ke klinik. Maklumkan mengenai sejarah perjalanan supaya kita dapat buat pemeriksaan lebih teliti..





Saturday, May 10, 2014

Sakit telinga (A)


APA YANG DIKATAKAN INFEKSI TELINGA



     Infeksi telinga yang kuat atau sebagai Otitis media merupakan salah satu penyakit yang menyerang individu itu terutama kanak-kanak.. Radang ini menyerang bagian telinga tengah dan menginfeksinorgan tersebut sehingga merasa pelik dengan apa yang terjadi pada telinganya. Tanpa sebab yang jelas tiba-tiba anda merasakan sebelah telinga anda tersumbat. Telinga seperti berdengung atau kemasukan air padahal tidak ada air yang masuk. Infeksi telinga disebabkan oleh adanya bakteri yang menginfeksi telinga. Bakteri tersebut ada beberapa macam antara lain seperti bakteri piogenik Streptococus hemolyticus, staphylococus aureus. Ada juga yang disebabkan kerana bakteri yang menginfeksi saluran pernafasan dikenali sebagai H.influenza dan bakteri yang menginfeksi saluran pencernaan seperti E.Coli.

     Selain itu pembengkakan jaringan sekitar saluran Eustachius menyebabkan lendir yang dihasilkan sel-sel di telinga tengah terkumpul di belakang gendang telinga. Jika lendir dan nanah bertambah banyak, pendengaran dapat terganggu kerana gegendang telinga dan tulang-tulang kecil penghubung gegendang telinga dengan organ pendengaran di telinga dalam tidak dapat bergerak bebas. Kehilangan pendengaran yang dialami umumnya sekitar 24 desibel (bisikan halus) hingga 45 desibel (kisaran pembicaraan normal). Pada keadaan yang parah, tekanan cairan yang terlalu banyak dapat mengoyakkan gegendang telinga. Kanak-kanak lebih berisiko terkena peradangan telinga tengah atau otitis media akut (OMA) kerana:

a) Sistem kekebalan tubuh anak masih dalam perkembangan.

b) Saluran Eustachius pada anak lebih lurus secara horizontal dan lebih pendek sehingga Infeksi Saluran Pernafasan Atas (ISPA) contohnya batuk lebih mudah menyebar ke telinga tengah.

c) Adenoid : salah satu organ di kerongkong bahagian atas yang berperanan dalam kekebalan tubuh pada anak relatif lebih besar dibanding orang dewasa. Posisi adenoid berdekatan dengan muara saluran yang berada di kawasan tengah telinga (Eustachius) sehingga adenoid yang besar dapat mengganggu terbukanya saluran Eustachius. Selain itu adenoid sendiri dapat terinfeksi di mana infeksi tersebut kemudian menyebar ke telinga tengah melalui saluran Eustachius.  

     Simptom-Simptom Infeksi Telinga:

 
a) Sistem kekebalan tubuh anak  
    masih dalam perkembangan

b) Sakit telinga, terutama saat  
     berbaring

c) Menarik-narik atau 
     menggosok-gosok telinga

d) Pendengaran terganggu atau 
     kurang responsif terhadap   
     suara.

e) Keluarnya cairan dari telinga

     Bagaimana bakteri tersebut dapat menginfeksi telinga? Untuk mengetahui apakah terjadi infeksi telinga atau tidak, biasanya doktor akan melihat ke dalam telinga menggunakan alat yang disebut dengan otoscope. Melalui otoscope doktor akan dapat melihatkeadaan gegendang telinga, iaitu lapisan tipis antara telinga bahagian luar & telinga bahagian dalam telinga serta menghembuskan udara untuk melihat apakah gegendang telinga tersebut dapat tertiup dengan normal. Apabila terjadinya infeksi telinga, maka gegendang telinga tidak dapat tertiup kerana ditekan oleh nanah di sisi sebelah dalam. Akan tetapi kekadang doktor juga memberikan ubat untuk membantu mempercepatkan penyembuhan.

