APAKAH YANG DIKATAKAN SAKIT OTAK
Skizofrenia merupakan penyakit otak yang timbul akibat ketidakseimbangan pada dopamin. Iaitu salah satu sel kimia dalam otak. Ia adalah gangguan jiwa psikotik pada lazim dengan ciri hilangnya perasaan afektif atau respon emosional dan menarik diri dari hubungan antarpribadi normal.
Penyakit otak merupakan sejenis penyakit yang serius kerana ia melibatkan peranan otak yang mengawal keseluruhan sistem badan manusia. Kita selalu tidak ambil peduli tentang penjagaan kesihatan disamping kekurangan tenaga pakar mengenai rawatan dan pemeriksaan otak secara terperinci. Terdapat beberapa penyakit yang melibatkan otak pada diri kita. Penyakit otak yang mempunyai statistik paling tinggi adalah :- Meningitis, Encephelitis, Dementia, Parkinson, dan Alzheimer.
Meningitis -Meningitis adalah radang membran pelindung sistem saraf pusat. Iaitu membrane atau selaput yang melapisi otak dan saraf tunjang. Meningitis disebabkan berbagai organisme seperti virus, bakteri yang menyebar masuk kedalam darah dan berpindah kedalam cairan otak. Bakteri yang dapat mengakibatkan serangan meningitis diantaranya Streptococcus pneumoniae (pneumococcus), Neisseria meningitidis (meningococcus) Haemophilus influenzae (haemophilus), Listeria monocytogenes (listeria), Staphylococcus aureus dan Mycobacterium tuberculosis.
Demensia - Demensia adalah berkurangnya fungsi kognitif otak. Demensia merupakan istilah yang digunakan untuk mempengaruhi otak. Demensia bukan suatu penyakit tertentu. Demensia biasa terjadi pada orang lanjut usia, tetapi demensia dapat dialami orang dewasa berbagai usia kerana penyakit tertentu yang mempengaruhi fungsi otak.
Parkinson - Parkinson merupakan penyakit yang menyerang otak kerana kurangnya dopamine dalam otak. Gejala utama penyakit ini adalah gangguan pergerakan, gangguan non motorik dan gangguan kognitif dalam berbagai lingkaran. Penyakit Parkinson dimulai secara samar-samar dan berkembang dalam keadaan perlahan. Pada mulanya Parkinson muncul sebagai tubuh yang seakan menggigilkan yang biasanya terdapat pada tangan dan kaki. Ia juga akan mengenai rahang, lidah, kening dan kelopak mata. Ini akan membuatkan tubuh pesakit itu menjadi lemah.
Alzheimer - Penyakit Alzheimer merupakan salah satu bentuk gejala kerosakan otak yang mengganggu kemampuan seseorang untuk berfikir, daya ingat, dan fungsi berbahasa. Hal tersebut membuat pengidap alzheimer menjadi sukar untuk melakukan aktiviti seharian.
0 comments:
Post a Comment