468x60 Ads

Friday, July 27, 2018

PUNCA MATI PUCUK - Diabetes

PUNCA MATI PUCUK - Diabetes

Tag: mati pucuk kencing manis, sebab mati pucuk, punca mati pucuk diabetes, punca mati pucuk kencing manis

Penyebab Mati Pucuk Bagi Penghidap Kencing Manis

Seks adalah faktor penting bagi hubungan untuk orang dewasa dari segenap usia. Sebuah kehidupan seks yang kurang memuaskan dapat menyebabkan perasaan bersalah dan penolakan, terutama menyebabkan masalah dalam hubungan. Tingkat hasrat seksual bervariasi antara orang yang berbeza dan dapat berubah dari waktu ke waktu.

Masalah seksual sangat sukar untuk dibincangkan, terutama jika penyebabnya belum dikenalpasti. Oleh kerana itu penting untuk mengetahui bagaimana mengenali penyebab dan gejala disfungsi seksual, sehingga dapat diidentifikasi, dibahas dan diubati.

Penyebab Mati Pucuk Bagi Penghidap Kencing Manis

Mati Pucuk lebih sering terjadi pada orang yang mengalami diabetes kerana diabetes tidak terkawal boleh merosakkan pembuluh darah dan sistem saraf yang menyebabkan berkurangnya aliran darah dan kehilangan sensasi pada organ seksual. Hal ini dapat menyumbang untuk kekeringan faraj pada wanita dan kesulitan ereksi pada lelaki. Masalah lain yang berkaitan dengan diabetes – seperti penyakit jantung dan kemurungan – bersama-sama dengan beberapa ubat-ubatan dan pembedahan (contohnya pundi kencing, usus, prostat) dapat meningkatkan kemungkinan disfungsi seksual pada orang dengan diabetes.

Untuk mendapatkan ereksi, lelaki perlu sihat darah pembuluh, saraf, hormon laki-laki, dan keinginan untuk dirangsang secara seksual. Diabetes boleh merosakkan saluran darah dan saraf yang mengawal ereksi. Oleh kerana itu, bahkan jika anda mempunyai jumlah normal hormon laki-laki dan anda mempunyai keinginan untuk memiliki seks, anda masih mungkin tidak dapat mencapai ereksi kuat. Kawalan yang baik dari diabetes akan membantu untuk mencegah hal ini.

Punca kemandulan Pada Pesakit Diabetes – Tinggi gula darah, yang harus dikendalikan dengan hati-hati jika anda mempunyai diabetes, menyebabkan pembuluh darah dan kerosakan saraf yang mempengaruhi banyak proses dalam tubuh. Respon seksual adalah salah satu dari mereka. Kerosakan pada pembuluh darah blok pelepasan oksida nitrik. Kurangnya hasil nitrik oksida dalam pembuluh darah terhad dan mengurangkan aliran darah ke zakar.


Lelaki dan disfungsi erektil atau seksual

Disfungsi erektil adalah masalah biasa bagi lelaki yang menderita diabetes, tapi itu dapat dielakkan dan dipertimbangkan strategi pencegahan dan pilihan rawatan dan yang paling pasti, mati pucuk kerana diabetes boleh sembuh.

Mempunyai diabetes tidak bermakna anda akan secara automatik mengembangkan disfungsi seksual. Namun, lebih dari setengah dari semua orang dengan diabetes mungkin akan terjejas, dan kemungkinan masalah meningkat dengan usia. Salah satu masalah seksual yang paling biasa adalah disfungsi erektil (ED atau mati pucuk). Ini adalah ketidakmampuan dalam mendapatkan dan / atau mengekalkan ereksi untuk melakukan hubungan seksual.

Rawatan apa yang tersedia untuk Lelaki Dengan Diabetes dan Disfungsi erektil?

Lelaki dengan diabetes mengalami kesulitan dengan pencapaian dan mengekalkan ereksi, berikut ini boleh mengambil ubat seperti herba.

Namun orang dengan diabetes juga cenderung mempunyai masalah dengan jantung mereka, ubat-ubatan ini sangat sesuai dan juga baik dimakan dan tidak menyebabkan interaksi berbahaya untuk masalah jantung.
Bagi mereka yang risau sekiranya pengambilan ubat-ubatan akan menjejaskan kesihatan mereka adalah disarankan menggunakan alat bantuan ereksi seperti vescomenspump bagi membantu mencapai hubungan intim rumahtangga.

Itulah pengertian dan penjelasan mengenai punca mati pucuk pada pesakit diabetes, semoga bermanfaat dan salam sihat.

Ihsan: http://info-mati-pucuk.kedai-lelaki.com/penyebab-mati-pucuk-bagi-penghidap-diabetes-kencing-manis/

Wednesday, July 25, 2018

CARA MENGATASI SAKIT BELAKANG

Bagaimana Ingin Mengatasi Sakit Belakang?