     Antara Penyembuahn tersebut adalah :


a) Menghilangkan rasa sakit-karena biasanya infeksi telinga menimbulkan rasa sakit, maka ubat penghilang rasa sakit tersebut juga dapat berfungsi untuk menurunkan demam.

b) antibiotik-infeksi telinga dapat disembuh dengan sendirinya dalam waktu 2-3 hari. Biasanya pemberian antibiotika tidak diperlukan. Dos antibiotik diberikant oleh doktor apabila terjadi kes-kes tertentu seperti terdapat komplikasi akibat infeksi telinga tersebut.


     Antara Penjagaan Telinga adalah :


a) Memcuci telinga dengan tuala basah

b) Menggunakan Ubat titik

c) Antibiotik untuk mencegah infeksi berulang

d) Guna penutup telinga ketik berenang

e) Elakkan air memasuki telinga ketika membasuh rambut/mandi

     Telinga sebenarnya tidak memerlukan hal yang khusus dalam perawatannya. Misalnya pada gigi yang harus digosok 2 kali sehari. Perawatan bahagian telinga cukup dengan cara dibersihkan dengan sabun ketika mandi atau dengan cara dibasuh dengan tuala tetapi JANGAN megcungkil/mengorek menggunakan putik kapas (cotton Bud). Jika terjadi otitis media with effusion, doktor akan melakukan prosedur pengeluaran cairan dari telinga tengah. Prosedur ini disebut myringotomy. Infeksi jenis chronic suppurative otitis media agak sulit ditangani. Infeksi ini biasanya diatasi dengan pemberian ubat titik antibiotik. Mereka yang mengalami infeksi telinga harus dimonitor terus dan melakukan pemeriksaan rutin, terutama anak-anak.

Adakah Anda Mengalami Sakit Otak?



APAKAH YANG DIKATAKAN SAKIT OTAK


 Skizofrenia merupakan penyakit otak yang timbul akibat ketidakseimbangan pada dopamin. Iaitu salah satu sel kimia dalam otak. Ia adalah gangguan jiwa psikotik pada lazim dengan ciri hilangnya perasaan afektif atau respon emosional dan menarik diri dari hubungan antarpribadi normal.
 

Penyakit otak merupakan sejenis penyakit yang serius kerana ia melibatkan peranan otak yang mengawal keseluruhan sistem badan manusia. Kita selalu tidak ambil peduli tentang penjagaan kesihatan disamping kekurangan tenaga pakar mengenai rawatan dan pemeriksaan otak secara terperinci. Terdapat beberapa penyakit yang melibatkan otak pada diri kita. Penyakit otak yang mempunyai statistik paling tinggi adalah :- Meningitis, Encephelitis, Dementia, Parkinson, dan Alzheimer.


Meningitis -Meningitis adalah radang membran pelindung sistem saraf pusat. Iaitu membrane atau selaput yang melapisi otak dan saraf tunjang. Meningitis disebabkan berbagai organisme seperti virus, bakteri yang menyebar masuk kedalam darah dan berpindah kedalam cairan otak. Bakteri yang dapat mengakibatkan serangan meningitis diantaranya Streptococcus pneumoniae (pneumococcus), Neisseria meningitidis (meningococcus) Haemophilus influenzae (haemophilus), Listeria monocytogenes (listeria), Staphylococcus aureus dan Mycobacterium tuberculosis.


Encephalitis - Encephalitis adalah suatu peradangan dari otak. kebanyakan darinya disebabkan oleh infeksi-infeksi. Infeksi-infeksi ini adalah disebabkaan oleh virus-virus. Encephalitis dapat juga disebabkan oleh penyakit-penyakit yang menyebabkan peradangan dari otak.


Demensia - Demensia adalah berkurangnya fungsi kognitif otak. Demensia merupakan istilah yang digunakan untuk mempengaruhi otak. Demensia bukan suatu penyakit tertentu. Demensia biasa terjadi pada orang lanjut usia, tetapi demensia dapat dialami orang dewasa berbagai usia kerana penyakit tertentu yang mempengaruhi fungsi otak.


