468x60 Ads

Tuesday, May 13, 2014

Definasi Dan Penyakit down Syndrome


APAKAH YANG DIKATAKAN DOWN SYNDROME

     Nama Down Syndrome diambil sempena nama doktor yang berbangsa inggeris Langdon Down, yang menemukan tanda-tanda klinikal penyakit ini pada tahun 1866. Ini dinyatakan bahawa manusia secara normal memiliki 46 kromosom, sejumlah 23 diturunkan oleh ayah dan 23 lainnya diturunkan oleh ibu. Para individu yang mengalami down syndrome hampir selalu memiliki 47 kromosom, bukan 46. Ketika terjadi pematangan telur, 2 kromosom pada pasangan kromosom 21, iaitu kromosom terkecil gagal membelah diri. Jika telur bertemu dengan sperma, akan terdapat kromosom 21 yang istilah teknisnya adalah trisomi 21. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

Down syndrome bukanlah suatu penyakit maka tidak menular, karena sudah terjadi sejak dalam kandungan. Bayi yang mengalami down syndrome jarang dilahirkan oleh ibu yang berusia di bawah 30 tahun, tetapi risiko akan bertambah setelah ibu mencapai usia di atas 30 tahun. Pada usia 40 tahun, kemungkinannya sedikit di atas 1 dari 100 bayi, dan pada usia 50 tahun, hampir 1 dari 10 bayi. Risiko terjadinya down syndrome juga lebih tinggi pada ibu yang berusia di bawah 18 tahun.

Masalah seringkali terjadi di berbagai pelusuk dunia, angka kejadian penderita down syndrome di seluruh dunia diperkirakan mencapai 8 juta. Angka kejadian kelainan down syndrome mencapai 1 dalam 1000 kelahiran. Contohnya di Amerika Syarikat, setiap tahun lahir 3000 sampai 5000 anak dengan kelainan ini. Dalam beberapa kes, terlihat bahawa umur wanita terbukti berpengaruh besar terhadap munculnya down syndrome pada bayi yang dilahirkannya. Kemungkinan wanita berumur 30 tahun melahirkan bayi dengan down syndrome adalah 1:1000. Sedangkan jika usia kelahiran adalah 35 tahun, kemungkinannya adalah 1:400. Hal ini menunjukkan angka kemungkinan munculnya down syndrome makin tinggi sesuai dengan usia seseorang wanita itu    


APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM DOWN

1) Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun keatas semasa mengandung 

     mempunyai risiko yang 

     lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down.

2) 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. 

     Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang 

     terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian 

     sel secara mitos pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan  

      sempurna. 

 3) Di kalangan 5% lagikanak-kanak Sindrom disebabkan oleh  

     mekanisma yang dinamakan "Translocation." Keadaan ini biasanya berlaku oleh     

     pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21.

4) Bilangan kromosom normal iaitu 23 pasang atau,jumlah kesemuanya 46 kromosom. 

     Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu diperingkat umur yang lebih muda.

     Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic"


APAKAH FUNGSI-FUNGSI KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI SD

1) Menpunyai bentuk wajah yang unik

2) Sifat pada kepala, muka dan leher

3) sifat pada tangan dan lengan

4) Sifat pada otot

5) Sifat pada bentuk jalan dan percakapan


     Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidung nya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit disudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.

 

MASALAH LAIN YANG BERKAITAN DENGAN SINDROM DOWN :

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali:

1) Masalah Jantung - kerap berlakunya jantung berlubang

2) Masalah Susah Bernafas - kerana terjadinya jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic 

     spell)

3) Masalah Usus - Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia). Biasanya dapat dikesan 

     ketika umur bayi itu 1-2 hari ketika bayi itu sukar untuk menelan airnya

4) Masalah Perubatan Yang Lain - Kanak-kanak ini mengalami Hipotiroidismia kerana 

     mempunyai ketistabilan tulang-tulang kecil

5) Masalah Perkembangan Pembelajaran - Pada peringkat awal pembesaran, mereka  

     mengalami masalah lambat dalam semua perkara seperti belajan dan bercakap. Tetapi 

     mereka lebih kepada bersifat periang.


     Penyakit Sindrom Down juga dipanggil penyakit Mongol. Kanak-kanak yang mengidap penyakit ini akan menyebabkan mereka menjadi lembik dan mengahadapi masalah perkembangan tubuh badan seperti susah untuk merangkak dan berjalan. Mereka boleh diajar secara perlahan tapi janganlah diajar secara paksa kerana mereka masih belum sedia untuk menerimanya. Ibu bapa perlu merujuk kepada pakar pediatrik untuk mendapat bantuan pakar patologi. Janganlah berputus asa serta dapatkan bantuan kaunseling.


0 comments:

Post a Comment