468x60 Ads

Tuesday, May 13, 2014

VIRUS Mers-CoV

 

APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG VIRUS Mers-CoV



Penyakit ini berlaku di Asia Barat, jauh dari negara kita. Bagi sebilangan orang, tiada apa perlu dirisaukan kerana beranggapan jarak yang jauh mungkin menyukarkan penyakit itu untuk merebak ke negara kita. Namun seperkara yang perlu diingat, Novel Coronavirus juga dikenali sebagai Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) mungkin boleh berjangkit. Ini kerana manusia dari seluruh dunia bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jemaah haji atau umrah juga perlu dipantau dan langkah pencegahan harus diambil bagi mengelak terkena jangkitan.
Ketika musim melakukan umrah dan menjelang ketibaan bulan Ramadhan, Julai ini, orang ramai yang berkunjung ke negara-negara Timur Tengah dan Eropah diminta supaya sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih rapi terhadap penularan wabak penyakit MERS-CoV. Negara Timur Tengah yang melaporkan kes MERS-CoV ialah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia, manakala negara-negara Eropah ialah Denmark, Jerman, Perancis dan United Kingdom.
Sementara itu, jurucakap kementerian kesihatan Arab Saudi, Khaled al-Mirghalani dilaporkan agensi berita AFP di Riyadh, sebagai berkata pihak berkuasa tidak akan mengadakan perubahan pada syarat ke atas para jemaah haji yang menunaikan rukun Islam kelima itu di Mekah bulan depan.

MERS-CoV adalah satu daripada ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus. Ia adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan meliputi pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Tanda Jangkitan :

 

Apakah tanda-tanda virus MERS-CoV pada manusia?


1. Tanda-tanda jangkitan virus MERS-CoV boleh bermula dari tanda-tanda selesema biasa, 
     seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit otot, sehinggalah menyebabkan :~
a) Mengalami demam panas
b) Mengalami radang paru-paru
c) Menyebabkan jangkitan mata
d) Kandungan gula rendah dalam darah
e) Gangguan dan masalah pernafasan yang teruk
f) Batuk atau kesukaran bernafas dalam masa 10 hari
g) Beberapa masalah kesihatan, termasuk kegagalan fungsi ginjal
h) Menyebabkan koma secara tiba-tiba.
i) Pelbagai komplikasi lain yang boleh membawa maut. 




MERS-CoV mula dikesan di Arab Saudi tahun lepas, dan sehingga kini lebih 56 daripada 78 orang yang disahkan menghidapnya di seluruh dunia, meninggal dunia, dengan 54 kes jangkitan dilaporkan di Arab Saudi.
Kes ini adalah kejadian kecemasan kesihatan awam yang kritikal bukan hanya bagi negara yang terbabit tetapi juga terhadap masyarakat dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenai wabak ini pada September 2012. Sehingga kini WHO tidak mengeluarkan sekatan perjalanan pelancong antarabangsa ke mana-mana negara terlibat, dan vaksin untuk jangkitan penyakit itu juga belum ditemui. Tapi perlu diingatkan para jemaah atau pelancong yang berkunjung di sana memerlukan pemantauan dan pencegahan

Cara Mencegah

i) Walaupun tiada jangkitan MERS dikesan dalam negara ketika ini, namun kementerian kesihatan telah meningkatkan keupayaan makmalnya dalam usaha mengesan sebarang tanda-tanda jangkitan di kalangan pesakit dengan lebih pantas, dan saringan lebih rapi.

ii) Memang tidak ada vaksin untuk MERS, sebab itu nasihat kami ialah jemaah yang pergi ke Arab Saudi nanti jaga kebersihan, dapatkan panduan anggota pasukan kesihatan, kalau hadapi masalah dapatkan rawatan segera.

iii) Begitu juga mereka yang baru pulang dari umrah, umpamanya, memang simptom batuk biasa berlaku sekembali dari umrah, tapi kalau batuk dan demam berlarutan dan ditambah dengan masalah pernafasan, segera ke klinik. Maklumkan mengenai sejarah perjalanan supaya kita dapat buat pemeriksaan lebih teliti..





0 comments:

Post a Comment