Parkinson - Parkinson merupakan penyakit yang menyerang otak kerana kurangnya dopamine dalam otak. Gejala utama penyakit ini adalah gangguan pergerakan, gangguan non motorik dan gangguan kognitif dalam berbagai lingkaran. Penyakit Parkinson dimulai secara samar-samar dan berkembang dalam keadaan perlahan. Pada mulanya Parkinson muncul sebagai tubuh yang seakan menggigilkan yang biasanya terdapat pada tangan dan kaki. Ia juga akan mengenai rahang, lidah, kening dan kelopak mata. Ini akan membuatkan tubuh pesakit itu menjadi lemah.



Alzheimer - Penyakit Alzheimer merupakan salah satu bentuk gejala kerosakan otak yang mengganggu kemampuan seseorang untuk berfikir, daya ingat, dan fungsi berbahasa. Hal tersebut membuat pengidap alzheimer menjadi sukar untuk melakukan aktiviti seharian.



TB


BATUK KERING/TB


Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Wabak penyakit berbahaya ini masih dianggap sebagai penyebab utama kematian di negara ini kerana ia mudah berjangkit jika tidak dikawal segera.  

Penyakit ini adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman yang dinamakan kuman tibi. Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Kebanjiran pendatang asing mungkin salah satu sebab TB tidak pupus di negara kita. Para pekerja asing yang bekerja di restoran-restoran dan di gerai-gerai makan tidak dirawat untuk mendapatkan suntikan sepatutnya untuk mengelak penyakit berjangkit. Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di negara kita. Penyakit ini boleh membawa maut kepada pesakit yang tidak akur menerima proses rawatan. Penyakit ini tidak kira kaum, umur atau status. Malangnya, masih ramai masyarakat tidak proaktif mencegah penyakit ini.


TB Boleh Dikesan Jika :

1. Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
2. Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
3. Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
4. Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman tibi.  


Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Batuk Kering adalah :

1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
4. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
5. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
6. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Tanda dan gejala batuk kering :

1. Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih 
2. Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam.
3. Hilang selera makan atau turun berat badan.
4. Sakit di bahagian dada semasa batuk atau bernafas secara dalamkahak, batuk berdarah, bakteria, letih, .
5. Mudah letih dan lemah 
6. Batuk berdarah atau berkahak
7. demam serta menggigil.



Bagaimana TB Merebak :
1. Bakteria tibi disebarkan melalui udara.
2. Pesakit tibi yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria tibi yang 
    terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk.
3. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TB.
4. Biasanya pesakit tibi boleh menyebarkan bakteria tibi kepada individu yang berhubung 
    rapat dengannya.
5. Rawatan dan pemeriksaan tibi yang tidak sempurna

6. Kegagalan mengikuti rawatan yang sempurna akan hanya memburukkan lagi keadaan 
     pesakit. 

Penyakit Ini Jika Tidak Dirawat Ia Akan :
1. Menjadi teruk dan parah hingga membawa maut
2. Batuk berdarah dan menanah menjadi-jadi
3. Kuman tibi menjadi kebal
4. Membahayakan orang disekeliling

Rawatan Penyakit TB
1. Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan 
2 Dua bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan 
   disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih 
3. Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali
     seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik

4. Pesakit hendaklah disiplin tentang kesihatan dan dirawat sehingga benar-benar sembuh
    sepenuhnya 

Pencegahan Batuk Kering/Tibi: 
1. Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. 
    Dapatkan suntikan dos ke-2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun
2. Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor 
3. Hubungi ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang rapat dengan penghidap TIBI untuk  
    sentiasa datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan
4. Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat
    membunuh bakteria di udara 
5. Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik 
6. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang
 