Sakit belakang memang selalu kita dengar. Hanya yang pernah mengalaminya tahu tentang azab menanggung kesakitannya. Bila nak kena sekali zas jer. Terus jammed. Pergi ke hospital terus inject kasi tahan sakit.



Kehidupan seharian dengan sakit belakang boleh menjatuhkan semangat anda. Dengan kos kehidupan keluarga yang tinggi dan bekerja sehingga tidak cukup masa, masalah sakit belakang boleh memburukkan lagi keadaan, rutin harian anda boleh menjadi sangat mencabar. Strategi anda sendiri adalah penting untuk hidup dengan baik bersama sakit belakang kronik.

Image result for sakit tulang belakang blogspotSekiranya anda bekerja menggunakan tulang empat kerat, potensi anda menghadapi sakit tulang belakang adalah tinggi. Kerja-kerja berat mengangkat barang memerlukan cara mengangkat dan teknik pernafasan yang betul. Jika tidak sakit tulang belakang dapat buasir pun dapat. Apa pun tak boleh!

Berikut adalah 5 perkara yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anda mengatasi sakit belakang kronik.

1. CATAT JURNAL MENGENAI SAKIT BELAKANG

Sesetengah orang menggunakan jurnal untuk mendokumentasikan sakit mereka, tetapi anda boleh menggunakan jurnal sakit dengan cara yang anda mahukan. Tuliskan apa yang anda rasa, dan bila ianya berlaku. Ini bukan sahaja akan membantu anda melihat trend yang membuat kesakitan anda lebih baik atau lebih teruk, tetapi juga boleh membantu anda melepaskan rasa frust anda terhadap kesakitan. Kadang-kadang, itu sahaja yang anda perlukan.

2. BELAJAR CARA UNTUK RELAKS

Relaks adalah baik untuk badan dan minda. Tekanan dan kebimbangan tidak hanya mengambil alih pada tahap mood dan tenaga anda: dalam sesetengah kes, ia sebenarnya boleh membuat kesakitan anda jadi lebih teruk. Kerana tekanan mencetuskan ketegangan otot, yang boleh meningkatkan kesakitan. Belajar untuk berehat boleh menyebabkan sakit belakang anda menjadi lebih terkawal.

3. BERCAKAP TENTANGNYA

Tiada siapa yang lebih memahami anda daripada seseorang yang telah melalui perkara yang sama. Bercakap kepada rakan sebaya bukan sahaja memberikan peluang kepada anda untuk melepaskan diri, tetapi ia akan memperlihatkan anda kepada seseorang yang telah melalui sesuatu yang serupa. Nasihat rakan sebaya boleh menjadi tidak ternilai apabila anda mengalami sakit belakang kronik. Anda juga boleh cari forum di internet untuk berhubung dengan orang lain yang memahami apa yang anda lalui.

4.  ABAIKAN RASA KESAKITAN

Ini mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi dengan ini anda boleh pergi jauh dalam membantu anda mengatasinya. Anda tidak perlu hiraukan sakit belakang, tetapi anda perlu hidup bersamanya setiap hari. Sedikit sebanyak ia dapat menjadikan kehidupan seharian menjadi lebih mudah.

5. MEMAHAMI RISIKO ANDA TERHADAP KEMURUNGAN

Hidup dengan sakit belakang kronik adalah sangat mencabar. Kadang-kadang, semua nasihat di dunia sememangnya tidak mencukupi. Bagi sesetengah orang, sakit belakang kronik boleh mula mengganggu setiap aspek kehidupan mereka, menyebabkan hubungan dan prestasi kerja mereka terjejas. Malangnya, sakit belakang kronik boleh menyebabkan orang yang lebih cenderung mengalami kemurungan.
Sekiranya hubungan peribadi anda menjadi tegang, anda lebih sukar untuk menumpukan perhatian di tempat kerja, anda akan kekurangan tenaga, anda akan kehilangan minat terhadap perkara-perkara yang pernah anda nikmati atau anda cepat merasa putus asa, anda mungkin mengalami kemurungan. Berjumpalah dengan doktor jika ini berlaku kepada anda untuk mengetahui tentang pilihan rawatan yang akan diberikan.


Tuesday, July 24, 2018

Virus HFMD Semakin Menular

HFMD Menular 


Penyakit Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.





Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.
Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Mengganasiii)Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata arahan yang sama juga telah dihantar kepada pengarah semua hospital di Pulau Pinang untuk mengawal penyebaran penyakit itu.
“Bahagian Kawalan Penyakit menumpukan pada isu ini, apa yang diperlukan sekarang adalah untuk mencegah penyebarannya.
“Difahamkan setakat ini, lebih daripada 1,500 kes penyakit ini telah dilaporkan,” katanya

Simptom/Gejala Penyakit HFMD