468x60 Ads

Showing posts with label sembelit. Show all posts
Showing posts with label sembelit. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

ulser perut


TAHUKAH ANDA APA ITU ULSER PERUT


   Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama ususkecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.

Tanda-Tanda Lazim Ulser Perut:
1) sakit menggigit di dalam perut  
    yang biasanya menjadi lebih teruk
    selepas  mengambil
    makanan dan minuman.
2) Sakit mencucuk cucuk sampai ke
     belakang
3) Mengalami sakit yang teramat
    sangat hingga membosankan
4) Terasa pedih dan tajam-tajam di  
     perut
5) Angin yang banyak hingga
     merasakan loya, muntah-muntah
     pening dan lesu
6) Kurang selera makan
7) Kehilangan berat badan
8) Perubahan warna pada najis (hitam)

 Punca-Punca Ulser Perut :
1) Suka makan makanan yang pedas, masam dan berminyak,
2) Makanan yang tidak seimbang,
3) Jadual makan yang tidak menentu
4) Kurang minum air suam (mineral)
5) kurang bersenam
6) Perokok tegar dan minum minuman yang beralkohol
7) Ubat yang tidak sesuai pada badan anda
8)  Stress
 
Rawatan Yang Harus Diketahui:  
1) Makan makanan yang sihat dan seimbang, banyakkan sayuran dan buahan
2) Banyakkan minun air 
3) Disiplinkan waktu makan
4) Bagi perut yang tidak tahan, jangan makan makanan yang pedasdan masam
5) Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam selalu, rehat secukupnya dan hentikan tabiat buruk
6) Henti tabiat buruk seperti merokok dan minum minuman beralkohol
7) Kawal tekanan/stress

8) Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil

     Untuk Pengetahuan anda lagi, Ulser perut atau Ulser Peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer). Dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori menyebabkan perut menjadi luka. Bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat (asidosis). Asid dalam perut akan menjadi lapisan perut mengalami luka atau pedih perut. Pengambilan ubat-ubatan moden seperti (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang digunakan untuk merawat tulang dan sendi, serta Aspirin di kalangan pesakit jantung dan strok menjadi faktor penyumbang kepada ulser. Ubat moden merupakan salah satu penyebab utama pendarahan perut dan usus yang boleh menyebabkan kematian yang dikaitkan dengan penyakit ulser berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden. sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.'Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar

Monday, March 4, 2013

SAKIT PINGGANG




MASALAH SAKIT PINGGANG /SAKIT BELAKANG



Ramai masyarakat di kalangan kita menghadapi masalah sakit pinggang belakang. Pelbagai faktor menjadi penentu kepada masalah ini termasuk kedudukan postur badan, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka masalah akan menjadi lebih teruk lagi seperti masalah angin, keletihan yang kronik, sembelit, cirit birit, hernia, masalah kencing atau sakit ketika kencing, pundi kencing bermasalah, masalah haid, kekejangan, kencing malam, sakit lutut, sakit saraf sciatic, sakit pinggang, kaki kebas, pengaliran darah yang tidak lancar di kaki, sakit tulang keting, buku lali bengkak dan kaki sejuk .



Kaedah merawat sakit belakang

1. Pembetulan Tulang Belakang - Bagi merawat masalah sakit pinggang, masalah sakit pinggang dirawat dengan kaedah Yumeiho iaitu salah satu kaedah pembetulan tulang belakang yang berasal dari Jepun. Sekiranya tulang pinggul bermasalah maka amat mudah untuk mengalami sakit pinggang kerana tulang pinggul perlu stabil dan menjadi penentu kesihatan tulang belakang.
2. Akupunktur - Rawatan akupunktur mampu merawat masalah sakit pinggang yang mungkin disebabkan oleh masalah otot yang tegang dan pengaliran tenaga Chi dan darah yang tidak normal.

3. Bekam - Amalan berbekam merupakan peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat Islam. Khasiat dan kebaikannya sangat banyak dan boleh menjadi satu rawatan dalam merawat masalah sakit pinggang. Titik bekam di pinggang dan di pinggul ('Ala warik) berkesan dalam merawat masalah kejang badan, sakit pinggang dan pinggul. Bagi pesakit yang mengalami masalah sakit pinggang yang kronik atau terlalu lama kemungkinan darah bekam yang keluar amat banyak. Gabungan rawatan pembetulan tulang belakang dan bekam darah menjadikan rawatan bekam ini lebih berkesan. 


 


Cara-cara mengelak dari sakit belakang
 

a. Berehat - Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal dibawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot.
b. Mandi air suam - Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. tapi tidak di galakkan pada para wanita yang mengandung.
c. Tidur di permukaan/tilam yang rata - tidur di atas lantai yang rata, tilam yang sesuai kerana tilam memainkan peranan penting ketika kita tidur. tilam yang baik akan memberi sokongan lekuk pada tulang belakang

d. Relaks - Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
e. Duduk di tempat yag rata - kerusi juga perlu diambil kira. kusyen yang mudah melengkung amat tidak digalakkan. Jika duduk, bagian pinggang hendaklah dialas dengan bantal kecik, begitu juga jika anda menaiki kenderaan.
f. Berenang - Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.
g. Angkat barang - Jika anda hedak mengangkat barang, hendaklah mengcangkung, angkat sambil menegakkan pinggang, Jangan tundukkan separuh badan terus mengangkat barang kerana ini membuatkan pinggang anda rasa pedih atau kejang.
h. Kawal berat badan - Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.