Rawatan TB atau batuk kering boleh sembuh dengan rawataan yang betul. Rawatan menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi. Jadi ambil lah langkah sewajarnya untuk mencegah batuk kering. Selain menggunakan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik di rumah. Anda perlu dan wajib mengetahui tetang penyakit ini untuk memastikan tiada tanda-tanda Tb di sekiling anda agar dapat mencegah penyakit ini terus merebak. Kita kena lah beringat tentang kesihatan kita. makan makanan yang sihat dan seimbang agar kesihatan baik berpanjangan.Penyakit boleh datang pada bila-bila masa sehingga boleh memudaratkan jika tidak ambil tahu tentangya


gigi



TENTANG GIGI


Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi. Kesihatan gigi sangat penting untuk menunjang kesihatan tubuh secara keseluruhan. Gigi incisor mempunyai bentuk seperti pahat yang berfungsi untuk memotong makanan. Gigi canine pula berbentuk kon tajam untuk mengoyak makanan. Gigi molar untuk mengisar makanan, dan gigi premolar fungsinya tengah-tengah antara gigi canine dan gigi molar. Setiap darinya berbeza peranan mengikut kesesuaian bentuk gigi.

Percaya atau tidak, memberus gigi adalah salah satu daripada cara termudah untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan keyakinan diri. Apabila anda memiliki gigi yang sihat, kuranglah bakteria yang akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke bahagaian tubuh lain. Tetapi pembedahan gigi, ubat-ubatan tertentu atau penyakit gusi yang berpunca daripada kealpaan menjaga kebersihan gigi yang membolehkan bakteria merebak. Penjagaan gigi sempurna boleh mengelakkan banyak masalah. Kesan penjagaan gigi yang lemah termasuk pereputan dan kaviti hinggalah ke gingivitis, periodontitis dan kehilangan gigi. Penjagaan gigi yang betul termasuk membersihkan gigi dengan kerap mampu mencegah kebanyakan masalah tersebut. 



Setiap gigi mempunyai lima sisi yang berbeza, berus gigi hanya boleh membersihkan hanya 3 dari 5 sisi itu. Kedua-dua sisi yang lain di mana banyak kemusnahan dan penyakit. Baki kedua-dua sisi ini memerlukan benang gigi (floss) atau berus antara gigi yang kecil yang boleh mencapai di antara dan di bawah mata kenalan gigi. Gigi bayi mula menembusi gusi sekitar 6 bulan. Tetapi memulakan penjagaan mulut yang baik sebelum gigi pertama muncul adalah penting. Gigi yang sihat adalah hasil dari gusi yang sihat. Kanak-kanak mempunyai semua gigi bayi mereka pada usia 3 tahun Ini digelar gigi susu. Gigi bayi mula gugur sekitar usia 6 tahun, apabila gigi kekal atau dewasa mula tumbuh, jurang di antara gigi bayi adalah normal kerana Ia memberi ruang untuk gigi kekal. Gigi kekal biasanya tumbuh pada usia 13 tahun 


 Cara Penjagaan Gigi :
1. Memflos gigi sebelum memberus
2. Guna berus gig yanag betul dan berus gigi dua kali sehari
3. Elakkan makan gula-gula atau manisan
4. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun
5. Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandun
6. Berhenti merokok
7. Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol
8. Tingkatkan pengambilan kalsium
9. Amalkan pengambilan vitamin C & D
10. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam

Masalah Jika Tidak Endah Tentang Gigi :
1. Kesakitan pada gigi yang membawa sengsara pada anda
2. Mengalami gigi berluban
3. Berlakunya karang gigi (calculus)
4. Gigi rosak dan terpaksa memakai gigi pals
 5. Belakunya gigi ronggak dan membuat anda malu untuk senyum dan bercakap
6. Masalah pereputan gigi pada di usia muda
7. Gigi kuning dan berkulat
8. Anda perpaksa mencabut gigi yang telah rosak 
9. Anda terpaksa menanam gigi dan ini akan mengeluarkan kos yang banyak

Anda perlulah tahu dan kenal tentang gigi anda. Ini kerana ramai yang keliru tentang maksud pencucian dan rawatan gigi yang sempurna. Contohnya jika gigi kuning, haruslah memberusnya sehingga putih. Gigi yang sakit dan rosak haruslaah berjumpa doktor dengan segara. Jika kerosakan ini tidak dirawat dengan segera, akan menjadi lebih parah dan memerlukan rawatan yang lebih kompleks daripada tampalan dan pembersihan. Jagalah gigi anda dengan sempurna. Kerana gigi yang baik dan cantik membuat anda lebih yakin dan menawan