468x60 Ads

Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Monday, May 19, 2014

BERLAKUNYA SESAK NAFAS



BAGAIMANA SESAK NAFAS BOLEH TERJADI





Sesak nafas adalah apabila kita merasakan sukar untuk bernafas seperti biasa. Selalunya perkara ini terjadi ketika kita melakukan pergerakkan yang pantas dan dalam keadaan kelam kabut. Sesak nafas adalah suatu gejala dari beberapa penyakit yang dapat bersifat kronik. Sesak nafas juga dikenal dengan istilah “Shortness Of Breath”. Kejadian-kejadian sesak nafas bergantung dari tingkat keparahan dan sebabnya.

Sesak nafas juga dikenali sebagai Dyspnea. Seseorang yang terkena sesak nafas akan merasa tidak selesa ketika bernafas atau melakukan kerja-kerja harian, kerana ini menyulitkan untuk mereka mengerakkan otot dada, merasa tercekik dan merasa kejang otot di dada. Bila berlakunya keadaan ini, seseorang itu akan mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.


Ada dua jenis sesak nafas iaitu :

 
a) Sesak nafas boleh berlaku secara akut - Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan akan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan


b) Sesak nafas berlaku secara kronik - Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang agak lama


Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.



Gejala dan Tanda-Tanda Sesak Nafas :



1) Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru )

2) Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit

3) Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD)

4) Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berka ita n pekerjaan (Occupational Lung Diseases)

5) Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure)

6) Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya b ila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia

7) Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hypervent ila tion (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi)

8) Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan keh ila ngan berat badan,anda mungkin menghidapi jangk ita n seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism


9) Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangk ita n saluran pernafasan (bronchitis) atau jangk ita n paru-paru (pneumonia).



Ada Beberapa Rawatan Sesak Nafas :


Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pesakit di rumah untuk mengurangkan kesesakan nafas

1) Mengamalkan latihan pernafasan yang diajar oleh doktor iaitu bernafas secara perlahan-lahan dan dalam sehingga ke bahagian abdomen

2) Latihan relaksasi

3) Duduk tegak di atas kerusi yang bersandar jika sesak nafas berlaku

Jika sesak nafas ini tidak pulih atau berkurangan, pastikan pesakit mendapat rawatan perubatan dengan segera. 


Pencegahan sesak Nafas :
 
1) Kesesakan pernafasan yang akut biasanya pulih bila kita merawat punca penyebabnya


2) Kesesakan pernafasan yang berkaitan dengan penyakit kronik seperti penyakit paru-paru kronik (COPD) atau kegagalan jantung (CHF) biasanya akan menyebabkan fungsi pernafasan terganggu, jika bertambah teruk boleh membawa kematian


3) Program berhenti merokok perlu disarankan kepada individu yang merokok


4) Sentiasa membuat senaman fizikal


5) Elakkan dari terkena udara yang tercemar seperti asap kenderaan


6) Amalkan petua-petua tradisional seperti minum air cengkeh yang dicampur madu atau minum air madu panas

Wednesday, April 30, 2014

STROK

PENYAKIT KRONIK PADA KITA - STROK



Strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati. Ini mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Strok atau angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Tanda gejala penyakit stroke ini boleh menyerang siapa saja, terutama mereka yang menderita penyakit-penyakit berbahaya misalnya adalah penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakt jantung, kadar kolesterol yang tinggi, trigliserida tinggi, pengerasan yang terjadi pada pembuluh darah, penyempitan pembuluh darah, obesitas dan juga hal yang lainnya. Akan tetapi, pada umumnya stroke terjadi pada penderita penyakit hipertensi.

 Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza.
1) Strok iskemia mungkin disebabkan oleh - Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
2) Strok berdarah mungkin disebabkan oleh - Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.





Tanda-Tanda Awal Strok :

1) Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka
2) lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan
    diserang strok atau angin ahmar.
3) penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda di atas, bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku. Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk :
1) tekanan darah tinggi,
2) kencing manis,
3) kolestrol tinggi,
4) perokok,
5) diet tidak seimbang
6) stres.

Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.