skip to main |
skip to sidebar
7:01 AM
Admin
APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI SKLEROSIS?
Multiple sclerosis (MS) atau sering disebut sklerosiss saja adalah penyakit yang merosakan saraf di saraf tulang belakang dan otak, serta saraf optik. Sklerosis bererti jaringan parut. Ini bergantung kepada di mana kerosakkan itu terjadi. Gejala ini dapat merangkumi masalah dengan mengawal otot, keseimbangan, penglihatan, atau berbicara.
Penyebabnya masih lagi tidak diketahui, namun pesakit sklerosis banyak terdapat di negara-negara Skandinavia dan Eropa Utara. Daerah-daerah ini jauh dari khatulistiwa sehingga mendapat paparan sinar matahari yang lebih sedikit. Oleh sebab itu, beberapa peneliti percaya bahawa vitamin D (vitamin sinar matahari) mungkin berkaitan dengan penyakit ini.
Sklerosis pelbagai juga dikenali sebagai sklerosis diseminasi (disseminated sclerosis) atau ensefalomielitis disseminata (encephalomyelitis disseminata) adalah satu penyakit kronik, radang, penyakit penyahmielinan yang menjejaskan sistem saraf pusat (central nervous system - CNS).
Gejala tentang penyakit ini adalah :
1) Pertukaran-pertukaran dalam sensasi
2) Masalah-masalah visual
3) Kelemahan otot dan kemelesetan
4) Kesukaran dengan penyelarasan dan ucapan
5) Keletihan teruk, kerosakan kognitif
6) Masalah-masalah dengan keseimbangan
7) Terlebih kepanasan, dan kesakitan
8) Kurangnya mobiliti dan kecacatan dalam kes-kes yang lebih teruk
Pertanda
neurologis yang mungkin dan gejala dari sklerosis multipel sangat
beragam sehingga penyakit ini sukar untuk di diagnosis ketika gejala
pertamanya muncul. Lama-lama penyakit ini akan semakin memburuk secara
perlahan. Pesakit biasanya mengalami periode bebas gejala (remisi) yang diselingi dengan serangan penyakit (eksaserbasi).
Penyakit ini mempunyai berbagai tompokkan demielinasi dalam sistem saraf. Sklerosis pelbagai ini juga boleh menjejaskan neurons, sel-sel otak dan saraf tunjang yang membawa maklumat, mewujudkan pemikiran dan tanggapan, dan membenarkan otak untuk mengawal badan. Yang mengelilingi banyak neurons ini adalah satu lapisan berlemak yang dikenali sebagai salutan mielin, yang membantu neurons menjalankan isyarat-isyarat elektrik. Sklerosis pelbagai akan menyebabkan kemusnahan beransur-ansur mielin (penyahmielinan) dan transection neuron axons dalam tampalan sepanjang otak dan saraf tunjang.
Penyebab sklerosis pelbagai masih belum diketahui, tetapi diduga adanya virus atau antigen asing memicu timbulnyareaksi autoimun. Tubuh akan menghasilkan antibodi untuk melawan mielinnya sendiri, antibodi ini menyebabkan peradangan dan kerosakkan pada selubung saraf.
Faktor keturunan kelihatan memainkan peranan penting dalam terjadinya sklerosis pelbagai ini. Sekitar 5% pesakit memiliki saudara laki-laki atau saudara perempuan yang juga menderita penyakit ini dan sekitar 15% penderita memiliki keluarga dekat yang menderita penyakit ini. Kaedah rawatan konvensional merumuskan tiada ubat untuk penyakit ini. Apa yang boleh dilakukan adalah terapi-terapi tertentu untuk memulihkan kelumpuhan dan mengurangkan kesakitan. Beberapa jenis ubat yang memberi impak kepada sistem imun biasa digunakan untuk mengurangkan tahap agresif sistem imun penyakit sklerosis. Diantara yang kerap digunakan ialah Medrol, Depo Medrol, Medrol Methylprednisolone, Deltasone, Orasone, dan Corticosteroids (
sila rujuk kamus perubatan)
4:48 AM
Admin
BAGAIMANA SESAK NAFAS BOLEH TERJADI

Sesak nafas adalah apabila kita merasakan sukar untuk bernafas seperti biasa. Selalunya perkara ini terjadi ketika kita melakukan pergerakkan yang pantas dan dalam keadaan kelam kabut. Sesak nafas adalah suatu gejala dari beberapa penyakit yang dapat bersifat kronik. Sesak nafas juga dikenal dengan istilah “Shortness Of Breath”. Kejadian-kejadian sesak nafas bergantung dari tingkat keparahan dan sebabnya.
Sesak nafas juga dikenali sebagai Dyspnea. Seseorang yang terkena sesak nafas akan merasa tidak selesa ketika bernafas atau melakukan kerja-kerja harian, kerana ini menyulitkan untuk mereka mengerakkan otot dada, merasa tercekik dan merasa kejang otot di dada. Bila berlakunya keadaan ini, seseorang itu akan mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Ada dua jenis sesak nafas iaitu :
a) Sesak nafas boleh berlaku secara akut - Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan akan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan
b) Sesak nafas berlaku secara kronik - Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang agak lama
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.
Gejala dan Tanda-Tanda Sesak Nafas :
1) Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru )
2) Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit
3) Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD)
4) Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berka ita n pekerjaan (Occupational Lung Diseases)
5) Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure)
6) Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya b ila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia
7) Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hypervent ila tion (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi)
8) Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan keh ila ngan berat badan,anda mungkin menghidapi jangk ita n seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism
9) Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangk ita n saluran pernafasan (bronchitis) atau jangk ita n paru-paru (pneumonia).
Ada Beberapa Rawatan Sesak Nafas :
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pesakit di rumah untuk mengurangkan kesesakan nafas
1) Mengamalkan latihan pernafasan yang diajar oleh doktor iaitu bernafas secara perlahan-lahan dan dalam sehingga ke bahagian abdomen
2) Latihan relaksasi
3) Duduk tegak di atas kerusi yang bersandar jika sesak nafas berlaku
Jika sesak nafas ini tidak pulih atau berkurangan, pastikan pesakit mendapat rawatan perubatan dengan segera.
Pencegahan sesak Nafas :
1) Kesesakan pernafasan yang akut biasanya pulih bila kita merawat punca penyebabnya
2) Kesesakan pernafasan yang berkaitan dengan penyakit kronik seperti penyakit paru-paru kronik (COPD) atau kegagalan jantung (CHF) biasanya akan menyebabkan fungsi pernafasan terganggu, jika bertambah teruk boleh membawa kematian
3) Program berhenti merokok perlu disarankan kepada individu yang merokok
4) Sentiasa membuat senaman fizikal
5) Elakkan dari terkena udara yang tercemar seperti asap kenderaan
6) Amalkan petua-petua tradisional seperti minum air cengkeh yang dicampur madu atau minum air madu panas