468x60 Ads

Showing posts with label otot. Show all posts
Showing posts with label otot. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

Definasi Dan Penyakit down Syndrome


APAKAH YANG DIKATAKAN DOWN SYNDROME

     Nama Down Syndrome diambil sempena nama doktor yang berbangsa inggeris Langdon Down, yang menemukan tanda-tanda klinikal penyakit ini pada tahun 1866. Ini dinyatakan bahawa manusia secara normal memiliki 46 kromosom, sejumlah 23 diturunkan oleh ayah dan 23 lainnya diturunkan oleh ibu. Para individu yang mengalami down syndrome hampir selalu memiliki 47 kromosom, bukan 46. Ketika terjadi pematangan telur, 2 kromosom pada pasangan kromosom 21, iaitu kromosom terkecil gagal membelah diri. Jika telur bertemu dengan sperma, akan terdapat kromosom 21 yang istilah teknisnya adalah trisomi 21. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

Down syndrome bukanlah suatu penyakit maka tidak menular, karena sudah terjadi sejak dalam kandungan. Bayi yang mengalami down syndrome jarang dilahirkan oleh ibu yang berusia di bawah 30 tahun, tetapi risiko akan bertambah setelah ibu mencapai usia di atas 30 tahun. Pada usia 40 tahun, kemungkinannya sedikit di atas 1 dari 100 bayi, dan pada usia 50 tahun, hampir 1 dari 10 bayi. Risiko terjadinya down syndrome juga lebih tinggi pada ibu yang berusia di bawah 18 tahun.

Masalah seringkali terjadi di berbagai pelusuk dunia, angka kejadian penderita down syndrome di seluruh dunia diperkirakan mencapai 8 juta. Angka kejadian kelainan down syndrome mencapai 1 dalam 1000 kelahiran. Contohnya di Amerika Syarikat, setiap tahun lahir 3000 sampai 5000 anak dengan kelainan ini. Dalam beberapa kes, terlihat bahawa umur wanita terbukti berpengaruh besar terhadap munculnya down syndrome pada bayi yang dilahirkannya. Kemungkinan wanita berumur 30 tahun melahirkan bayi dengan down syndrome adalah 1:1000. Sedangkan jika usia kelahiran adalah 35 tahun, kemungkinannya adalah 1:400. Hal ini menunjukkan angka kemungkinan munculnya down syndrome makin tinggi sesuai dengan usia seseorang wanita itu    


APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM DOWN

1) Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun keatas semasa mengandung 

     mempunyai risiko yang 

     lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down.

2) 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. 

     Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang 

     terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian 

     sel secara mitos pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan  

      sempurna. 

 3) Di kalangan 5% lagikanak-kanak Sindrom disebabkan oleh  

     mekanisma yang dinamakan "Translocation." Keadaan ini biasanya berlaku oleh     

     pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21.

4) Bilangan kromosom normal iaitu 23 pasang atau,jumlah kesemuanya 46 kromosom. 

     Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu diperingkat umur yang lebih muda.

     Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic"


APAKAH FUNGSI-FUNGSI KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI SD

1) Menpunyai bentuk wajah yang unik

2) Sifat pada kepala, muka dan leher

3) sifat pada tangan dan lengan

4) Sifat pada otot

5) Sifat pada bentuk jalan dan percakapan


     Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidung nya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit disudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.

 

MASALAH LAIN YANG BERKAITAN DENGAN SINDROM DOWN :

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali:

1) Masalah Jantung - kerap berlakunya jantung berlubang

2) Masalah Susah Bernafas - kerana terjadinya jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic 

     spell)

3) Masalah Usus - Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia). Biasanya dapat dikesan 

     ketika umur bayi itu 1-2 hari ketika bayi itu sukar untuk menelan airnya

4) Masalah Perubatan Yang Lain - Kanak-kanak ini mengalami Hipotiroidismia kerana 

     mempunyai ketistabilan tulang-tulang kecil

5) Masalah Perkembangan Pembelajaran - Pada peringkat awal pembesaran, mereka  

     mengalami masalah lambat dalam semua perkara seperti belajan dan bercakap. Tetapi 

     mereka lebih kepada bersifat periang.


