468x60 Ads

Saturday, May 10, 2014

TB


BATUK KERING/TB


Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Wabak penyakit berbahaya ini masih dianggap sebagai penyebab utama kematian di negara ini kerana ia mudah berjangkit jika tidak dikawal segera.  

Penyakit ini adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman yang dinamakan kuman tibi. Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Kebanjiran pendatang asing mungkin salah satu sebab TB tidak pupus di negara kita. Para pekerja asing yang bekerja di restoran-restoran dan di gerai-gerai makan tidak dirawat untuk mendapatkan suntikan sepatutnya untuk mengelak penyakit berjangkit. Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di negara kita. Penyakit ini boleh membawa maut kepada pesakit yang tidak akur menerima proses rawatan. Penyakit ini tidak kira kaum, umur atau status. Malangnya, masih ramai masyarakat tidak proaktif mencegah penyakit ini.


TB Boleh Dikesan Jika :

1. Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
2. Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
3. Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
4. Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman tibi.  


Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Batuk Kering adalah :

1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
4. Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
5. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
6. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Tanda dan gejala batuk kering :

1. Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih 
2. Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam.
3. Hilang selera makan atau turun berat badan.
4. Sakit di bahagian dada semasa batuk atau bernafas secara dalamkahak, batuk berdarah, bakteria, letih, .
5. Mudah letih dan lemah 
6. Batuk berdarah atau berkahak
7. demam serta menggigil.



Bagaimana TB Merebak :
1. Bakteria tibi disebarkan melalui udara.
2. Pesakit tibi yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria tibi yang 
    terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk.
3. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TB.
4. Biasanya pesakit tibi boleh menyebarkan bakteria tibi kepada individu yang berhubung 
    rapat dengannya.
5. Rawatan dan pemeriksaan tibi yang tidak sempurna

6. Kegagalan mengikuti rawatan yang sempurna akan hanya memburukkan lagi keadaan 
     pesakit. 

Penyakit Ini Jika Tidak Dirawat Ia Akan :
1. Menjadi teruk dan parah hingga membawa maut
2. Batuk berdarah dan menanah menjadi-jadi
3. Kuman tibi menjadi kebal
4. Membahayakan orang disekeliling

Rawatan Penyakit TB
1. Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan 
2 Dua bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan 
   disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih 
3. Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali
     seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik

4. Pesakit hendaklah disiplin tentang kesihatan dan dirawat sehingga benar-benar sembuh
    sepenuhnya 

Pencegahan Batuk Kering/Tibi: 
1. Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. 
    Dapatkan suntikan dos ke-2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun
2. Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor 
3. Hubungi ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang rapat dengan penghidap TIBI untuk  
    sentiasa datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan
4. Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat
    membunuh bakteria di udara 
5. Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik 
6. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang
 

Rawatan TB atau batuk kering boleh sembuh dengan rawataan yang betul. Rawatan menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi. Jadi ambil lah langkah sewajarnya untuk mencegah batuk kering. Selain menggunakan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik di rumah. Anda perlu dan wajib mengetahui tetang penyakit ini untuk memastikan tiada tanda-tanda Tb di sekiling anda agar dapat mencegah penyakit ini terus merebak. Kita kena lah beringat tentang kesihatan kita. makan makanan yang sihat dan seimbang agar kesihatan baik berpanjangan.Penyakit boleh datang pada bila-bila masa sehingga boleh memudaratkan jika tidak ambil tahu tentangya


0 comments:

Post a Comment