468x60 Ads

Friday, May 23, 2014

SKLEVOSIS PELBAGAI


APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI SKLEROSIS?



Multiple sclerosis (MS) atau sering disebut sklerosiss saja adalah penyakit yang merosakan saraf di saraf tulang belakang dan otak, serta saraf optik. Sklerosis bererti jaringan parut. Ini bergantung kepada di mana kerosakkan itu terjadi. Gejala ini dapat merangkumi masalah dengan mengawal otot, keseimbangan, penglihatan, atau berbicara.

Penyebabnya masih lagi tidak diketahui, namun pesakit sklerosis banyak terdapat di negara-negara Skandinavia dan Eropa Utara. Daerah-daerah ini jauh dari khatulistiwa sehingga mendapat paparan sinar matahari yang lebih sedikit. Oleh sebab itu, beberapa peneliti percaya bahawa vitamin D (vitamin sinar matahari) mungkin berkaitan dengan penyakit ini.


Sklerosis pelbagai juga dikenali sebagai sklerosis diseminasi (disseminated sclerosis) atau ensefalomielitis disseminata (encephalomyelitis disseminata) adalah satu penyakit kronik, radang, penyakit penyahmielinan yang menjejaskan sistem saraf pusat (central nervous system - CNS).




Gejala tentang penyakit ini adalah :  
1) Pertukaran-pertukaran dalam sensasi

2) Masalah-masalah visual

3) Kelemahan otot dan kemelesetan 

4) Kesukaran dengan penyelarasan dan ucapan

5) Keletihan teruk, kerosakan kognitif

6) Masalah-masalah dengan keseimbangan

7) Terlebih kepanasan, dan kesakitan

8) Kurangnya mobiliti dan kecacatan dalam kes-kes yang lebih teruk



Pertanda neurologis yang mungkin dan gejala dari sklerosis multipel sangat beragam sehingga penyakit ini sukar untuk di diagnosis ketika gejala pertamanya muncul. Lama-lama penyakit ini akan semakin memburuk secara perlahan. Pesakit biasanya mengalami periode bebas gejala (remisi) yang diselingi dengan serangan penyakit (eksaserbasi).

Penyakit ini mempunyai berbagai tompokkan demielinasi dalam sistem saraf. Sklerosis pelbagai ini juga boleh menjejaskan neurons, sel-sel otak dan saraf tunjang yang membawa maklumat, mewujudkan pemikiran dan tanggapan, dan membenarkan otak untuk mengawal badan. Yang mengelilingi banyak neurons ini adalah satu lapisan berlemak yang dikenali sebagai salutan mielin, yang membantu neurons menjalankan isyarat-isyarat elektrik. Sklerosis pelbagai akan menyebabkan kemusnahan beransur-ansur mielin (penyahmielinan) dan transection neuron axons dalam tampalan sepanjang otak dan saraf tunjang.

Penyebab sklerosis pelbagai  masih belum diketahui, tetapi diduga adanya virus atau antigen asing memicu timbulnyareaksi autoimun. Tubuh akan menghasilkan antibodi untuk melawan mielinnya sendiri, antibodi ini menyebabkan peradangan dan kerosakkan pada selubung saraf.

Faktor keturunan kelihatan memainkan peranan penting dalam terjadinya sklerosis pelbagai ini.  Sekitar 5% pesakit memiliki saudara laki-laki atau saudara perempuan yang juga menderita penyakit ini dan sekitar 15% penderita memiliki keluarga dekat yang menderita penyakit ini.

Kaedah rawatan konvensional merumuskan tiada ubat untuk penyakit ini. Apa yang boleh dilakukan adalah terapi-terapi tertentu untuk memulihkan kelumpuhan dan mengurangkan kesakitan. Beberapa jenis ubat yang memberi impak kepada sistem imun biasa digunakan untuk mengurangkan tahap agresif sistem imun penyakit sklerosis. Diantara yang kerap digunakan ialah Medrol, Depo Medrol, Medrol Methylprednisolone, Deltasone, Orasone, dan Corticosteroids (sila rujuk kamus perubatan)