468x60 Ads

Showing posts with label jantung. Show all posts
Showing posts with label jantung. Show all posts

Monday, May 19, 2014

BERLAKUNYA SESAK NAFAS



BAGAIMANA SESAK NAFAS BOLEH TERJADI





Sesak nafas adalah apabila kita merasakan sukar untuk bernafas seperti biasa. Selalunya perkara ini terjadi ketika kita melakukan pergerakkan yang pantas dan dalam keadaan kelam kabut. Sesak nafas adalah suatu gejala dari beberapa penyakit yang dapat bersifat kronik. Sesak nafas juga dikenal dengan istilah “Shortness Of Breath”. Kejadian-kejadian sesak nafas bergantung dari tingkat keparahan dan sebabnya.

Sesak nafas juga dikenali sebagai Dyspnea. Seseorang yang terkena sesak nafas akan merasa tidak selesa ketika bernafas atau melakukan kerja-kerja harian, kerana ini menyulitkan untuk mereka mengerakkan otot dada, merasa tercekik dan merasa kejang otot di dada. Bila berlakunya keadaan ini, seseorang itu akan mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.


Ada dua jenis sesak nafas iaitu :

 
a) Sesak nafas boleh berlaku secara akut - Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan akan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan


b) Sesak nafas berlaku secara kronik - Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang agak lama


Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.



Gejala dan Tanda-Tanda Sesak Nafas :



1) Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru )

2) Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit

3) Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD)

4) Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berka ita n pekerjaan (Occupational Lung Diseases)

5) Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure)

6) Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya b ila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia

7) Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hypervent ila tion (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi)

8) Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan keh ila ngan berat badan,anda mungkin menghidapi jangk ita n seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism


9) Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangk ita n saluran pernafasan (bronchitis) atau jangk ita n paru-paru (pneumonia).



Ada Beberapa Rawatan Sesak Nafas :


Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pesakit di rumah untuk mengurangkan kesesakan nafas

1) Mengamalkan latihan pernafasan yang diajar oleh doktor iaitu bernafas secara perlahan-lahan dan dalam sehingga ke bahagian abdomen

2) Latihan relaksasi

3) Duduk tegak di atas kerusi yang bersandar jika sesak nafas berlaku

Jika sesak nafas ini tidak pulih atau berkurangan, pastikan pesakit mendapat rawatan perubatan dengan segera. 


Pencegahan sesak Nafas :
 
1) Kesesakan pernafasan yang akut biasanya pulih bila kita merawat punca penyebabnya


2) Kesesakan pernafasan yang berkaitan dengan penyakit kronik seperti penyakit paru-paru kronik (COPD) atau kegagalan jantung (CHF) biasanya akan menyebabkan fungsi pernafasan terganggu, jika bertambah teruk boleh membawa kematian


3) Program berhenti merokok perlu disarankan kepada individu yang merokok


4) Sentiasa membuat senaman fizikal


5) Elakkan dari terkena udara yang tercemar seperti asap kenderaan


6) Amalkan petua-petua tradisional seperti minum air cengkeh yang dicampur madu atau minum air madu panas

Tuesday, May 13, 2014

Definasi Dan Penyakit down Syndrome


APAKAH YANG DIKATAKAN DOWN SYNDROME

     Nama Down Syndrome diambil sempena nama doktor yang berbangsa inggeris Langdon Down, yang menemukan tanda-tanda klinikal penyakit ini pada tahun 1866. Ini dinyatakan bahawa manusia secara normal memiliki 46 kromosom, sejumlah 23 diturunkan oleh ayah dan 23 lainnya diturunkan oleh ibu. Para individu yang mengalami down syndrome hampir selalu memiliki 47 kromosom, bukan 46. Ketika terjadi pematangan telur, 2 kromosom pada pasangan kromosom 21, iaitu kromosom terkecil gagal membelah diri. Jika telur bertemu dengan sperma, akan terdapat kromosom 21 yang istilah teknisnya adalah trisomi 21. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

Down syndrome bukanlah suatu penyakit maka tidak menular, karena sudah terjadi sejak dalam kandungan. Bayi yang mengalami down syndrome jarang dilahirkan oleh ibu yang berusia di bawah 30 tahun, tetapi risiko akan bertambah setelah ibu mencapai usia di atas 30 tahun. Pada usia 40 tahun, kemungkinannya sedikit di atas 1 dari 100 bayi, dan pada usia 50 tahun, hampir 1 dari 10 bayi. Risiko terjadinya down syndrome juga lebih tinggi pada ibu yang berusia di bawah 18 tahun.

Masalah seringkali terjadi di berbagai pelusuk dunia, angka kejadian penderita down syndrome di seluruh dunia diperkirakan mencapai 8 juta. Angka kejadian kelainan down syndrome mencapai 1 dalam 1000 kelahiran. Contohnya di Amerika Syarikat, setiap tahun lahir 3000 sampai 5000 anak dengan kelainan ini. Dalam beberapa kes, terlihat bahawa umur wanita terbukti berpengaruh besar terhadap munculnya down syndrome pada bayi yang dilahirkannya. Kemungkinan wanita berumur 30 tahun melahirkan bayi dengan down syndrome adalah 1:1000. Sedangkan jika usia kelahiran adalah 35 tahun, kemungkinannya adalah 1:400. Hal ini menunjukkan angka kemungkinan munculnya down syndrome makin tinggi sesuai dengan usia seseorang wanita itu    


APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM DOWN

1) Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun keatas semasa mengandung 

     mempunyai risiko yang 

     lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down.

2) 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. 

     Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang 

     terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian 

     sel secara mitos pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan  

      sempurna. 