     Penyakit Sindrom Down juga dipanggil penyakit Mongol. Kanak-kanak yang mengidap penyakit ini akan menyebabkan mereka menjadi lembik dan mengahadapi masalah perkembangan tubuh badan seperti susah untuk merangkak dan berjalan. Mereka boleh diajar secara perlahan tapi janganlah diajar secara paksa kerana mereka masih belum sedia untuk menerimanya. Ibu bapa perlu merujuk kepada pakar pediatrik untuk mendapat bantuan pakar patologi. Janganlah berputus asa serta dapatkan bantuan kaunseling.


Sunday, May 4, 2014

OTOT


FUNGSI SISTEM OTOT KITA

     Sistem otot adalah sistem tubuh yang memiliki fungsi seperti untuk alat gerak, otot juga dapat bergerak kerana adanya sel otot. Ia menyimpan glikogen dan menentukan  postur tubuh. Terdiri atas otot polos, otot jantung dan otot rangka. Otot merupakan alat gerak aktif yang mampu menggerakkan tulang, kulit dan rambut setelah mendapat rangsangan. Otot Tubuh Manusia meliputi 40% - 50 % dari berat tubuh. Otot bersifat elsatis, dapat diregangkan, dapat dirangsang dan berkontraksi. Tulang-tulang tidak dapat bergerak tanpa adanya otot sehingga otot sering disebut alat gerak aktif. Berdasarkan lokasi, struktur otot dan pengawalan dari saraf.

Otot memiliki tiga kemampuan khusus iaitu : 
A) kontraktibilitas : kemampuan untuk berkontraksi / memendek
 

B) Ekstensibilitas : kemampuan untuk melakukan gerakan kebalikan dari gerakan yang 
     ditimbulkan saat kontraksi 

C) Elastisitas : kemampuan otot untuk kembali pada ukuran semula setelah berkontraksi. 
     Saat kembali pada ukuran semula otot disebut dalam keadaan relaksasi.
 

Fungsi yang paling jelas dari otot adalah gerakan. Gerakan volunter melibatkan upaya sadar pada bahagian dari individu, dan contoh-contoh meliputi berjalan, membongkok, memutar, dan mengangkat. Hal ini juga termasuk gerakan motoriknya, seperti menulis atau memainkan alat musik. Jenis otot biasanya bertanggung jawab untuk gerakan volunter disebut rangka, itu adalah otot lurik yang memiliki penampilan terbalut atau bergaris di bawah mikroskop. Otot rangka yang melekat pada tulang dan menghasilkan gerak dengan kontraksi, atau pengetatan, dan relaksasi. Fungsi lain dari otot-otot dalam tubuh manusia adalah dukungan. Otot rangka terus bekerja untuk mendukung tubuh dan membantu untuk mempertahankan postur, adakah seseorang itu duduk atau berdiri. Otot-otot ini juga mendukung, menstabilkan, dan memperkuatkan sendi dengan memegang tulang dalam posisi yang tepat, terutama di daerah di mana bahagian-bahagian dari sendi yang berlaianan seperti bahu dan pinggul. Otot rangka juga sangat penting dalam menentukan kekuatan tubuh secara keseluruhan dan kemampuan untuk melakukan berbagai tugas fizik. 
Otot juga digerakkan secara tidak sengaja, Contohnya pernafasan, gerakan makanan melalui sistem pencernaan, dan denyutan jantung. Pergerakan ini terjadi tanpa usaha dari individu, dan banyak dari mereka mempertahankan hidup dan melanjutkan jika seseorang sedang tidur atau tidak sedar. Berbagai isyaratl mengendalikan tindakan disengaja, kecuali untuk otot jantung lurik.


Otot mempunyai 3 jenis dan ciri iaitu : 
a) Otot polos - bentuknya gelendong, kedua hujungnya meruncing dan di bahagian tengahnya menggelembung. Mempunyai satu inti sel dan tidak mempunyai garis-garis melintang (polos)

b) Otot lurik - berbentuk selinder serta memenjang. Kelihatan garis-garis melintang yang tersusun seperti daerah gelap dan terang secara berselang-seli. Mempunyai banyak cabangan sel

c) Otot jantung - hanya terdapat pada jantung. Strukturnya sama seperti otot lurik. Otot jantung tidak boleh dikendalikan oleh kehendak kita. Tetapi sesuai bekerja dengan gerakkan jantung. Otot jantung sama bentuknya seperti oto lurik tetapi bekerja seperti otot polos. Ia juga disebut otot yang istimewa

Mempertahankan otot yang kuat sangat membantu untuk kesihatan umum dan kesejahteraan tubuh badan kita.

