skip to main |
skip to sidebar
9:16 AM
Admin
ADAKAH KENCING MALAM DI ANGGAP SUATU PENYAKIT?
Kencing Malam perkara lumrah dialami kanak-kanak akibat ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Kira-kira 40 peratus mereka kencing sewaktu tidur dan lebih merisaukan jika perkara itu berlarutan hingga usia meningkat remaja. Ia tindakan di luar kawalan dan sering dihadapi kanak- kanak berusia bawah tiga tahun. Kemungkinan bagi kanak-kanak berusia lima tahun menghadapi masalah itu ialah 20 peratus, usia enam tahun (10 peratus) manakala 10 tahun (lima peratus). Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki. Kencing malam bagi orang dewasa dianggap serius kerana ini mungkin suatu penyakit dimana pundi kencing rosak atau sukar untu mengawal pundi kencing.
kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB). Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka adalah, malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (tincontinen) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian. Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat.
Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB. A kibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas
Faktor Penyebab Sering Buang Air Kecil :
Bila frekuensi buang air kecil jauh lebih sering dari biasanya maka hal itu dapat menunjukkan adanya masalah atau gangguan dalam tubuh. Permasalahan yang dapat menyebabkan naiknya frekuensi buang air kecil antara lain :
1) Infeksi Saluran Kemih (ISK)
2) Diabetes
3) Prostatitis akut
4) Kandungan saluran pundi kencing terlalu aktif (overactive bladder)
5) Pembesaran prostat
6) Menstruasi
7) Kehamilan
8) Sistitis intestisial
9) Stroke atau penyakit neurologis lainnya (kerosakan saraf yang mengendalikan saluran pundi kecing dapat menyebabkan masalah fungsi pundi kencing, termasuk berlakunya membuang air kecil secara tibaa-tiba
10) Berat badan berlebihan atau usia meningkat yang menyebabkan otot pelvik lemah.
Rawatan kerap kencing malam :
1) Jumpa doktor segera untuk mengenalpasti rawatan bagi kebocoran kencing
2) Lakukan senaman - fisioterapi untuk menguatkan otot pelvik
3) Ramai lelaki menggunakan kaedah ‘penile clamp’ (pengepit zakar) di tengah zakar bagi mengurangkan pengeluaran air kencing. Pengepit zakar boleh menyebabkan zakar melecet
4) Kurangkan berat badan
5) Elakkan merokok
6) Pembedahan - jika fisioterapi tidak berkesan, kaedah lain boleh digunakan iaitu ‘male sling’ (sling lelaki) dan ‘artificial urinary sphincter’ (sphincter kencing tiruan)
4:48 AM
Admin
BAGAIMANA SESAK NAFAS BOLEH TERJADI

Sesak nafas adalah apabila kita merasakan sukar untuk bernafas seperti biasa. Selalunya perkara ini terjadi ketika kita melakukan pergerakkan yang pantas dan dalam keadaan kelam kabut. Sesak nafas adalah suatu gejala dari beberapa penyakit yang dapat bersifat kronik. Sesak nafas juga dikenal dengan istilah “Shortness Of Breath”. Kejadian-kejadian sesak nafas bergantung dari tingkat keparahan dan sebabnya.
Sesak nafas juga dikenali sebagai Dyspnea. Seseorang yang terkena sesak nafas akan merasa tidak selesa ketika bernafas atau melakukan kerja-kerja harian, kerana ini menyulitkan untuk mereka mengerakkan otot dada, merasa tercekik dan merasa kejang otot di dada. Bila berlakunya keadaan ini, seseorang itu akan mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Ada dua jenis sesak nafas iaitu :
a) Sesak nafas boleh berlaku secara akut - Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan akan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan
b) Sesak nafas berlaku secara kronik - Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang agak lama
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.
Gejala dan Tanda-Tanda Sesak Nafas :
1) Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru )
2) Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit
3) Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD)
4) Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berka ita n pekerjaan (Occupational Lung Diseases)
5) Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure)
6) Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya b ila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia
7) Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hypervent ila tion (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi)
8) Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan keh ila ngan berat badan,anda mungkin menghidapi jangk ita n seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism
9) Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangk ita n saluran pernafasan (bronchitis) atau jangk ita n paru-paru (pneumonia).
Ada Beberapa Rawatan Sesak Nafas :
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pesakit di rumah untuk mengurangkan kesesakan nafas
1) Mengamalkan latihan pernafasan yang diajar oleh doktor iaitu bernafas secara perlahan-lahan dan dalam sehingga ke bahagian abdomen
2) Latihan relaksasi
3) Duduk tegak di atas kerusi yang bersandar jika sesak nafas berlaku
Jika sesak nafas ini tidak pulih atau berkurangan, pastikan pesakit mendapat rawatan perubatan dengan segera.
