468x60 Ads

Tuesday, May 6, 2014

KULIT KERING


APA YANG DIKATAKAN KULIT KERING



LEBIH dikenali sebagai ekzema, dermatitis atopik adalah keadaan kulit yang kronik sehingga menyebabkan kerengsaan kulit gatal dan boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak mengira umur.
Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian yang kasar, kemerah-merahan dan kebiasaannya akan berasa gatal.  Bahagian kulit yang biasa dijangkiti termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan kawasan yang selalu bergesel seperti buku lali atau tapak kaki.

Memiliki kulit kering memang tidak menyenangkan, kulit terlihat bersisik apalagi jika digaruk akan muncul warna putih. Ditambah pula jika berada dibawah terik matahari ataupun jika suhu sedang sangat dingin, kulit kering anda akan semakin tambah parah dan semakin kelihatan. Memang orang disekitar kita jarang menyadarinya, tapi memiliki kulit kering membuat tak nyaman bagi si pemilik kulit. 

Punca Masalah Kulit Kering :

- Terlalu terdedah pada matahari/cuaca yang berubah 
  tidak  menentu

- Kekurangan air dalam badan

- Resdung/alahan pada habuk atau bulu binatang

- Genetik/sejerah keluarga yang mempunyai masalah ekzema, athma & allergik

- Makanan yang boleh menyebabkan allergik seperti telur, produk tenusu, bahan pengawet

- stress/tekanan


Cara-Cara Mengatasi Kulit Kering

- Hendaklah sentiasa/rajin mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan kurangkan mandi  
  air panas

- Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air suam sehari. kurangkan pengambilan kopi & teh

- Banyakkan makan buah-buahan & sayur-sayuran yang segar

- Elakkan pengambilan alkohol & rokok

- Guna alat pelembab udara

- Hindari/berhati-hati dengan produk kosmetik yang banyak mengandungi bahan kimia

- Hidup sihat dan hindari stress. seperti sentiasa rajin bersenam dan tidur yang teratur
  
Jadi, bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kering yang serius yang tidak boleh dirawat setakat menggunakan krim pelembab saja, eloklah dapatkan nasihat doktor dan rawatan yang sesuai. Jika dibiarkan ia boleh mendatangkan mudharat terutama apabila kuman masuk ke dalam saluran darah melalui rekahan dan luka-luka pada kulit.


0 comments:

Post a Comment