468x60 Ads

Showing posts with label salur darah. Show all posts
Showing posts with label salur darah. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

STROK

PENYAKIT KRONIK PADA KITA - STROK



Strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati. Ini mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Strok atau angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Tanda gejala penyakit stroke ini boleh menyerang siapa saja, terutama mereka yang menderita penyakit-penyakit berbahaya misalnya adalah penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakt jantung, kadar kolesterol yang tinggi, trigliserida tinggi, pengerasan yang terjadi pada pembuluh darah, penyempitan pembuluh darah, obesitas dan juga hal yang lainnya. Akan tetapi, pada umumnya stroke terjadi pada penderita penyakit hipertensi.

 Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza.
1) Strok iskemia mungkin disebabkan oleh - Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
2) Strok berdarah mungkin disebabkan oleh - Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.





Tanda-Tanda Awal Strok :

1) Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka
2) lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan
    diserang strok atau angin ahmar.
3) penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda di atas, bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku. Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk :
1) tekanan darah tinggi,
2) kencing manis,
3) kolestrol tinggi,
4) perokok,
5) diet tidak seimbang
6) stres.

Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.



 

BUAH PINGGANG


BAGAIMANA KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG) TERJADI


Penyakit Gagal Ginjal atau buah pinggang adalah suatu penyakit dimana fungsi organ ginjal mengalami penurunan hingga akhirnya tidak lagi mampu bekerja sama sekali dalam hal penyaringan pembuangan elektrolit tubuh, menjaga keseimbangan cairan dan zat kimia tubuh seperti sodium dan kalium di dalam darah atau produksi urine. Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal. Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Penyebab Gagal Ginjal

Terjadinya gagal ginjal disebabkan oleh beberapa penyakit serius yang tedapat di dalam tubuh badan manusia. Adapun beberapa penyakit yang sering kali kita dengar yang berkaitan dengan penyakit ginjal diantaranya :
1. Penyakit tekanan darah tinggi (Hypertension)
2. Penyakit Diabetes Mellitus (Diabetes Mellitus)
3. Adanya sumbatan pada saluran kemih (batu, tumor, penyempitan /striktur)
4. Kelainan autoimun, misalnya lupus eritematosus sistemik
5. Menderita penyakit kanser (cancer)
6. Kelainan ginjal, dimana terjadi perkembangan banyak kista  pada organ ginjal itu sendiri
    (polycystic kidney disease)
7. Rosaknya sel penyaring pada ginjal baik akibat peradangan oleh infeksi atau dikenali sebagai
    glomerulonephritis.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan. Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
- Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
- Darah keluar bersama-sama air kencing.
- Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
- Sakit belakang.
- Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
- Bengkak pada pergelangan kaki.
- Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang. Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.





Kegagalan Buah Pinggang Boleh Dicegah Jika Mengamalkan :
- Pemakanan seimbang.
- Minum sekurang-kurangnya dua
   liter air sehari.
- Berhenti merokok.
- Makan ubat selepas mendapat
  nasihat doktor. Paling penting,
  elakkan ubat yang tidak perlu
  termasuk
  ubat untuk menguruskan badan.
- Kekalkan berat badan seimbang.
- Bersenam setiap hari sekurangnya   kurangnya 30 minit.

Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja. Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang. Sayangilah diri anda