468x60 Ads

Friday, May 23, 2014

JIWA TERTEKAN


MASALAH TEKANAN JIWA/KEMURUNGAN/MENTAL



Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat.


Kadang kala, kita diserang tekanan perasaan yang melampau akan mengakibatkan tekanan jiwa. Awas, jangan biarkan ia berlanjutan! Dalam sains minda, kawalan perasaan dan emosi adalah amat penting. Jika kita tidak dapat mengawal perasaan dan emosi kita, maka kita akan terjebak dengan kegagalan untuk mengaktifkan kuasa minda kita. Perasaan ragu-ragu, bercelaru, cemas, sifat dendam dan dengki, dan pelbagai perasaan negatif akan bersarang dalam hati dan mengakibatkan kita kurang keupayaan untuk berimaginasi dan melakukan visualisasi dengan tenang. Mengikut kajian ahli psikologi dan pengkaji sains minda, rasa stress atau tekanan ini berpunca daripada kesalahan sewaktu berfikir, pengaruh minda bawah sedar, dan aktiviti ‘bahan kimia’ dalam badan yang dinamakan adrenaline overdose.




Semua ini dapat kita kawal dengan menggunakan keyakinan diri dan membentuk disiplin untuk mengekalkan corak pemikiran. Segalanya ada dengan cara kita berfikir. Semakin cemas corak pemikiran kita, maka kita akan membangkitkan rasa cemas dalam diri kita. Oleh itu, jika ada masalah; jangan fikirkan masalah tersebut, sebaliknya fikirkan cara penyelesaiannya.


Aktiviti pernafasan terkawal juga akan memberikan ketenangan kepada kita. Lihat cara kita bernafas. Jika kita berada dalam keadaan kekalutan dengan masalah, corak pernafasan kita akan menjadi tidak sekata. Mungkin kita akan bernafas dengan lebih laju, atau lebih parah kita akan tercungap-cungap. Cuba bertenang, tarik nafas perlahan-lahan, tahan seketika, dan hembuskan semula juga secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa ketika hingga kita merasa lebih tenang dan dapat mengawal minda dengan lebih stabil semula.
 



Ada juga kita dengar beberapa kejadian seperti membunuh atau bunuh diri. Ini  kerana seseorang itu  tidak dapat mengawal tekanan perasaan. Pakar psikiatri menyatakan akan ada lebih kejadian bunuh dan bunuh diri pada masa akan datang sekiranya isu penyakit mental ini tidak di bendung dari awal. Masalahnya sekarang ini, ramai lagi masyarakat tidak ambil kisah tentang betapa serius penyakit ini. Mereka kurang perihatin bagaimana untuk bertindak terhadap seseorang yang mengalamai tekanan perasaan. Lebihan stress juga boleh memberi kesan yang serius terhadap kesihatan mental dalm kehidupan kita seharian. Gangguan mental dan bentuk penyakit mental yang lain adalah peringatan yang tragis mengenai kehidupan yang tidak sepatutnya diabaikan oleh masyarakat.











1 comments:

infokesihatan.org said...

Terima kasih atas perkongsian.

Post a Comment