Thursday, May 1, 2014

Fibroid Serang Wanita



FIBROID YANG WAJIB KITA KETAHUI


Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim dan ia sangat berkait dengan rahim khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa, bahagian tengah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid.  Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Fibroid juga mengganggu kesuburan seseorang wanita itu untuk hamil atau mendapat cahayamata.
Kebiasaannya fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini kita panggil “darah kotor” tapi dari segi sains ia bukan lah bermaksud darah itu kotor tapi kitaran haid yang tidak baik. Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung
Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti. Fibroid tidak boleh dirasa begitu sahaja seperti demam atau selsema. Ia memerlukan pemeriksaan lanjut oleh para doktor atau bidan

Punca Dan Gejala Fibroid :
Biasanya fibroid tidak mempunyai gejala. Jika ada pun ramai wanita tidak menyedarinya. Lebih 80% wanita sukar mengesan kehadiran fabroid sehingga lah mereka sedar dan kaji bahawa:
1. Mengalami senggugut yang teruk 
2. Pendarahan di antara waktu haid
3. Rasa senak di bahagian bawah abdomen (tekanan pelvik
4. Kesakitan ketika mengadakan hubungan seks
5. Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang        
6. Masalah sistem peranakkan seperti ketidaksuburan,
kerap keguguran dan berlaku anak tidak cukup bulan ketika hamil

Langkah Berjaga-Jaga Dan Cara Mengatasinya :
1. Haruslah tahu tentang sejarah keluarga dan mengenali penyakit seperti kencing manis dll
2. Berwaspada dan ambil tindakan segera jika haid tidak menentu atau berpanjangan
3. Elak ambil lebihan gula, minyak dan lemak
4. Jauhi makanan seperti jajan atau makanan segera (fast foods)
5. Jangan minum atau panaskan makanan yang ada di dalam bekas plastik, Kerana ia mengandungi
    bahan yang boleh meningkatkan xenoestrogen (kaitan hormon)
6. Jauhi makanan dalam tin
7. Beralih kepada pengunaan bahan-bahan organik seperti sayuran, buahan, shampu, sabun dll
8. Buat rawatan ujian darah dan paras hormon
9. Amalkan hidup sihat dan sentiasa bersenam untuk mengelak kegemukkan serta lebihan lemak

Wanita perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri kerana ada kalanya fibroid tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jangan pandang ringan pemeriksaan kesihatan. Secara umumnya, fibroid tidak menyebabkan masalah atau memerlukan pembedahan jika ia dikesan di peringkat awal. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung kerana fibroid tidak mengganggu kehamilan, tetapi menjejaskan kesuburan. Walaubagaimana pun, lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim. punca fibroid tidak diketahui dengan jelas. tetapi pakar sains berpendapat ia mempunyai banyak kaitan termasuk faktor genetik, hormon dalam alam persekitaran. Ketahui lah tentangnya dan sayangilah diri anda

Wednesday, April 30, 2014

SAKIT LUMPUH


APAKAH YANG DIKATAKAN LUMPUH


Lumpuh adalah kehilangan atau kemerosotan fungsi motor dalam satu atau lebih kumpulan otot akibat luka mekanisme saraf. Apabila digunakan untuk fungsi motor, lumpuh adalah kehilangan pergerakan sukarela, menghalang penggunaan otot, tendon, atau sendi yang biasanya mengawal pergerakan badan. Lumpuh adalah tanda-tanda keadaan yang mendasari seperti paraplegia atau kuadriplegia. Paraplegia merujuk kepada lemah atau lumpuh kedua-dua kaki dan bahagian bawah badan. Quadriplegia atau tetraplegia merujuk kepada lemah atau lumpuh daripada semua empat kaki.

