MASALAH RESDUNG PADA ANDA
Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.
Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.
Punca Resdung
Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.
Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.
Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.
Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.
Amalkan Kehidupan Yang sihat Seperti :
a) pandai memilih buah yang elok dan baik. seperti buah betik, ada makan akan membuat mata gatal dan berair
b) makan ikan yang segar. anda haruslah pandai memilih ikan yang boleh anda makan. kerana ada yang tidak boleh makan bawal hitam atau ikan parang
c) ikan bilis/udang kering. tidak semua ikan bilis boleh dimakan. udang kering pula, sesetengah orang hanya boleh makan udang kering yang segar dari sabah sahaja
d) elakkan makanan yang mengandungi penambah perisa, pewarna tiruan, lemak ayam dan rempah ratus yaang berlebihan
e) amalkan senaman, sentiasa membasuh muka, elakkan merokok dan kerap berjumpa doktor
Komplikasi Resdung
- Jangkitan nanah disekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Alahan hidung atau hidung sensitif
- Selsema biasa yang melarat
Tanda-Tanda resdung
- Hidung tersumbat dan gatal
- Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
- Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
- Kerap bersin terutama di waktu pagi
- Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
- Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
- Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
- Kerap sakit kepala dan tidak boleh terkene pada cuaca yang terlalu panas
- Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
- Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
- Kerap sakit kepala dan tidak boleh terkene pada cuaca yang terlalu panas
Sebagai langkah kesihatan, jika simpton - simpton di atas dikesan,
seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan
tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung,
sinus, mulut dan tekak supaya punca resdung ini dapat dikesan dan
diubati.



