APAKAH YANG DI KATAKAN SAKIT MATA
Istilah “mata merah” biasanya dikaitkan dengan mata sakit, mata perit atau jangkitan kuman. Terdapat berjenis-jenis penyakit mata yang boleh menyebabkan mata kita merah dan setiap penyakit ini perlu rawatan yang berlainan. Secara umumnya ramai yang akan mengeruni dengan masalah sakit mata. Ini kerana mata adalah pancaindera yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sakit mata sememangnya amat pedih dan gatal sehingga menjadikan mata kemerahan. Sakit mata ini tidak boleh dielakkan kerana ia tidak kira peringkat umur dan kanak-kanak juga mudah dijangkiti. Sepertimana yang sediamaklum, bahawa sakit mata adalah sejenis penyakit yang mempunyai virus dan mudah berjangkit.
Contoh Sakit Mata Pada Lazimnya Adalah :
a) Katarak - sejenis penyakit mata dimana kanta mata yang biasanya jernih menjadi legap/ selaput putih. Ia merupakan punca kebutaan yang utama di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
b) Glaukoma - sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang penglihatan tanpa disedari. Ia berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah mata.
c) Diabetik Retinopati - Kerosakkan dalam mata disebabkan Diabetes yang boleh mengakibatkan buta yang kekal.
d) Kecederaan Mata - Berlaku terutama di kalangan kanak-kanak, remaja lelaki dan pekerja-pekerja industri. Ia membawa risiko hilang penglihatan yang teruk atau boleh menjadi buta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kecederaan yang menusuk mata dan kemasukkan bendasing ke dalam bebola mata.
e) Amblyopia (mata malas) -Amblyopia atau mata malas merupakan keadaan kurang tahap penglihatan satu-satu mata akibat mata tersebut kurang digunakan sejak kecil lagi. Ia berpunca dari gangguan pada perkembangan sistem penglihatan semasa kecil.
f) Mata Merah ("conjunctivitis") - Terdapat beberapa jenis penyakit yang menghasilkan conjunctivits seperti jangkitan kuman (virus dan bakteria), alahan, toksik, kecederaan mekanikal, phlyctenular, kekeringan mata, blepharitis, superior limbic keratoconjunctivitis dan sebagainya.
g) Hordeolum - hordeolum adalah infeksi mata yang menyerang kelenjar mata. Penyakit mata ini biasanya disebabkan oleh bakteri stafilokokus. Bakteri stafilokokus adalah semacam bonjolan kecil yang tumbuh di kulit. Bonjolan kulit tersebut mengandungi nanah.
Sakit Mata Boleh Dirawat Sekiranya :
a) Mata hendalah dicuci dengan air bersih setiap hari
b) Jangan menggosok mata terlalu kuat jika mata kita gatal
c) Pakai cermin mata gelap (sinar uv) jika cuaca terlalu panas
d) Elek minum minuman keras/merokok
e) Kawal penyakit kencing manis & darah tinggi anda
f) Segera berjumpa doktor pakar mata jika mata anda sakit/gatal-gatal yang berpanjaangan
g) Guna lah ubat titis yang disyorkaan doktor
Sekiranya ada tanda-tanda penyakit mata atau sakit mata, segeralah berjumpa dengan doktor atau pakar mata untuk rawatan segera di peringkat awal. Jika rawatan awal tidak diberikan, mata tersebut tidak akan berkembang untuk mencapai tahap penglihatan normal dan berkemungkinan menjadi buta. Ikuti nasihat doktor pakar dan amalkan petua-petua yang telah diamalkan oleh orang yang terdahulu dari kita. Ketahuilah betapa pentingnya MATA pada diri setiap manusia.
0 comments:
Post a Comment