468x60 Ads

Showing posts with label kulat. Show all posts
Showing posts with label kulat. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

gigi



TENTANG GIGI


Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi. Kesihatan gigi sangat penting untuk menunjang kesihatan tubuh secara keseluruhan. Gigi incisor mempunyai bentuk seperti pahat yang berfungsi untuk memotong makanan. Gigi canine pula berbentuk kon tajam untuk mengoyak makanan. Gigi molar untuk mengisar makanan, dan gigi premolar fungsinya tengah-tengah antara gigi canine dan gigi molar. Setiap darinya berbeza peranan mengikut kesesuaian bentuk gigi.

Percaya atau tidak, memberus gigi adalah salah satu daripada cara termudah untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan keyakinan diri. Apabila anda memiliki gigi yang sihat, kuranglah bakteria yang akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke bahagaian tubuh lain. Tetapi pembedahan gigi, ubat-ubatan tertentu atau penyakit gusi yang berpunca daripada kealpaan menjaga kebersihan gigi yang membolehkan bakteria merebak. Penjagaan gigi sempurna boleh mengelakkan banyak masalah. Kesan penjagaan gigi yang lemah termasuk pereputan dan kaviti hinggalah ke gingivitis, periodontitis dan kehilangan gigi. Penjagaan gigi yang betul termasuk membersihkan gigi dengan kerap mampu mencegah kebanyakan masalah tersebut. 



Setiap gigi mempunyai lima sisi yang berbeza, berus gigi hanya boleh membersihkan hanya 3 dari 5 sisi itu. Kedua-dua sisi yang lain di mana banyak kemusnahan dan penyakit. Baki kedua-dua sisi ini memerlukan benang gigi (floss) atau berus antara gigi yang kecil yang boleh mencapai di antara dan di bawah mata kenalan gigi. Gigi bayi mula menembusi gusi sekitar 6 bulan. Tetapi memulakan penjagaan mulut yang baik sebelum gigi pertama muncul adalah penting. Gigi yang sihat adalah hasil dari gusi yang sihat. Kanak-kanak mempunyai semua gigi bayi mereka pada usia 3 tahun Ini digelar gigi susu. Gigi bayi mula gugur sekitar usia 6 tahun, apabila gigi kekal atau dewasa mula tumbuh, jurang di antara gigi bayi adalah normal kerana Ia memberi ruang untuk gigi kekal. Gigi kekal biasanya tumbuh pada usia 13 tahun 


 Cara Penjagaan Gigi :
1. Memflos gigi sebelum memberus
2. Guna berus gig yanag betul dan berus gigi dua kali sehari
3. Elakkan makan gula-gula atau manisan
4. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun
5. Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandun
6. Berhenti merokok
7. Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol
8. Tingkatkan pengambilan kalsium
9. Amalkan pengambilan vitamin C & D
10. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam

Masalah Jika Tidak Endah Tentang Gigi :
1. Kesakitan pada gigi yang membawa sengsara pada anda
2. Mengalami gigi berluban
3. Berlakunya karang gigi (calculus)
4. Gigi rosak dan terpaksa memakai gigi pals
 5. Belakunya gigi ronggak dan membuat anda malu untuk senyum dan bercakap
6. Masalah pereputan gigi pada di usia muda
7. Gigi kuning dan berkulat
8. Anda perpaksa mencabut gigi yang telah rosak 
9. Anda terpaksa menanam gigi dan ini akan mengeluarkan kos yang banyak

Anda perlulah tahu dan kenal tentang gigi anda. Ini kerana ramai yang keliru tentang maksud pencucian dan rawatan gigi yang sempurna. Contohnya jika gigi kuning, haruslah memberusnya sehingga putih. Gigi yang sakit dan rosak haruslaah berjumpa doktor dengan segara. Jika kerosakan ini tidak dirawat dengan segera, akan menjadi lebih parah dan memerlukan rawatan yang lebih kompleks daripada tampalan dan pembersihan. Jagalah gigi anda dengan sempurna. Kerana gigi yang baik dan cantik membuat anda lebih yakin dan menawan

Tuesday, March 19, 2013

kulit berkulat


APA ITU KULAT & BAGAIMANA KULAT TERJADINYA KULIT

     Kulat adalah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang tidak menyerupai haiwan mahupun tumbuhan. Ia merupakan penyebab kerosakan, kotor, busuk dan beracun. Pada amnya benih kulat tidaklah mendatangkan bahaya, tetapi setelah berada di dalam keadaan suhu, kelembapan serta kehadiran nutrien yang sesuai, ianya akan membiak menjadi kulat. Kulat merupakan hidupan halus yang bertaburan di sekeliling kita. Terdapat lebih kurang 200,000 jenis kulat yang wujud tetapi hanya 100.000 jenis sahaja yang boleh membawa penyakit kepada manusia.
     
