APA YANG ANDA TAHU TENTANG SENDI
Sendi merupakan hubungan antartulang sehingga tulang dapat digerakkan. Artartulang bermaksud hubungan bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu, yang juga disebut persendian dan artikulasi. Antartulang dalam tubuh mempunyai berhubungan satu dengan yang lain agar dapat melakukan fungsinya dengan baik. Hubungan antartulang itu lah disebut persendian dan artikulasi.
Dalam kebanyakan sakit sendi, tiada kecederaan atau kelainan kepada tulang-tulang di sendi sebab yang menyebabkan kesakitan itu adalah berpunca dari kecederaan ataupun kerosakan yang terjadi kepada tisu-tisu ligamen ataupun otot. Jika tidak diketahui lebih awal, doktor hanya mampu memberikan ubat–ubat penahan sakit sahaja. Kekenduran ligamen yang mengikat sendi inilah menyebabkan sendi tidak diikat dengan kuat dan sentiasa bergoyang dan akhirnya setelah beberapa tahun terjadilah keadaan yang dipanggil Osteoarthritis (OA). (OA) adalah suatu proses degeneratif/penuaan/aus adalah proses kronik yang dikenal pasti dengan kerosakan pada rawan sendi. Seperti diketahui tulang rawan sendi adalah bagian dari bantalan/shock absorber (selain meniscus dan cairan sinovial) yang berfungsi menyerap benturan dan memudahkan pergerakan sebuah sendi. Kerusakan rawan sendi menyebabkan tulang bergeseran satu sama lain , meyebabkan Kurangnya ruang pergerakan sendi.
Ramai yang tidak tahu bahawa untuk merawat kesakitan pada sendi bukanlah sekadar mengambil ubat atau menjalani pembedahan. Apa yang lebih penting bagaimana pesakit itu menerima keadaan tersebut dan cuba menjalani kehidupan normal. Adakah anda sering sakit pada sendi pinggul setiap kali duduk dalam tempoh yang lama, tidur terlentang malah menyukarkan pergerakan? Lebih sukar lagi, kesakitan anda itu seakan-akan tidak berkesudahan meskipun sudah berjumpa ramai doktor dan memakan pelbagai jenis ubat.
Jika kesakitan yang anda alami itu berlarutan melebihi enam bulan dan doktor yang merawat pula tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit anda, kemungkinan besar anda mengalami apa yang dikenali sebagai kesakitan kronik.
Biasanya pesakit akan menunggu sehinnga betul-betul sakit (dah tak tahan sakit) pada sendi baru lah berjumpa doktor. Jika sesakitan yang anda alami itu berlarutan sehingga 3-6 bulan, segeralah berjumpa doktor. Jangan tunggu hingga bertahun-tahun dan berlakunya sendi kronik. Sememangnya sukar untuk dipulihkan sepenuhnya. Pesakit perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga suntikan setiap minggu untuk satu rawatan penuh bagi satu-satu sendi. Walaubagaimanapun, kini terdapat produk asid hylarunik yang hanya perlu disuntik sekali sahaja bagi memberikan kesan hampir sama. Bagi mereka yang betul-betul kronik, apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberi bimbingan dan langkah intervensi kepada pesakit agar mereka mampu menyesuaikan kesakitan supaya boleh menjalani rutin harian seperti biasa dengan perasaan yang positif dan gembira.
0 comments:
Post a Comment