 3) Di kalangan 5% lagikanak-kanak Sindrom disebabkan oleh  

     mekanisma yang dinamakan "Translocation." Keadaan ini biasanya berlaku oleh     

     pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21.

4) Bilangan kromosom normal iaitu 23 pasang atau,jumlah kesemuanya 46 kromosom. 

     Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu diperingkat umur yang lebih muda.

     Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic"


APAKAH FUNGSI-FUNGSI KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI SD

1) Menpunyai bentuk wajah yang unik

2) Sifat pada kepala, muka dan leher

3) sifat pada tangan dan lengan

4) Sifat pada otot

5) Sifat pada bentuk jalan dan percakapan


     Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidung nya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit disudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.

 

MASALAH LAIN YANG BERKAITAN DENGAN SINDROM DOWN :

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali:

1) Masalah Jantung - kerap berlakunya jantung berlubang

2) Masalah Susah Bernafas - kerana terjadinya jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic 

     spell)

3) Masalah Usus - Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia). Biasanya dapat dikesan 

     ketika umur bayi itu 1-2 hari ketika bayi itu sukar untuk menelan airnya

4) Masalah Perubatan Yang Lain - Kanak-kanak ini mengalami Hipotiroidismia kerana 

     mempunyai ketistabilan tulang-tulang kecil

5) Masalah Perkembangan Pembelajaran - Pada peringkat awal pembesaran, mereka  

     mengalami masalah lambat dalam semua perkara seperti belajan dan bercakap. Tetapi 

     mereka lebih kepada bersifat periang.


     Penyakit Sindrom Down juga dipanggil penyakit Mongol. Kanak-kanak yang mengidap penyakit ini akan menyebabkan mereka menjadi lembik dan mengahadapi masalah perkembangan tubuh badan seperti susah untuk merangkak dan berjalan. Mereka boleh diajar secara perlahan tapi janganlah diajar secara paksa kerana mereka masih belum sedia untuk menerimanya. Ibu bapa perlu merujuk kepada pakar pediatrik untuk mendapat bantuan pakar patologi. Janganlah berputus asa serta dapatkan bantuan kaunseling.


Tuesday, April 9, 2013

Tulang Rusuk



APA ITU TULANG RUSUK/RUSUK TULANG


     Rangka Manusia bagian badan berfungsi melindungi organ-organ tubuh. Tulang pada organ-organ tubuh tersusun dari tulang dada, tulang rusuk, tulang belakang, gelang bahu, dan tulang gelang panggul.Tulang dada berfungsi sebagai tempat melekatnya tulang rusuk bagian depan.Tulang Rusuk Terdiri atas 7 tulang.

      Dalam struktur badan, tulang rusuk atau iga (rib) adalah tulang panjang yang melengkung dan membentuk rongga rusuk. Tulang rusuk melindungi dada (thorax) paru-paru, jantung, hati, dan organ dalam lainnya di rongga dada. Pada mamalia, tulang rusuk terdapat hanya di bagian dada. Namun pada reptil, tulang rusuk kadang-kadang terdapat dari bagian leher hingga sacrum. Terdapat beberapa jenis ikan yang dapat memiliki hingga 4 rusuk pada setiap tulang punggung. Manusia memiliki 24 tulang rusuk (12 pasang). 

     Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. kerana sebab itulah menagapa para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.



      Rangka manusia dibentuk dari tulang tunggal atau gabungan seperti tengkorak yang ditunjang oleh struktur lain seperti ligamen, tendon, otot, dan organ lainnya. Tulang rusuk berbentuk tipis, pipih dan melengkung. bersama-sama dengan tulang dada membentuk rongga dada untuk melindungi jantung dan paru-paru. Tulang rusuk manusia, terdiri atas 7 pasang tulang rusuk sejati, 3 pasang tulang rusuk palsu, dan 2 pasang tulang rusuk melayang. Tulang Rusuk mempumyai 3 bahagian yang berbeza. bahagian-bahagian itu adalah :-

1) Tulang rusuk sejati berjumlah tujuh pasang. Tulang-tulang rusuk ini pada bagian belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang sedangkan ujung depannya berhubungan dengan tulang dada dengan perantaraan tulang rawan

2) Tulang rusuk palsu berjumlah 3 pasang. Tulang rusuk ini memiliki ukuran lebih pendek dibandingkan tulang rusuk sejati. Pada bagian belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang sedangkan ketiga ujung tulang bagian depan disatukan oleh tulang rawan yang melekatkannya pada satu titik di tulang dada

3) Rusuk melayang berjumlah 2 pasang. Tulang rusuk ini pada ujung belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang, sedangkan ujung depannya bebas.Tulang rusuk memiliki beberapa fungsi diantaranya:  
a) melindungi jantung dan paru-paru dari goncangan.
b) melindungi lambung, limpa dan ginjal, dan
c) membantu pernapasan.

     Untuk pengetahuan anda juga, kerosakan paru-paru dan jantung, boleh berlaku jika tulang belakang membengkok melebihi 70 darjah. Ia bersangkut-paut dengan tulang rusuk. Tulang rusuk akan menekan paru-paru dan jantung, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan cepat penat. Malah, jantung juga akan mengalami kesukaran mengepam darah. Dalam keadaan ini, pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru dan pneumonia. Jangan takut untuk berjumpa doktor pakar untuk mengetahui lebih lanjut tentang dan definasi tulang rusuk anda. kebanyakkan pesakit banyak mendiamkan diri dari merawat. Carilah pengatahuan mengenai tulang-tulang anda