468x60 Ads

Showing posts with label kesuburan. Show all posts
Showing posts with label kesuburan. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

nak tau Genetik atau Baka


 APA ITU GENETIK PADA KITA


       Genetik berasal dari Bahasa Latin yang bererti suku bangsa atau asal usul. Dengan demikian genetik bererti ilmu yang mempelajari bagaimana sifat keturunan (hereditas) yang diwariskan kepada anak cucu, serta variasi yang mungkin timbul di dalamnya. Menurut sumber lainnya, genetik berasal dari Bahasa Yunani yang bererti melahirkan. Dengan demikian genetik adalah ilmu yang mempelajari berbagai aspek yang menyangkut pewarisan sifat dan variasi sifat pada organisme mahupun cabang biologi (suborganisme) seperti virus dan prion (penyakit menular). Dalam bahasa kita yag mudah genetik itu adalah Baka.
     
     Genetik atau baka merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam kesemua makhluk hidup samada manusia mahupun bakteria. Istilah "genetik" pertama kali diperkenalkan oleh pakar genetik British William Bateson. Beliau juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan penemuan kajian Gregor Mendel. Dalam organisma hidup, maklumat genetik disimpan dalam kromosom yang dibentuk daripada molekul DNA dan sejenis protein yang dikenali sebagai histon. Maklumat genetik perlu berinteraksi bersama faktor luaran yang lain seperti permakanan dan persekitaran untuk menentukan faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhan.
     
     Genetik didefinasikan sebagai disiplin biologi, sains gen yang melibatkan keturunan dan kepelbagaian dalam individu hidup. Genetik berkait rapat dengan susunan molekul dan perbezaannya di cell, kromosom yang mana didapati daripada keturunan sebelumnya dan perubahan berdasarkan beberapa faktor termasuk populasi, gaya hidup dan sebagainya. Mengubah sesuatu genetik bukan satu proses yang mudah. Proses ini mengambil masa yang sangat lama. Mungkin boleh diubah untuk generasi akan datang dengan bermula daripada sekarang. Pemakanan yang betul dan aktiviti yang seimbang perlu diterapkan dalam generasi kini untuk kepentingan generasi akan datang.



Genetik/Penyakit Genetik Yang Biasa Kita Dengar ialah:
1) Tinggi atau rendah seseorang
2) Hitam atau putih seseorang itu
3) Penyakit seperti- jantung, darah tinggi, kencing manis, barah dll
4) Saiz badan seseorang itu
5) Rupa paras seseorang
6) Kegemaran atau kesukaan seperti (minat bermain bola)
7) IQ
8) Kesuburan dan kecacatan
9) gangguan mental juga diambil kira 

      Tidak semua genetik di atas akan diwarisi genetik yang akan datang. Ada genetik yang memang ada pada diri seseorang itu ataupun secara spontan. Ada yang genetik lebih kepada lelaki dan ada juga lebih kepada perempuan. Ini diambil kira genetik siapa yang paling kuat. Elemen-elemen genetik atau baka, adalah dua perkara penting yang meyumbang ciri seseorang itu. secara amnya genetik adalah bergantung sifat-sifat biologi dari nenek moyang yang diwarisi oleh anak cucu. Adanya kepesatan teknologi ilmu genetik sains-sains moden, sifat yang ada pada manusia dibentuk oleh faktor baka dan pentarbiyahan (Nature dan Nurture).



Thursday, May 1, 2014

Fibroid Serang Wanita



FIBROID YANG WAJIB KITA KETAHUI


Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim dan ia sangat berkait dengan rahim khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa, bahagian tengah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid.  Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Fibroid juga mengganggu kesuburan seseorang wanita itu untuk hamil atau mendapat cahayamata.
Kebiasaannya fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini kita panggil “darah kotor” tapi dari segi sains ia bukan lah bermaksud darah itu kotor tapi kitaran haid yang tidak baik. Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung
Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti. Fibroid tidak boleh dirasa begitu sahaja seperti demam atau selsema. Ia memerlukan pemeriksaan lanjut oleh para doktor atau bidan

Punca Dan Gejala Fibroid :
Biasanya fibroid tidak mempunyai gejala. Jika ada pun ramai wanita tidak menyedarinya. Lebih 80% wanita sukar mengesan kehadiran fabroid sehingga lah mereka sedar dan kaji bahawa:
1. Mengalami senggugut yang teruk 
2. Pendarahan di antara waktu haid
3. Rasa senak di bahagian bawah abdomen (tekanan pelvik
4. Kesakitan ketika mengadakan hubungan seks
5. Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang        
6. Masalah sistem peranakkan seperti ketidaksuburan,
kerap keguguran dan berlaku anak tidak cukup bulan ketika hamil

Langkah Berjaga-Jaga Dan Cara Mengatasinya :
1. Haruslah tahu tentang sejarah keluarga dan mengenali penyakit seperti kencing manis dll
2. Berwaspada dan ambil tindakan segera jika haid tidak menentu atau berpanjangan
3. Elak ambil lebihan gula, minyak dan lemak
4. Jauhi makanan seperti jajan atau makanan segera (fast foods)
5. Jangan minum atau panaskan makanan yang ada di dalam bekas plastik, Kerana ia mengandungi
    bahan yang boleh meningkatkan xenoestrogen (kaitan hormon)
6. Jauhi makanan dalam tin
7. Beralih kepada pengunaan bahan-bahan organik seperti sayuran, buahan, shampu, sabun dll
8. Buat rawatan ujian darah dan paras hormon
9. Amalkan hidup sihat dan sentiasa bersenam untuk mengelak kegemukkan serta lebihan lemak

Wanita perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri kerana ada kalanya fibroid tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jangan pandang ringan pemeriksaan kesihatan. Secara umumnya, fibroid tidak menyebabkan masalah atau memerlukan pembedahan jika ia dikesan di peringkat awal. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung kerana fibroid tidak mengganggu kehamilan, tetapi menjejaskan kesuburan. Walaubagaimana pun, lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim. punca fibroid tidak diketahui dengan jelas. tetapi pakar sains berpendapat ia mempunyai banyak kaitan termasuk faktor genetik, hormon dalam alam persekitaran. Ketahui lah tentangnya dan sayangilah diri anda