Paraplegia
Rawatan bergantung kepada punca paraplegia yang. Jika ia disebabkan kecederaan saraf tunjang, maka penyahmampatan dan penstabilan tulang belakang adalah penting. Pembedahan boleh melegakan tekanan jika hadir. Kurang biasa sebab-sebab, seperti trombosis arteri, mungkin memerlukan pentadbiran ejen thrombolytic. Jangkitan perlu dirawat dengan antibiotik yang sesuai. Dalam kes myelitis melintang, ejen antibakteria dan antivirus, bersama-sama dengan steroid, boleh ditunjukkan. Pembedahan untuk melegakan tekanan dari luka jisim boleh ditunjukkan.
Quadriplegia
Rawatan bergantung kepada punca-kuadriplegia. Jika ia disebabkan kecederaan saraf tunjang, maka immobilization tulang belakang adalah sangat penting. Pembedahan boleh melegakan tekanan jika hadir. Kurang biasa sebab-sebab, seperti trombosis arteri, mungkin memerlukan pentadbiran ejen thrombolytic. Jangkitan perlu dirawat dengan antibiotik yang sesuai. Jika tumor menyebabkan pemampatan saraf tunjang, pembedahan mungkin melegakan tekanan. Pemulihan dari neutrino lintang saraf tunjang tidak kemungkinan pada masa ini.

Lumpuh juga terjadi daripada gangguan satu atau lebih laluan motor pada bila-bila dari serebrum gentian otot. Gangguan ini boleh disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang (keretakan, kehelan) yang ditanggung dari trauma tumpul, kereta dan kemalangan berperahu, jatuh, atau kecederaan sukan. Penyakit saraf tunjang atau penyakit-penyakit lain dan keadaan juga boleh mengganggu fungsi saraf. Lumpuh boleh dimanifestasikan oleh kehilangan separa atau lengkap fungsi otot yang terlibat dan mungkin sementara atau kekal. Lumpuh lengkap menunjukkan jumlah kehilangan fungsi di bawah tahap kecederaan. Lumpuh tidak lengkap menunjukkan bahawa individu itu mempunyai beberapa fungsi motor di bawah tahap kecederaan. Jika semua saraf periferal serat motor membekalkan otot terganggu, semua pergerakan sukarela, postur, dan refleks hilang. Dalam kehilangan motor gentian saraf di luar sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang), otot menjadi longgar dan lembut dan tidak menentang regangan pasif, keadaan yang dikenali sebagai flaccidity.


Gejala lumpuh seperti :  

1) kehilangan refleksi kaki dan tangan

2) pergerakkan anggota tubuh badan sukar dikawal
3) tekanan darah naik turun
4) rasa mati pada deria, serta kejang otot
5) pandangan kabur serta sulit menggerakkan otot wajah, 
6) sukar berbicara, dan berdebar-debar
7) kesulitan bernafas, menelan, keluar air liur tak terkawal
8) sering rasa pening dan pengsan,

Jenis-Jenis Lumpuh : 
1) Lumpuh Seluruh Badan
2) Lumpuh Separuh Badan
3) Lumpuh Kaki/Tangan
4) Lumpuh Otak
5) Lumpuh Sementara

Rawatan bergantung kepada jenis, lokasi, dan tahap kelumpuhan. Pertimbangan utama dalam rawatan kecederaan saraf tunjang (trauma) adalah untuk nyahmampat dan menstabilkan tulang belakang. Pembedahan boleh melegakan tekanan jika hadir. Jika terdapat sekatan di dalam saluran tunjang yang disebabkan oleh tumor, kemoterapi dan radiasi boleh ditunjukkan. Jangkitan bakteria dirawat dengan antibiotik. Steroid juga ditunjukkan untuk membantu mengurangkan kemungkinan kerosakan neurologic kekal. Dalam kes-kes kelumpuhan sementara, terapi fizikal digunakan untuk melatih semula dan mengukuhkan otot dan sendi supaya beberapa tahap mobiliti adalah mungkin selepas pemulihan. Jika terdapat kerugian lengkap fungsi, langkah-langkah sokongan seperti terapi fizikal untuk mengelakkan sendi daripada menjadi dikunci dan dikontrakkan dan mengelakkan komplikasi dari imobilitas berpanjangan (ulser tekanan, pembekuan darah, jangkitan saluran kencing, sembelit) harus dimulakan. Ujian genetik mungkin diperlukan untuk membantu mendiagnosis keturunan.

