468x60 Ads

Showing posts with label ketip kuku. Show all posts
Showing posts with label ketip kuku. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Kene cagu/kuku cengkam



SAKITNYA JARI KENA CAGU


     Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Sakitnya memang teramat sangat dan menyeksakan. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya. Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Adakala nak menggerakkan kaki pun payah. Kadang-kadang duduk diantara dua sujud pun teramatlah sakitnya. Nak pakai kasut atau stoking terasa terseksa, apa tah lagi kalau terlanggar benda-benda keras. Memang menjerit dan menangis la jawabnya.

     Cagu dikenali sebagai 'unguis incarnatus' yang dinamakan penyakit yang tumbuh dalam kuku.
Kuku tumbuh sehingga memotong ke sisi salah satu atau kedu-dua kuku. Kuku yang tumbuh kedalam kulit/daging, boleh menyebabkan cagu. Cagu paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Ia juga dikenali sebagai cengkam kuku. Cengkam atau cagu kuku bukanlah benaar-benar tumbuh kedalam daging kuku. Pengertian tumbuh yang sebenar mungkin akibat peradangan daging di sekitar kuku. Kuku menjadi tertanam dan lembut di bawah daging yang telah meradang di sekitarnya.

     Punca Cagu Kerana :
1) Cara pemotongan kuku yang salah
2) Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
3) Memakai kasut yang ketat terlalu lama
4) Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
5) Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging
6) Kurang penjagaan tentang kebersihan kuku seperti selepas bermain, berjalan-jalan, joging dll

    Cagu Dapat Dielak Jika:
1) Basuh jari-jemari sebelum memotong kuku
2) Kuku hendaklah dipotong mengikut bentuk kuku di jari anda
3) Pakailah kasut mengikut saiz anda yang betul dan jangan memaksa kaki anda
4) Sentiasa membersihkan kaki selepas memakai kasut/selipar selepas keluar
5) Bersihkan jari-jari kaki dengan menggunakan putik kapas dan cecair seperti etanol
6) Cara rawatan alternatif seperti menggunakan daun sirih. Daun sirih ditumbuk hingga halus dan
     balut jari yang terkena cagu.

     Ikutilah amalan kesihatan dan petua yang telah diberikan. Jika sakit berlarutan jangn ubat sendiri. Segara berjumpa doktor. Pencegahan dan parawatan yang lebih baik akan diberikan. Penyakit ini bukanlah sakit kroik. Anda tidak perlu risau kerana ia cepat sembuh jika kita jaga jari-jemari kita dengan baik.