468x60 Ads

Showing posts with label darah beku. Show all posts
Showing posts with label darah beku. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Koronari Arteri

KORONARI ARTERI YANG PATUT KITA KETAHUI


Penyakit Jantung Koroner adalah penyempitan pembuluh darah kecil yang memasuki darah dan oksigen ke jantung. Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Ini disebabkan oleh pembentukan plak di dinding arteri, dikenal pula sebagai pengerasan arteri. Turut dikenali sebagai penyakit koronari arteri. Ia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang kesemuanya berkaitan dengan pembuluh darah yang membekalkan darah kepada jantung itu sendiri bagi membolehkannya mengepam darah. Berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol. Jika keadaan ini berlanjutan pengaliran darah ke otot jantung akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan sakit dada. Jika bekalan darah berkurangan ke tahap yang kritikal, seseorang itu akan mendapat serangan jantung. Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman

Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan. Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

 

Antara Gejala Koronari Arteri :

a) Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada 
b) Berat pada dada 
c) Senak dada 
d) Sukar bernafas - sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu 
     berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti 
     boleh menyumbangkan masalah ini.

Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:

i)  Sakit dada yang stabil - mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
ii) Tidak stabil -  mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini 

     dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.

Faktor risiko utama termasuk:

a) Merokok
b) Paras kolesterol yang tinggi
c) Tekanan darah tinggi
d) Diabetes
e) Peningkatan umur


Faktor risiko yang lain termasuklah:

a) Kegemukan (Obesiti)
b) Kekurangan Aktiviti Fizikal
c) Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
d) Kaum etnik

 

Tanda & Simptom:

a) Komplikasi
b) Lemah jantung
c) Denyutan jantung yang luarbiasa
d) Berpeluh-peluh

e) Rasa lemah badan
f) Sakit pada hulu hati
g) Pening kepala
h) Sering pengsan

 Penyakit Ini Boleh Dicegah Jika 
a) Mengamalkan gaya hidup sihat 
b) Berhenti merokok
c) Pemakanan seimbang
d) Mengekalkan berat badan yang unggu



 Cara-Cara Pencegahan/Rawatan :

a) Mengurangkan pembekuan darah / mencairkan darah
b) Mengurangkan kadar denyutan dan tekanan darah supaya mengurangkan keperluan 

    oksigen oleh jantung
c) Mengembangkan saluran darah untuk meningkatkan bekalan oksigen
d) Pengawalan kolestrol/berat badan secara optima
e) mengawal tekanan darah tinggi
f) Mengawal paras gula untuk pesakit diabetes
 
Jika anda di diagnos penyakit koronari arteri, anda akan dirawat melalui kaedah perubatan.
Antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnos penyakit jantung ialah:  

a) Ujian ECG - ujian ini untuk mereka yang diserang sakit jantung dan sesetengah pesakit  
     yang  mengalami angina tidak stabil
b) Ujian darah seperti enzim kardium dan troponin
c) Ujian tekanan pengisar injakan
d) Ujian Angiogram koronari (ujian mengesan penyakit jantung dengan menggukan tiub 

     kateter)
- Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Prosedur ini biasanya mengambil masa selama setengah jam. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.


Wednesday, April 30, 2014

STROK

PENYAKIT KRONIK PADA KITA - STROK



Strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati. Ini mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Strok atau angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Tanda gejala penyakit stroke ini boleh menyerang siapa saja, terutama mereka yang menderita penyakit-penyakit berbahaya misalnya adalah penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakt jantung, kadar kolesterol yang tinggi, trigliserida tinggi, pengerasan yang terjadi pada pembuluh darah, penyempitan pembuluh darah, obesitas dan juga hal yang lainnya. Akan tetapi, pada umumnya stroke terjadi pada penderita penyakit hipertensi.

 Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza.
1) Strok iskemia mungkin disebabkan oleh - Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
2) Strok berdarah mungkin disebabkan oleh - Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.





Tanda-Tanda Awal Strok :

1) Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka
2) lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan
    diserang strok atau angin ahmar.
3) penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda di atas, bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku. Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk :
1) tekanan darah tinggi,
2) kencing manis,
3) kolestrol tinggi,
4) perokok,
5) diet tidak seimbang
6) stres.

Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.