Rawatan akupunktur mampu merawat masalah strok dengan menstabilkan pengaliran darah, merangsang saraf yang tidak bermaya dan membetulkan tenaga Chi. Ada pesakit yang mengalami tangan lumpuh dan ada juga lumpuh separuh badan akibat serangan strok. Oleh itu jarum akupunktur dicucuk di titik bagi kawasan yang terbabit selain titik-titik yang mampu menstabilkan pengaliran darah pesakit.
Tidak semua titik digunakan untuk merawat pesakit strok kerana masing-masing mempunyai keadaan yang berbeza. Tetapi mengikut apa yang saya pelajari saya pastikan titik asas yang digunakan bagi pesakit strok bertujuan untuk mengalirkan darah kemudian titik tambahan di kawasan yang bermasalah atau lumpuh.


Wednesday, April 10, 2013

Albino


APAKAH ITU ALBINO

   Albino perkataan yang diambil dari bahasa Latin albus yang bererti putih. Ia juga disebut hypomelanism atau hypomelanosis, adalah salah satu bentuk dari hypopigmentary congenital disorder. Ciri khasnya adalah hilangnya pigmen melanin pada mata, kulit, dan rambut (atau lebih jarang hanya pada mata). Albino timbul dari perpaduan gen resesif. Albino adalah kelainan genetik tapi bukan penyakit infeksi dan tidak dapat dipindahkan melalui hubungan, permindahan darah dll.
     Gen albino menyebabkan tubuh tidak dapat membuat pigmen melanin. Sebahagian besar bentuk albino adalah dari hasil kelainan biologi dari gen-gen resesif yang diturunkan oleh ibu/bapa. Walaupun jarang yang dinyatakan gen ini diturunkan oleh ibu/bapa. Ada perubahan bentuk genetik lain yang dikaitkan dengan albino, tapi semuanya ke arah perubahan dari produksi melanin dalam tubuh. Albino dikategorikan dengan tirosinase positif atau negetif. Dalam kes tirosinase positif, enzim torosinase ada tapi melanosit (sel-sel di epidemis yang berfungsi melindungi sinar uv untuk menghindari kulit rosak). Tirosinase negetif pula, enzim tirosinase tidak berfungsi diproduksi atau versi nonfungsional produksi.


Ciri-ciri seorang albino adalah:
1) mempunyai kulit seakan "orang putih"(putih sus/putih pucat)
2) rambut yang abnormal (keperang-perangaan)
3) memiliki iris merah muda atau biru dengan pupil merah (tidak 
     semua)
4) Rabun jauh dan rabun dekat yang sangat ekstrim 

Persamaan Antara Albino dan Manusia Biasa: 
1) Pertumbuhan dan perkembangan anak yang albino sama seperti 
     anak-anak yang lain
2) Dari segi kesihata tiada beza secara umum
3) Jangka waktu hidupnya 
4) Kepintaran atau IQ
5) Kemampuan untuk memiliki anak.
6) Tapi Peratusaan untuk melahirkan anak albino dari pasangan 
     normal dengan albino sangat rendah. Peratusan kedua-dua 
     pasangan albino adalah tinggi.

Tiada yang membezakan antara anak albino dengan anak normal kecuali warna kulit dan rambutnya saja yang berbeza, jadi tidak perlu memberikan perlakuan yang beza terhadap anak albino. Albino bukanlah suatu sakit berjangkit yang digeruni seperti hepatitis atau tb. Pergaulan antara sesama manusia sama saja tiada pantang larang. Albino tidak terpengaruh gender, kecuali ocular albino (terkait dengan kromosom x), sehingga seseorang itu lebih sering terkena ocular (berkenaan mata) albino. Karena penderita albino tidak mempunyai pigmen melanin (berfungsi melindungi kulit dari radiasi ultraviolet yang datang dari matahari), mereka menderita kerana pancaran sinar matahari, yang bukan merupakan masalah bagi orang biasa.
Albino adalah suatu kondisi yang tidak dapat diubati atau disembuhkan, tetapi ada beberapa hal kecil yang dapat dilakukan untuk memperbaiki kualiti hidup. Yang terpenting adalah memperbaiki daya lihat, melindungi mata dari sinar terang, dan menghindari kerosakan kulit dari cahaya matahari. Kejayaan dalam terapi bergantung pada jenis albino dan seberapa parahnya gejala. Biasanya orang dengan ocular albinism lebih mempunyai pigmen kulit normal sehingga mereka tidak memerlukan perlakuan khusus pada kulit. Biasanya perubatan untuk kondisi mata terdiri dari rehabilitasi visual. Pembedahan mungkin untuk otot mata untuk menurunkan nystagmus, strabismus, dan kesalahan refraksi seperti astigmatisma Pembedahan strabismus mungkin mengubahan penampilan dari mata. Pembedahan untuk nistagmus mungkin dapat mengurangi perputaran bola mata yang berlebihan.
Secara efektifnya, dari semua prosedur ini bervariasi, tergantung dari keadaan individu masing-masing. Namun harus diketahui, pembedahan tidak akan mengembalikan fovea ke kondisi normal dan tidak memperbaiki daya lihat binocular. Dalam kes esotropia (bentuk "crossed eyes” dari strabismus), pembedahan mungkin membantu daya lihat dengan membesarkan lapang pandang area yang tertangkap oleh mata ketika mata melihat hanya pada satu titik.