Pencegahan sesak Nafas :
1) Kesesakan pernafasan yang akut biasanya pulih bila kita merawat punca penyebabnya
2) Kesesakan pernafasan yang berkaitan dengan penyakit kronik seperti penyakit paru-paru kronik (COPD) atau kegagalan jantung (CHF) biasanya akan menyebabkan fungsi pernafasan terganggu, jika bertambah teruk boleh membawa kematian
3) Program berhenti merokok perlu disarankan kepada individu yang merokok
4) Sentiasa membuat senaman fizikal
5) Elakkan dari terkena udara yang tercemar seperti asap kenderaan
6) Amalkan petua-petua tradisional seperti minum air cengkeh yang dicampur madu atau minum air madu panas
7:11 PM
Admin
SIKIT PERKARA PASAL PEMBULUH DARAH

Pembuluh darah adalah bahagian dari sistem sirkulasi yang mengangkut darah ke seluruh tubuh. Ada tiga jenis pembuluh darah, aitu arteri yang berfungsi membawa darah dari jantung, kapiler yang berfungsi sebagai tempat pertukaran sebenarnya air dan bahan kimia antara darah dan jaringannya dan vena, yang membawa darah dari kapiler kembali ke jantung. Pembuluh darah terbesar adalah aorta. Darah mengalir dari jantung ke arteri, yang bercabang dan menyempit ke arteriola, dan kemudian masih bercabang lagi menjadi kapiler. Setelah terjadinya perfusi jaringan, kapiler bergabung dan melebar menjadi vena, yang mengembalikan darah ke jantung. Pembuluh darah kapiler ialah pembuluh darah terkecil di tubuh, berdiameter 5-10 μm, yang menghubungkan arteriola dan venula, dan memungkinkan pertukaran air, oksigen, karbon dioksida, serta nutrien dan zat kimia sampah antara darah dan jaringan di sekitarnya.
Secara umum pembuluh darah tersusun atas tiga lapisan. Lapisan paling luar tersusun atas jaringan elastis yang memungkinkan pembuluh darah berkontraksi. Lapisan tengah terdiri atas otot polos dan mengandung banyak serabut elastis. Bahagian yang dalam adalah lapisan endothelium yang merupakan satu lapisan yang menutup permukaan tubuh, yang membatasi rongga pembuluh. Di dalam sel-sel jaringan tubuh, darah mengangkut oksigen yang berasal dari udara luar tubuh melalui paru-paru, dan mengangkut zat-zat makanan dari saluran pencernaan ke seluruh jaringan tubuh. Dalam peredarannya, darah melewati tiga sistem aitu peredaran darah kecil, peredaran darah besar, dan peredaran darah koronaria.
 |
|
Punca Terjadinya Pembuluh Darah:
1) kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.
2) Gemuk berlebihan menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.
3) Pembuluh Darah tersumbat lalu mengeras sehingga menyebabkan tekanan darah tinggi.
4) Lemak terlalu banyak juga terjadinya penyumbatan yang disebut sebagai Arterosklerosis
5) Pembekuan pada darah dan menjadi tersumbat yang disebut Trombosis.
6) Sering terjadi tekanan tinggi yang tidak seimbang
Lain-Lain Kejadian Adalah:
1) Tekanan Darah akan meningkat (Hipertensi) dan komplikasi-komplikasinya
2) Akan menyebabkan penyakit jantung koroner
3) Jika sehingga melarat diotak akan terjadi stroke
4) Migrain hingga menyebabkan aliran darah keotak terganggu.
5) Otak jadi mengecil (Artropi) sehingga terjadi gangguan motorik. Ini boleh kelihatan dari
cara berjalan sangat sedikit kerana daya ingatan menurun.
6) Aliran pembuluh darah ke ujung-ujung tangan dan kaki terganggu, karena pembuluh
darahnya sangat halus.
7) Bagi perokok tegar, boleh terjadinya penyumbatan juga. Sebagai cth- akan merasa sejuk
di hujung jari kaki & tangan, rasa kebas-kebas yang teruk hingga tidak rasa apa-apa lagi
(rasa menjadi mati)
8) Gangguan pada penglihatan dan tiada tenaga untuk membuat kerja-kerja. Penyumbatan
Kejadian Ini Boleh Dielak Jika:
1) Mengurangkan pengambilan kalori dan mengawal berat badan
2) Jauhi alkhohal dan rokok
3) Sentiasa rajin bersenam termasuk senam robic, berbasikal, berenang dll
4) Ambil makan yang berkhasiat seperti sayuran da buah-buahan yang segar
5) Elakkan pengambilan lemak yang berlebihan
6) Hindari dari stress
7) Kurangkan minuman yang bergas, kopi & teh
8) Rajin membuat rawatan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali
pembuluh darah boleh dikenali dengan cepat melalui mata seseorang. Apabila terdapat cincin putih di sekitar bola mata itu, ini memungkinkan pengaliran darah anda tidak bagus. Cincin itu adalah sebenarnya endapan lemak di pembuluh-pembuluh kapiler yang halus yang membentuk semacam garis putih disekitar bola mata. Jika terdapat salah satu punca yang aneh pada diri anda, segera lah berjumpa doktor. Cara alternatif lain, anda juga boleh membuat rawatan akupunktur. Rawatan ini juga melancarkan pengaliran darah, mengaktifkan saraf, menstabilkan tenaga meridian dan memberi kelegaan kepada pesakit (pengganti ubat tahan sakit)