468x60 Ads

Wednesday, May 14, 2014

Sakit Hati?


SAKIT HATI ATAU KANSER HATI


KANSER HATI atau SAKIT HATI agak kurang popular berbanding kanser jenis lain walaupun tersenarai dalam 10 kanser utama di negara kita. Memang jumlah pesakit kanser hati tidak terlalu ramai iaitu sekitar 1,000 orang, tetapi ia antara kanser yang sukar dirawat kerana kebanyakan kes lewat dikesan akibat ketiadaan gejala penyakit. Meskipun kanser hati berlaku di seluruh dunia, yang membimbangkan ialah lebih 50 peratus kes membabitkan penduduk Asia dan lebih 70 peratus kes baru dilaporkan setiap tahun. Hati adalah organ penting yang merangkumi pundi hempedu dan duktus hempedu. Ia organ kedua terbesar dalam badan yang kaya dengan darah, berbentuk baji, terletak betul-betul di bawah tulang rusuk kanan, di bawah paru-paru. Hati kita berbentuk seperti baji atau piramid dan terbahagi kepada dua bahagian kiri dan kanan


Sesungguhnya kanser hati adalah sejenis kanser yang paling tidak memberikan banyak masa kepada pesakit maupun doktor untuk lengahkan rawatan berbanding dengan kanser lain yang lebih kompleks contohnya kanser otak. Hati adalah organ yang terbesar pada tubuh manusia dan purata beratnya adalah 1.35kg untuk wanita manakala pada lelaki adalah lebih kurang 1.8kg.Ia dikatakan memproses 13 peratus darah dari keseluruhan jumlah darah yang berada dalam badan pada satu2 masa dan mempunyai sekitar 500 fungsi2 berlainan. Ia dibahagikan kepada 2 bahagian yang berlainan saiz dan terletak disisi kanan rongga perut dibawah diafram abdomen. Darah yang mengandungi zat dan nutrient yang dicerna dari usus besar dibawa kehati oleh pembuluh utama PORTAL VIEN sementara HEPATIC ARTERY pula mengangkut darah yang kaya dengan oksigen dari saluran utama jantung yang dipanggil AORTA Dari pembuluh darah utama tadi ia dipecahkan kepada pelbagai saiz saluran darah didalam hati sehinggalah saiz yang amat seni yang dipanggil kapilari yang menuju kearah ribuan LOBULUS yang terdapat dalam hati. Setiap LOBULUS pula mewakili sel2 utama hati yang amat seni yang menjadi sumber metabolisma hati.



Tanda-tanda barah hati tidak dapat dikesan pada tahap awal namun, hanya dapat dilihat bila ditahap seterusnya, disini adalah tanda tanda dan gejala kanser hati :

i) Penyakit Kuning ( dimana satu keadaan dimana kulit dan mata kekuningan)

ii) Berasa kekenyangan ( tidak lapar)

iii) Kehilangan selera makan

iv) Sakit atau ketidakselesaan dibahagian tulang belikat di bahagian kanan

v) Keletihan tidak hilang hanya dengan istirahat

vi) Demam, Mual / Muntah yang berpanjangan

vii) Terdapat akumulasi cairan dalam rongga peritoneal

viii)Kecing yang agak kegelapan (kencing keruh)

ix) Kegatalan kulit yang berlebihan

x) Kebingunan/tahap mengantuk meningkat, suhu badan yang tinggi dan Cegukan (hiccups)


Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ialah:


i) Dapatkan suntikan pelalian/vaksinasi hepatitis B sebanyak 3 kali berturutan bagi meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus ini


ii) Elakkan pengambilan alkohol berlebihan

iii) Mengamalkan gaya hidup sihat seprti bersenam setiap hari


v) Jauhi dari merokok


iv) Jaga kebersihan diri


vi) Gunakan kondom – bagi mengelakkan cecair badan berjangkit kepada suami/isteri


vii) Pakai sarung tangan semasa menyentuh atau membersihkan cecair badan pesakit

hepatitis B yang terkena barangan persendirian/rumah


viii)Tutup semua luka


ix) Jangan berkongsi barangan personal seperti pisau cukur, berus gigi, dsb


x) Jangan berkongsi makanan dikunyah (seperti chewing gum) dengan bayi/kanak-kanak


xi). Pastikan jarum suntikan, dsb. disteril (dimatikan kumannya)


xii) Basuh bekas darah pesakit hepatitis B di kawasan rumah (seperti lantai, dsb.) dengan
pencuci/peluntur.


Jika anda merasakan diri anda mempunyai simptom-simptom kanser hati atau sakit yang berpanjangan yang anda tidak tahu puncanya, jangan ambil remeh dalam hal ini, segeralah berjumpa doktor. Ini kerana doktor dan pakar perubatan akan membuat rawatan susulan, doktor akan mengdiagnos (diagnosis) terhadap penyakit anda dan akan merawat kes anda dengan segera.

0 comments:

Post a Comment