468x60 Ads

Showing posts with label penyakit kulit. Show all posts
Showing posts with label penyakit kulit. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

APA ITU RUAM


BAGAIMANA RUAM BOLEH TERJADI PADA KITA




Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.


Antara Punca - Punca ruam adalah :


Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis ialah - Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac, Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen, Barang kemas atau fabrik.


Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan. Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal.

Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius. Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor. Anda juga harus lah perlu tahu jenis-jenis ruam.



Antara Jenis-Jenis Ruam Adalah  :


1) Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. pabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya. Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.





2) Ruam Susu ....kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan memicu anak menggaruk area yang terkena ruam, membuat anak gelisah dan rewel. Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat malam hari dan sangat mengganggu tidur anak. Pipi adalah kawasan kulit bayi yang sering terkena titisan susu. Keadaan ini disebabkan juga bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasakan protien lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada di peringkat usia yang masih muda. jesteru itu, ibu bapa harus lah menukarkan susu lembu kepada susu yang berasakan soya. Ibu bapa juga haruslah memastikan setiap maknanan yang di berikan kepada bayi adalah selamat untk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.





3) Ruam Lampin ....terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang,  kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain. Walau bagaimanapun, lampin pakai buang lebih menyerap lembapan dan bayi anda akan lebih kering. Maka, risiko terhadap ruam juga berkurangan. Menariknya, kajian menunjukkan reaksi bayi terhadap lampin kain atau lampin pakain buang adalah berbeza-beza. Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin apabila memakai lampin kain atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian mudah, pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam yang dialami.





4) ekzema ....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan, kuping, bengkak. Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik (ekzema bentuk yang paling biasa). Ekzema atopik selalunya berlaku dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga berlaku keatas orang dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Untuk pengetahuan anda juga, ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang dijangkiti penyakit ekzema ini telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia dan Malaysia.





5) Allergy ....kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan reaksi dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal. Tidak semestinya, dan agak sukar dikesan bagi bayi. Contohnya, ramai bayi akan mendapat lelah apabila diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. Ini sebenarnya bukan tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang kecenderungan untuk mendapat lelah apabila mereka menjadi matang. Sekiranya lelah itu berlaku tanpa selesema, dan masih kekal apabila dia mencapai usia tiga tahun, pakar pediatrik anda mungkin akan meminta anda supaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi anda menunjukkan simptom ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan sejarah bayi dan tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.



Kebanyakan ruam akan hilang tanpa rawatan perubatan. Rawatan di rumah selalunya boleh melegakan kesakitan dan gatal-gatal sehingga ruam hilang. Jika anda mempunyai ruam, anda tidak perlu berada dalam hubungan dengan kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus yang menyebabkan ruam adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan demam.






Tuesday, April 29, 2014

KETAHUI TENTANG PENYAKIT KELAMIN

APAKAH YANG DIKATAKAN PENYAKIT KELAMIN


Penyakit kelamin atau yang sekarang lebih sering disebut Penyakit menular seksual (PMS) disebabkan oleh infeksi yang ditularkan dari satu orang ke orang lain pada kontak seksual. Secara medis, infeksi hanya disebut “penyakit”. Itulah sebabnya penyakit kelamin disebut “Penyakit Menular Seksual". Umumnya orang menggunakan istilah penyakit menular seksual (PMS)

Ia juga disebabkan hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.





Antara jenis penyakit kelamin adalah:

AIDS
Chancroid
Gonorea
Granuloma
Penyakit kelamin Chlamydia
Hepatitis A
Hepatitis B
Herpes
Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection)
Jangkitan Yis (Kulat)
Ketuat kelamin (Genital Warts - Condyloma Acuminata)
Kutu ari-ari (Pubic Lice)
Lymphogranuloma
Molluscum
Radang Pelvik
Scabies
Siflis
Trichomoniasis
Vaginitis
Bakteria Vaginosis

Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini jika anda mengamalkan atau melakukan:

  1. Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,
  2. Hubungan seks melalui dubur
  3. Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,
  4. Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.

Tanda dan Gejala

Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.

Diagnosa

Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal.Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat tersebut. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:






Beberapa tips untuk anda cara merawat penyakit kelamin


1. Cuci alat kelamin setelah buang air besar atau kecil
2. Usahakan jangan menggunakan celana dalam yang terlalu ketat
3. Jangan menggunakan minyak wangi pada alat kelamin terutama wanita
4. Jangan gunta ganti pasangan
5. Ganti pembalut secara teratur
6. Periksa secara rutin alat kelamin kita
7. Pakai alat pengaman saat melakukan hubungan


Manfaatkan lah Hidup Anda. Jaga kesihatan. Elakkan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Mencegah lebih baik dari mengubati