Tuesday, April 9, 2013

Tulang Rusuk



APA ITU TULANG RUSUK/RUSUK TULANG


     Rangka Manusia bagian badan berfungsi melindungi organ-organ tubuh. Tulang pada organ-organ tubuh tersusun dari tulang dada, tulang rusuk, tulang belakang, gelang bahu, dan tulang gelang panggul.Tulang dada berfungsi sebagai tempat melekatnya tulang rusuk bagian depan.Tulang Rusuk Terdiri atas 7 tulang.

      Dalam struktur badan, tulang rusuk atau iga (rib) adalah tulang panjang yang melengkung dan membentuk rongga rusuk. Tulang rusuk melindungi dada (thorax) paru-paru, jantung, hati, dan organ dalam lainnya di rongga dada. Pada mamalia, tulang rusuk terdapat hanya di bagian dada. Namun pada reptil, tulang rusuk kadang-kadang terdapat dari bagian leher hingga sacrum. Terdapat beberapa jenis ikan yang dapat memiliki hingga 4 rusuk pada setiap tulang punggung. Manusia memiliki 24 tulang rusuk (12 pasang). 

     Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. kerana sebab itulah menagapa para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.



      Rangka manusia dibentuk dari tulang tunggal atau gabungan seperti tengkorak yang ditunjang oleh struktur lain seperti ligamen, tendon, otot, dan organ lainnya. Tulang rusuk berbentuk tipis, pipih dan melengkung. bersama-sama dengan tulang dada membentuk rongga dada untuk melindungi jantung dan paru-paru. Tulang rusuk manusia, terdiri atas 7 pasang tulang rusuk sejati, 3 pasang tulang rusuk palsu, dan 2 pasang tulang rusuk melayang. Tulang Rusuk mempumyai 3 bahagian yang berbeza. bahagian-bahagian itu adalah :-

1) Tulang rusuk sejati berjumlah tujuh pasang. Tulang-tulang rusuk ini pada bagian belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang sedangkan ujung depannya berhubungan dengan tulang dada dengan perantaraan tulang rawan

2) Tulang rusuk palsu berjumlah 3 pasang. Tulang rusuk ini memiliki ukuran lebih pendek dibandingkan tulang rusuk sejati. Pada bagian belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang sedangkan ketiga ujung tulang bagian depan disatukan oleh tulang rawan yang melekatkannya pada satu titik di tulang dada

3) Rusuk melayang berjumlah 2 pasang. Tulang rusuk ini pada ujung belakang berhubungan dengan ruas-ruas tulang belakang, sedangkan ujung depannya bebas.Tulang rusuk memiliki beberapa fungsi diantaranya:  
a) melindungi jantung dan paru-paru dari goncangan.
b) melindungi lambung, limpa dan ginjal, dan
c) membantu pernapasan.

     Untuk pengetahuan anda juga, kerosakan paru-paru dan jantung, boleh berlaku jika tulang belakang membengkok melebihi 70 darjah. Ia bersangkut-paut dengan tulang rusuk. Tulang rusuk akan menekan paru-paru dan jantung, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan cepat penat. Malah, jantung juga akan mengalami kesukaran mengepam darah. Dalam keadaan ini, pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru dan pneumonia. Jangan takut untuk berjumpa doktor pakar untuk mengetahui lebih lanjut tentang dan definasi tulang rusuk anda. kebanyakkan pesakit banyak mendiamkan diri dari merawat. Carilah pengatahuan mengenai tulang-tulang anda