     Kulat membiak di bahagaian yang selalunya panas dan lembab seperti bahagian antara jari kaki, kemaluan dan antara kulit yang berlipat. Jangkitan ini boleh merebak dengan sentuhan secara langsung atau tidak secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti, apabila seseorang itu mengguna sesuatu atau bersentuh sesuatu benda yang dicemari kulat. Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang mereka dan berpelukan sesama mereka. 



Apakah jenis-jenis jangkitan kulat?
1) Tinea capitis (kulit kepala)
2) Tinea corporis ( badan)
3) Tinea manuum (tangan)
4) Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.
  
Faktor-Faktor Kulat Boleh Membiak :
1) Anemia atau kekurangan zat besi 
2) Sistem pertahanan badan yang rendah 
3) Orang yang sedang mengambil antibiotik 
4) Luka pada kulit 
5) Pesakit diabetes (lebih berisiko untuk jangkitan) 
6) Perubahan hormon bagi wanita 
7) Bahagian yang panas dan lembap
8) Pakaian dalam dan Lampin (ruam lampin)

Kulat Boleh Berlaku Pada Bahagian:
1) kulit badan - kadangkala pada anggota badan terutamanya pinggul.
2) Kaki berair - Berlaku pada kulit selaput antara jari-jari kaki
3) Infeksi Kuku jari - kuku lebih mudah diinfeksikan jika di bandingkan dengan kuku jari tangan
4) Jock Itch - Infeksi kulat pada bahagian pangkal paha
5) Panau - Infeksi kulat permukaan kulit yang paling biasa dimuka dan di badan.
6) Seriawan mulut - berlaku pada mulut, lidah atau bahagian dalam pipi

Punca-Punca Penyakit/Faktor Risik:
1) Infeksi kulat berlaku apabila manusia dan binatang yang telah dijangkiti serta objek yang  
    merupakan pembawa spora kulat bersentuhan antara satu sama lain.
2) Sentiasa memakai pakaian, kasut atau sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik
3) Mengunakan sabun beralkali dengan berlebihan
4) Dijangkiti melalui bidai kayu dan hamparan di kolam renang dan tempat mandi wap serta lapik 
    lantai atau permaidani di bilik hotel dan bilik riadah
5) Kurang menjaga kebersihan diri
6) Geseran mekanikal antara lipatan badan dan perpeluhan yang berlebihan.
7) Melalui aktiviti perlancongan dan hubungan antarabangsa
8) Suka berkongsi pakaian, tuala, kasut atau sarung kaki dll
9) Berkaki ayam di atas tanah yang tercemar dan pantai serta sekeliling kolam renang

Cara Rawatan Yang Anda Harus Buat:
1) Pastikan kaki dan kasut kering - keringkan kaki sebelum memakai stokin dan kasut.
2) Basuh kaki anda dengan sempurna dan rendam dua kali sehari ke dalam larutan pembersih.
3) Pakai stokin kapas
4) Keringkan bahagian di antara jari-jari
5) Sapu krim, bedak dan sabun antifungal sehingga 4 minggu walaupun kesan jangkitan telah hilang
6) Jangan gunakan krim steroid (hydrocortisone), mungkin jangkitan menjadi lebih teruk.
7) Basuh dan keringkan bilik air selepas menggunakannya bagi mengelakkan penyebaran jangkitan
8) Gunakan selipar yang diperbuat daripada getah dalam tandas, bilik air dan bilik mandi
9) Jangan memakai semula pakaian yang basah atau berpeluh. Sentiasa tukar pakaian jika anda
    mudah berpeluh

     Jika anda mempunyai bengkak, kemerahan dan nanah setelah anda menggunakan krim atau bedak antifungus tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap simptom selepas 2 hingga 4 minggu, segera lah berjumpa doktor. Doktor akan memberitahu perkara lanjut dan rawatan yang sewajarnya pada diri anda. Kerana manusia mempunyai lain-lain darah dan antibodi. Jangan lakukan rawatan sendiri kerana anda tidak tahu apa rawatan yang sepatutnya pada diri anda. Ini nanti memungkinkan anda akan menghadapi penyakit yang lebih teruk dan akan jadi berkekalan pada diri anda.